Pergi ke kandungan

Trinidad dan Tobago

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Trinidad dan Tobago
ريڤوبليك ترينيدد دان توباݢو
Republic of Trinidad and Tobago
Bendera Trinidad dan Tobago
Jata Trinidad dan Tobago
Bendera Jata
Cogan kata"Together we aspire, together we achieve"
Lagu kebangsaanForged From The Love of Liberty
Lokasi Trinidad dan Tobago
Ibu negaraPort of Spain
BandarSan Fernando [1]
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanRepublik
• Presiden
Paula-Mae Weekes
Keith Rowley
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
31 Ogos 1962
• Perairan (%)
-
Populasi
• Perkiraan 2005
1,305,000 (ke-152)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$18.352 bilion (ke-113)
$19,700 (ke-46)
HDI (2019) 0.796[1]
tinggi · ke-67
Mata wangDolar Trinidad dan Tobago
(TTD)
Zon waktu()
Kod panggilan1-868
Kod ISO 3166TT
DPT internet.tt

Republik Trinidad dan Tobago merupakan sebuah negara kepulauan di selatan Laut Caribbean, timur laut benua Amerika Selatan dan negara Venezuela, selatan Grenada. Negara ini juga berkongsi persisir pantai dengan Barbados dan Guyana. Negara ini seluas 5,128 km persegi dan terbahagi kepada dua pulau utama dan 21 pulau kecil-kecil. Trinidad ialah pulau yang terbesar dan mempunyai ramai penduduk sementara Tobago pula merupakan pulau yang lebih kecil. Negara ini terletak dalam lingkaran taufan kerana selalu mengalami ribut taufan.

Kawasan negara ini asalnya merupakan petempatan peribumi Amerindian sejak 7000 tahun lalu. Trinidad dan Tobago pernah dijajah oleh golongan Arawakan dan Cariban semasa Eropah sampai di sini pada 1498. Sejarah perhambaan dan pelayaran di sini berkait dengan campuran orang Afrika, India, Eropah dan orang China. Semua kaum ini membentuk pelbagai budaya lalu menghasilkan corak masyarakat majmuk di negara tersebut. Trinidad dan Tobago mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1962 dan menjadi republik pada 1976.

Kepulauan Trinidad dan Tobago di Laut Caribbean.

Trinidad dan Tobago terletak di antara latitud 10° 2' dan 11° 12' U dan 60° 30' dan 61° 56' B, dengan Laut Caribbean di utara, Lautan Atlantik di timur dan selatan, dan Teluk Paria di barat. Negara ini terletak di timur laut wilayah Caribbean, dengan pulau Trinidad berada hanya 11 kilometer dari pesisir pantai Venezuela di tanah Amerika Selatan di seberang Selat Columbus.[2] Pulau-pulau itu merupakan lanjutan fisiografi Amerika Selatan.[3] Dengan keluasan 5,128 km2 (1,980 batu persegi),[4] negara ini terdiri dari dua buah pulau utama, Trinidad dan Tobago yang dipisahkan oleh selat selebas 32 km (20 batu) bersama-sama sejumlah pulau kecil, termasuk Chacachacare, Monos, Huevos, Gaspar Grande (atau Gasparee), Little Tobago, dan Pulau Saint Giles.[2] Secara umumnya, Trinidad dan Tobago beriklim tropika.[5][2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Ethnic groups of Trinidad and Tobago [6]
Ethnic groups percent
India
  
35.4%
Afrika
  
34.2%
Campuran
  
15.3%
Dougla (campuran)
  
7.7%
Tidak dinyatakan
  
6.2%
Lain-lain
  
1.3%

Komposisi etnik Trinidad dan Tobago mencerminkan sejarah penjajahan dan imigrasi.[7] Meskipun penduduk terawal ialah keturunan Amerindian, dua kumpulan dominan negara ini pada kini ialah kumpulan keturunan Asia Selatan dan Afrika. Warga Indo-Trinidad dan Tobago membentuk kumpulan etnik terbesar di negara ini (kira-kira 35.4%);[5] mereka secara umumnya merupakan keturunan pekerja dari Asia Selatan (kebanyakannya dari India) yang dibawa untuk menggantikan hamba Afrika yang dimerdekakan setelah enggan terus bekerja ladang gula. Melalui pemeliharaan budaya, banyak penduduk keturunan India terus mengekalkan tradisi dari tanah air asal mereka. Warga Indo-Trinidad tinggal terutamanya di Trinidad; pada banci 2011 hanya 2.5% penduduk Tobago berketurunan India.[8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  2. ^ a b c "Trinidad and Tobago". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 17 August 2019.
  3. ^ Bridget M. Brereton, Arthur Napoleon Raymond Robinson, David Watts. "Trinidad and Tobago". Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2021. Dicapai pada 31 Mac 2021.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ "Background note Trinidad and Tobago". US Department of State. 16 December 2011.
  5. ^ a b "CIA World Factbook - Trinidad and Tobago". Dicapai pada 16 August 2019.
  6. ^ "Central America and Caribbean :: TRINIDAD AND TOBAGO". CIA The World Factbook.
  7. ^ "Trouble in paradise". BBC News. (1 Mei 2002).
  8. ^ Non-Institutional Population by Sex, Age Group, Ethnic Group and Municipality (PDF) (Laporan). Trinidad and Tobago Central Statistical Office. Dicapai pada 2019-08-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.