Tidakkah Aku Menyintaimu... (album Raja Ema)
Tidakkah Aku Menyintaimu... | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1989 | |||
Dirakamkan pada | 1989 | |||
Genre | Pop, Balada, Pop Rock | |||
Syarikat | ASP (Antartic Sound Production) | |||
Penerbit | Dina, Wom, A.K Khair, Karyan Heroy, Billy Budiharjo & Raja Ibrahim | |||
Kronologi Raja Ema | ||||
| ||||
Single daripada Tidakkah Aku Menyintaimu... | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Tidakkah Aku Menyintaimu... merupakan album keempat Raja Ema yang diedarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album terakhir beliau dan diterbitkan sejurus selepas tamat kontraknya dengan EMI. Pada tahun 1989, Raja Ema menandatangani kontrak dengan syarikat ASP (Antartic Sound Production) yang menjadi pengedar kepada album Tidakkah Aku Menyintaimu..., manakala album tersebut diterbitkan oleh syarikat Raja Ema sendiri iaitu EMAREC. Album ini mempunyai 10 buah lagu iaitu 8 lagu balada dan sebuah lagu pop rancak dan sebuah lagi lagu pop rock.
Maklumat Album
[sunting | sunting sumber]Kebanyakkan pencipta lagu untuk album ini tidak begitu dikenali, namun hasil susunan muzik dan lirik tidak mengecewakan. Ayah Raja Ema (Raja Ibrahim) sendiri menyumbang sebuah lagu iaitu Sekuntum Mawar Biru (Dari Siapa). Selain beliau, pencipta lain adalah seperti Dina, Wom, A.K Khair, Karyan Heroy dan Billy Budiharjo. Manakala liriknya tulisan oleh Fauzan Uda Ahmad, Seri Bayu, Tinta Mas dan Raja Ema sendiri.
Album terakhir Raja Ema ini merupakan anjakan terbesar daripada album sebelumnya. Untuk lari daripada suara keanakan seperti album dahulu, Raja Ema mengundang seorang guru vokal dari Filipina khas untuk album ini. Hasilnya amatlah membanggakan. Suara Raja Ema lebih lantang dan matang. Penghayatan lagu juga cukup memuaskan, seperti dalam lagu Di Pelayaran Sepi dan Tidakkah Aku Menyintaimu....
Sayang sekali, ini adalah album terakhir beliau. Dalam usia hanya 20 tahun, Raja Ema sepatutnya merakamkan lagi banyak album, kerana keunikan suaranya sememangnya sukar untuk diperolehi.
Senarai Runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Hanya Kau Yang Mengerti" | ||
2. | "Gugur Sudah Bunga Cinta" | ||
3. | "Sekuntum Mawar Biru (Dari Siapa)" | ||
4. | "Bayangan Cintamu" | ||
5. | "Angkara Siapa?" | ||
6. | "Salam Istimewa Buat Tersayang" | ||
7. | "Sandarkan Kesedihanmu Dibahuku" | ||
8. | "Beri Ku Kepastian" | ||
9. | "Tidakkah Aku Menyintaimu..." | ||
10. | "Di Pelayaran Sepi" | ||
Carta Album
[sunting | sunting sumber]Carta (1989) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Album RIM | - |