Talbinah
Talbinah adalah makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, biasanya dibuat dengan menambah susu dan madu atau juga serbuk barli kering. Dinamakan talbinah, kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu kerana sifatnya yang lembut dan putih.
Talbinah sebagai ubat Nabawi
[sunting | sunting sumber]Dalam Islam, terdapat riwayat dari Nabi Muhammad ﷺ bahawa Talbinah dapat membantu meringankan keadaan psikologi orang yang sedang bersedih. Seperti dalam hadith:
Bahawa sesungguhnya apabila salah seorang anggota keluarganya meninggal dunia, maka berkumpullah para wanita. Kemudian mereka berpisah, kecuali keluarga dan orang-orang tertentu. Selepas itu, beliau (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) menyuruh diambilkan seperiuk talbinah. Lalu dia memasak dan membuat tsariid. Kemudian dia menuangkan bubur talbinah tersebut di atasnya. Setelah itu, ia berkata: “Makanlah bubur ini! Sesungguhnya, aku pernah mendengar Rasulullahﷺ bersabda: "Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian rasa sedih"[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ HR. Bukhari (5417, 5689, 5690), Muslim (2216)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Makna Talbinah, Muslim.Or.Id Diarkibkan 2015-03-17 di Wayback Machine