Templat:PengenalanLamanUtama
Rencana pilihan
Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Pada tahun 1946, Sir Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British dan kekal setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kuching mendapat status bandar pada tahun 1988. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan November 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- Donald Trump (gambar) memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat dan Parti Republikan mengambil alih Senat.
- Maia Sandu dipilih semula sebagai Presiden Moldova.
- Dalam besbol, Yokohama DeNA BayStars menewaskan Fukuoka SoftBank Hawks untuk memenangi Siri Jepun.
- Runtuhan kanopi di stesen kereta api Novi Sad Serbia meragut 14 nyawa.
- Runtuhan bandar Maya, digelar Valeriana, ditemui di Campeche, Mexico.
Hari ini dalam sejarah
28 November: Hari Kemerdekaan di Albania, Mauritania dan Panama; Hari Tentera Laut di Iran.
- 1660 – Di London, Robert Boyle, John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 – Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1919 – Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1979 – Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
- 2011 – Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
Tahukah anda...
- ... bahawa pemain bola sepak Helmut Haller pernah mewakili Jerman Barat ke Piala Dunia sebanyak tiga kali? Wikipedia:Tahukah anda/22/3
- "... bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi?" Wikipedia:Tahukah anda/21/1 Wikipedia:Tahukah anda/48/1
- "... bahawa Asian Idol menampilkan juara-juara pertandingan format Pop Idol dari enam negara Asia?" Wikipedia:Tahukah anda/71/3
- ... bahawa peluru berpandu melangkaui julat penglihatan (BVRAAM) mampu menembak pada jarak 20 batu nautika (37 kilometer)? Wikipedia:Tahukah anda/93/3
- "... bahawa Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri yang mempunyai Raja atau Sultan sahaja?" Wikipedia:Tahukah anda/131/1