Yazid bin Al-Walid
Yazid bin al-Walid يزيد بن الوليد | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah kedua belas Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | 17 April 744 – 4 Oktober 744 | ||||
Didahului oleh | Walid bin Yazid | ||||
Diikuti oleh | Ibrahim bin al-Walid | ||||
Keputeraan | 701 Damsyik, Bilad al-Syam, Kerajaan Umaiyah | ||||
Kemangkatan | 4 Oktober 744 (umur 43) Damsyik, Kerajaan Umaiyah | ||||
| |||||
Kerabat | Marwan | ||||
Wangsa | Umaiyah | ||||
Ayahanda | Al-Walid I | ||||
Bonda | Shah-i-Afrid | ||||
Agama | Islam |
Yazid bin Al-Walid bin Abdul Malik atau Yazid III ialah khalifah ke-12 bagi kerajaan Umaiyah. Beliau memerintah selama enam bulan sebelum meninggal dunia.
Awal kehidupan
[sunting | sunting sumber]Yazid lahir pada tahun 701 di Damsyik. Ayahnya ialah Al-Walid, khalifah keenam kerajaan Umaiyah manakala ibunya ialah Shah i-Afrid, seorang puteri Parsi yang dijadikan gundik oleh Al-Walid.
Ketika pemerintahan sepupunya, al-Walid II, Yazid menentang pemerintahannya yang menerapkan diskriminasi kepada segolongan rakyatnya. Yazid telah menghantar utusannya ke al-Bakhra untuk menawarkan kepada al-Walid agar melaksanakan satu majlis syura' bagi membincangkan masa depan kerajaan namun al-Walid enggan menerimanya. Akhirnya al-Walid dijatuhkan dan dibunuh dalam rampasan kuasa yang diketuai Yazid. Yazid juga telah memenjarakan anak lelaki al-Walid yang telah dinamakan sebagai pewaris khalifah. Akhirnya Yazid dilantik sebagai khalifah yang baharu.
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Pemerintahan Yazid mendapat pelbagai tentangan terutamanya dari kota Homs. Beliau telah berjanji kepada rakyatnya untuk memerintah dengan keadilan tanpa diskriminasi. Beliau juga dikenali kerana perbuatannya mengurangkan gaji anggota tentera sedangkan khalifah sebelumnya menjanjikan kenaikan gaji. Yazid sempat memerintah selama enam bulan sahaja sebelum meninggal dunia akibat barah otak. Yazid diganti oleh adiknya Ibrahim.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Muhammad ibn Jarir al-Tabari History, v. 26 "The Waning of the Umayyad Caliphate," transl. Carole Hillenbrand, SUNY, Albany, 1989
- Sir John Glubb, The Empire of the Arabs, Hodder and Stoughton, London, 1963
Yazid bin Al-Walid Tarikh keputeraan: 701 Tarikh kemangkatan: 3 Oktober 744
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh Walid bin Yazid |
Khalifah Islam Kerajaan Bani Umaiyah 15 April hingga 3/4 Oktober 744 |
Diikuti oleh: Ibrahim bin al-Walid |