Pergi ke kandungan

The Original Gangster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Original Gangster
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
  • Syamsul Yusof
  • Saniboey Mohd Ismail
  • Abdul Latiff Mohaideen (eksekutif)
  • Nini Yusof (eksekutif)
Dibintangi
Sharnaaz Ahmad 
Beto Kusyairy
Rosyam Nor
Shaheizy Sam
Hairul Azreen
Yayan Ruhian
Syamsul Yusof
Soffi Jikan
Niezam Zaidi
Nas-T
Geoff Andre Feyaerts
Azliyuszaini Mohd Noor
Azlan Komeng
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Fauzi Nawawi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
  • Syamsul Yusof Films
  • Razor's Edge Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
2025
BajetRM20 juta

The Original Gangster merupakan sebuah filem aksi gangster drama jenayah Malaysia yang akan datang arahan Syamsul Yusof terbitan syarikat produksi miliknya sendiri iaitu Syamsul Yusof Films dengan kerjasama dua lagi syarikat produksi yang lain iatu Razor's Edge Pictures dan Primeworks Studios. Syarikat produksi Primeworks Studios juga bertindak sebagai pengedar utama untuk filem ini. Filem ini dibintangi oleh beberapa barisan pelakon yang kebanyakannya adalah sangat terkenal dan agak popular seperti Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Yayan Ruhian, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Niezam Zaidi, Nas-T, Geoff Andre Feyaerts, Azliyuszaini Mohd Noor, Azlan Komeng, Ummi Nazeera, Khir Rahman dan Fauzi Nawawi. Filem ini diterbitkan dengan menelan kos yang berbajet sebanyak RM20 juta ringgit dan dijangka akan keluar untuk tayangan di pawagam seluruh negara pada tahun 2025.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

The Original Gangster ialah filem ke-12 arahan Syamsul Yusof dan juga filem pertama terbitan syarikat produksi miliknya iaitu, Syamsul Yusof Films dan diterbitkan tanpa melibatkan syarikat produksi Skop Productions milik bapanya, Datuk Yusof Haslam. Ini merupakan francais terbaru filem Syamsul yang bergenre aksi, gangster, drama dan jenayah. Filem ini juga tiada kaitan dengan francais dua filem yang diarahkan oleh Syamsul sebelumnya iaitu KL Gangster dan KL Gangster 2 yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 2013.[1][2] Filem ini diterbitkan dengan menelan kos yang berbajet sebanyak RM20 juta ringgit dan dikatakan filem ini juga merupakan filem aksi yang paling mahal ketiga-tiga syarikat produksi besar dalam industri perfileman Malaysia pernah terbitkan dengan bajet dan skala yang besar untuk menambah baik kualiti filem tersebut daripada filem sebelumnya demi memberi kepuasan kepada penonton yang akan menonton filem itu di pawagam nanti.

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 September 2022). "The Original Gangster atau KL Gangster 3?". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Oktober 2022). "'The Original Gangster cerita baharu, tiada kena-mengena dengan KL Gangster 3' - Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]