Wen Jiabao
Wen Jiabao 温家宝 | |
---|---|
Premier Republik Rakyat China ke-6 | |
Dalam jawatan 15 Mac 2003 – 15 Mac 2013 | |
Presiden | Hu Jintao |
Timbalan | Huang Ju Wu Yi (Pemangku) Li Keqiang |
Didahului oleh | Zhu Rongji |
Digantikan oleh | Li Keqiang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tianjin, China | 15 September 1942
Parti politik | Parti Komunis |
Pasangan | Zhang Peili |
Anak | Wen Yunsong Wen Ruchun |
Kediaman | Beijing |
Tempat belajar | Institut Geologi Beijing |
Bidang pengkhususan | Ahli geologi |
Wen Jiabao (lahir 15 September 1942) ialah ahli politik China yang berkhidmat sebagai Premier Republik Rakyat China ke-6. Beliau adalah ketua kerajaan dan mengetuai kabinet China. Beliau juga ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro Parti Komunis China. Dari segi kedudukan, Wen Jiabao menduduk tempat ke-3 dari 9 ahli.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Lahir di Beichen , Tianjin kira-kira 170 km dari Beijing. Belajar di High School Nankai sama seperti Zhou Enlai. Beliau menyertai Parti Komunis China pada April 1965.
Wen adalah ahli geologi dan jurutera .Beliau mendapat sarjana dari Institut Geologi Beijing pada 1968. Dia kemudian dihantar ke wilayah Gansu untuk bekerja sebagai ahli geologi (1968-1978). Kemudian pindah ke Beijing untuk bekerja sebagai ketua Pejabat Parti Umum antara tahun 1986 dan 1993.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau berkhidmat di bawah tiga Jeneral Setiausaha: Hu Yaobang , Zhao Ziyang , dan Jiang Zemin. Beliau menjadi korban semasa tunjuk perasaan pelajar di Dataran Tiananmen 1989. Rakannya Zhao Ziyang dikenakan tahanan dalam rumah sehinggalah kematian pada Januari 2005.
Premier China Zhu Rongji melantik beliau dengan tugasan mengawasi pertanian, dan persekitaran dasar kewangan serta persediaan China menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Beliau mengawasi reformasi ekonomi Cina.
Awalnya dianggap sebagai pendiam dan sederhana. Wen dikatakan seorang Komunikator yang baik dan dikenali sebagai "orang rakyat". Sejak Mei 2004, Wen mengunjungi pelbagai masyarakat yang musnah akibat AIDS dan penagih dadah. Secara rawak Wen mengunjungi desa relatif miskin di pedalaman. Jurang kemiskinan harus segera diatasi dengan cara menghapuskan cukai pertanian pada 2005.
Semasa Tahun Baru Cina pada tahun 2005, Weng bersama-sama dengan sekelompok pelombong arang batu di Shanxi. Oleh itu Wen dianggap memahami keperluan rakyat biasa. Beliau juga mampu menjawab soalan panas daripada wartawan berhubung isu kemerdekaan Taiwan ,Tibet dan hak asasi manusia .
Pada 18 Mac 2008, Wen menyalahkan penyokong Dalai Lama atas kekerasan di Tibet. Pejuang kemerdekaan Tibet mengambil kesempatan menjelangnya Sukan Olimpik Beijing 2008.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wen Jiabao |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Wen Jiabao |
- "Wen Jiabao's family amasses wealth of more than $2.7 billion USD" New York Times, 25 Oktober 2012
- "Recalling Hu Yaobang When I Return to Xingyi" Diarkibkan 2011-10-02 di Wayback Machine [Chinese: 再回兴义忆耀邦]: an essay written by Wen as a eulogy of Hu Yaobang. The article originally appeared in The People's Daily on 15 April 2010.
- Wen Jiabao at Facebook
- Wen Jiabao biography @ China Vitae, the web's largest online database of China VIPs
- The Age – Who is Wen Jiabao?
- How to pronounce Wen Jiabao Diarkibkan 2013-08-07 di Wayback Machine
- Wen says China's reforms irreversible