Pergi ke kandungan

Vau (huruf Arab)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ۋ dibaca vau atau kadang-kadang ve ialah salah satu huruf Arab yang merupakan varian dari huruf wau yang digunakan untuk melambangkan fonem /v/ dalam bahasa-bahasa bukan Arab yang menggunakan huruf Arab, seperti bahasa Turki Utsmani, Kazakhstan dan beberapa bahasa di Asia Tengah [perlu rujukan] .[perlu rujukan] Dalam bahasa Arab piawai, huruf vau tidak digunakan kerana dalam bahasa Arab tidak memerlukan fonem /v/. Huruf ve bukanlah termasuk dalam ke-28 huruf Arab piawai atau huruf Hijaiyah.

Dalam Bahasa Melayu/Indonesia yang ditulis menggunakan huruf Jawi atau Pegon, huruf vau (ۋ) tidak digunakan untuk melambangkan fonem /v/, tetapi huruf Jawi atau Pegon mengunakan huruf va (ۏ) untuk melambangkan fonem /v/.

Sementara, dalam Bahasa Izyadi yang menggunakan tulisan Izjawi juga tidak menggunakan huruf ۋ sebagai fonem /v/, yang mana ia menggunakan huruf ۏ untuk melambangkan fonem /v/. Akan tetapi, Bahasa Izyadi menggunakan huruf ۋ ini sebagai melambangkan fonem /o/. Selain itu, nama bagi huruf vau (ۋ) juga ditukar kepada wao yang disebut sebagai "waa-o".


Dalam Izjawi (Bahasa Izyadi), huruf wao (ۋ) boleh digunakan di awalan, pertengahan dan akhiran perkataan dan huruf ini juga tidak disambung.

Contoh penggunaannya ialah:

  1. Awalan: ۋرڠ (orang).
  2. Pertengahan: چرۋڠڬۋق (ceronggok).
  3. Akhiran: لؿڤۋ (lipo) (ayat tanya, hanya dalam bahasa percakapan bukan baku).

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Penulisan dari huruf vau adalah:


Kedudukan dalam perkataan: Terasing Akhir Tengah Awal
Bentuk glif:
(Bantuan)
ۋ ـۋ ـۋ ۋ

Templat:Arab-stub

Templat:Huruf Arab

Kedudukan ini sama seperti jika menulis menggunakan tulisan Izjawi.

Laman web rasmi Bahasa Izyadi yang dimuat naik dan ditulis oleh pencipta Bahasa Izyadi.

Laman video rasmi Bahasa Izyadi yang dibangunkan oleh pencipta Bahasa Izyadi.