Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Penampilan
Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFEM) merupakan tabung PBB yang dimulakan pada 1976 untuk memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada usaha memupuk kesamaan taraf wanita. UNIFEM juga merupakan suara wanita dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berperanan melobi PBB memntingkan hak wanita dalam menentukan dasar mereka.
UNIFEM mempunyai empat matlamat utama, iaitu:
- mengurangkan kemiskinan dan penyisihan wanita
- menghentikan keganasan terhadap wanita
- mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di kalangan wanita
- menyokong kepimpinan wanita dalam urusan pentadbiran dan pemulihan pasca-perang