Pergi ke kandungan

Witwatersrand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Witwatersrand
Titik tertinggi
Ketinggian1,913 m (6,276 ka)
Koordinat26°12′13″S 28°2′34″E / 26.20361°S 28.04278°E / -26.20361; 28.04278Koordinat: 26°12′13″S 28°2′34″E / 26.20361°S 28.04278°E / -26.20361; 28.04278
Dimensi
Panjang56 km (35 bt) ESE/WNW
Lebar10 km (6.2 bt) NNE/SSW
Geografi
Lokasiberdekatan Johannesburg
NegaraAfrika Selatan
ProvinsiNorth West, Gauteng and Mpumalanga
Geologi
OrogeniKawah meteor Vredefort
Usia batuanArkaen
Jenis batuanKuartzit, Konglomerat, Batu besi beralur, tillit and syal
Pendakian
Laluan paling mudahDari Gauteng atau Pretoria

Witwatersrand ([wit.wa.tĕrs.rand], dalam Bahasa Afrikaans bermaksud "rabung air putih") ialah suatu tubir sepanjang 56 kilometer terletak di utara Afrika Selatan Tubir ini terdiri daripada batuan metamorfik kuarsit keras tahan hakisan mengalirkan beberapa sungai yang datang dari utara membentuk air terjun besar.[1]

Tubir ini membentuk tepi utara suatu dataran tinggi (atau rabung) berukuran 7-hingga-10-kilometer (4–6 bt) yang menaik sekitar 200 m (660 ka) di sekitar kawasan Highveld. Sebilangan petempatan kejiranan luar bandar Johannesburg terletak di rabung ini menghadap ke bahagian utara kota tersebut. [2] Keseluruhan struktur seperti dataran tinggi juga sering disebut Witwatersrand. Ketinggian dataran tinggi di atas permukaan laut adalah antara 1700 dan 1800 meter (56005900 ka). Dataran tinggi ini membentuk jurang benua di mana air sungai-sungai Krokodil dan Limpopo mengalir ke Lautan Hindi, sementara sungai-sungai Vaal dan Oranye di selatan mengalir ke Lautan Atlantik.[3][4][5]

Kawasan ini dikenali kerana banyak galian emas yang dilombong keluar dari batuannya lalu mengkayakan ekonomi Afirka Selatan pada zaman jajahannya.

Emas dijumpai di strata konglomerat muda Kumpulan Super yang disebut sebagai banket. Kandungan emas terbati ini tidak sama dengan semula jadi di tempat lain di dunia. Deposit-deposit unsur ini terkumpul di delta sungai pada zaman Arkean setelah dibawa mengalir turun dari jalur batu hijau kaya emas di utara dan barat. Hasil kajian isotop Renium-osmium mendapati bahawa emas dalam simpanan mineral tersebut berasal dari terobosan-terobosan komatiit pada mantel berusia jutaan tahun.[6]

Kegiatan manusia

[sunting | sunting sumber]

George Harrison, seorang peladang menjumpai emas di ladang Langlaagte, 5 km (3 bt) barat dari kawasan kota Johannesburg kini pada Februari 1886 yang disangkakan hasil suatu tebing sungai lama terserong.[1][3] Namun, batuan-batuan asas yang mengumpul emas ini didaapati sebahagian daripada mendapan yang bernasur-ansur[1] kelompok batuan ini diperhatikan kelihaan sejauh 50 km lalu yang terangkum dalam kawasan Lapangan Emas Rabung Tengah (Central Rand Gold Field). Berdasarkan penemuan inilah Harrison membuat tuntutannya kepada Republik Transvaal dan dipercayai menjual bahagiannya kepada pihak republik sebanyak kurang £10. Presiden republik tersebut, Paul Kruger, membuka sembilan ladang kepada para pelombong secara rasmi pada 20 September tahun sama;[3] keadaan ini mendorong kepada suatu kerubut emas hebat yang membangunkan kawasan sekitarnya lagi-lagi petempatan Johannesburg. Cecil John Rhodes mendaftarkan syarikat “The Gold Fields of South Africa” di London untuk menguruskan perlombongan di kawasan ini tahun 1887'.[3]

Kawasan asal penemuan Harrison dijadikan suatu mercu tanda kebangsaan oleh pihak republik Afrika Selatan tahun 1944 sebagai Harrison's Park.[7]

Perlombongan

[sunting | sunting sumber]

Lebih dari 40,000 tan metrik telah dilombong dari batu-batuan ini sejak ia pertama kali ditemukan pada tahun 1886. Ini menyumbang kira-kira 22% daripada semua emas yang ada pada hari ini.[3] Atas keunikan inilah mata wang Afrika Selatan dinamakan rand pada tahun 1961 setelah Kesatuan Afrika Selatan diisytiharkan sebagai republik pada tahun sama.

Pemerolehan emas Witwatersrand 1898 ke 1910[8]:134
Tahun
Bil.
lombong
Keluaran emas
(auns halus)
Nilai
(juta GB£)
Nilai relatif 2010
(juta GB£)[9]
1898 77 4295608 £15.14 £6910
1899 (Jan–Okt) 85 3946545 £14.05 £6300
1899 Nov – 1901 Apr 12 574043 £2.02 £908
1901 (Mei–Dis) 12 238994 £1.01 £441
1902 45 1690100 £7.18 £3090
1903 56 2859482 £12.15 £5220
1904 62 3658241 £15.54 £6640
1905 68 4706433 £19.99 £8490
1906 66 5559534 £23.62 £9890
1907 68 6220227 £26.42 £10800
1908 74 6782538 £28.81 £11700
1909 72 7039136 £29.90 £12200
1910 63 7228311 £30.70 £12400

Pelombongan yang giat terhadap kawasan ini telah melubangkosongkan batuan asas bawah tanah Johannesburg selatan menyebabkan lubang tenggelam yang tidak dapat diramalkan, melemahkan permukaan bumi serta mendatangkan gegaran.[10] Selain itu juga, ferum pirit (FeS 2 ) yang agak banyak terdapat dalam bijih emas Witwatersrand mengoksida kepada ferum oksida (Fe2O3 ) dan asid sulfurik tidak larut (H 2 SO 4 ) apabila terdedah kepada permukaan berudara. Sisa-sisa lombongan ini bercampur dengan air hujan beroksigen meresap ke dalam tanah dan melarutkan banyak unsur berat lain yang terkandung seperti uranium, kadmium, plumbum, zink, tembaga, arsenik dan raksa yang tercampur dalam air-air permukaan dan tanah.[10][11] Asid sulfurik terhasil juga mampu mengikis dan merosakkan struktur konkrit dan simen bangunan dan jambatan.[10] [11]

  1. ^ a b c Truswell, J.F. (1977). The Geological Evolution of South Africa. pp. 21, 27–28, 33–36. Cape Town: Purnell.
  2. ^ "Three Historic Johannesburg Passes | The Heritage Portal". theheritageportal.co.za. Dicapai pada 5 July 2020.
  3. ^ a b c d e Norman, N.; Whitfield, G. (2006) Geological Journeys. pp. 38–49, 60–61. Cape Town: Struik Publishers.
  4. ^ Encyclopædia Britannica (1975). Micropaedia, Vol. X. p. 720. Helen Hemingway Benton, Chicago.
  5. ^ [1]
  6. ^ Kirk, Jason; Joakin Ruiz; John Chesley and Spencer Titley; The Origin of Gold in South Africa, American Scientist, Vol 91, Nov.-Dec 2003, pp. 534–531
  7. ^ "Outcrop of Main Reef Group of Conglomerates Langlaagte Johannesburg-9/2/228/0196". South African Heritage Resource Agency.
  8. ^ Yap, Melanie; Leong Man, Dainne (1996). Colour, Confusion and Concessions: The History of the Chinese in South Africa. Hong Kong: Hong Kong University Press. m/s. 510. ISBN 978-962-209-423-9.
  9. ^ Measuring Worth, Relative Value of a UK Pound Amount – average earnings, retrieved on 27 January 2011
  10. ^ a b c Brink, A.B.A. (1996). "Engineering Geology of Southern Africa". pp. 81–160. Building Publications, Pretoria.
  11. ^ a b "Behind gold's glitter, torn lands and pointed questions" (PDF). New York Times. 24 Oktober 2005. Dicapai pada 4 Mei 2012.