Skarf
Skarf 스카프 | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Scarf |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, dance-pop, elektropop, R&B, pop remaja |
Tahun aktif | 2011-2014 |
Syarikat rakaman | Alpha Entertainment |
Laman sesawang | http://www.alphaentkorea.com/ |
Ahli | |
Bekas ahli |
|
Skarf | |
---|---|
Hangul | 스카프 |
Perumian Semakan | seu-ka-peu |
McCune–Reischauer | sŭ-k'a-p'ŭ |
Skarf (Korea: 스카프 ; sering ditulis sebagai SKarf) ialah sebuah kumpulan vokal wanita Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Alpha Entertainment. Nama kumpulan ini berdasarkan pada perkataan "scarf". S mewakili Singapura sementara C yang diubah menjadi K mewakili Korea. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Ferlyn, Tasha, Jenny, JooA dan Hana.
Pada 14 Ogos 2012, mereka membuat penampilan sulung rasmi mereka dan mengeluarkan album yang diberi tajuk senama. Untuk memperkenalkan nama kumpulan vokal mereka kepada umum, Skarf merancang untuk membintangi rancangan realiti baru MBC MUSIC, yang berjudul "Oh! My Skarf".
Pada 30 Disember 2013, Sol meninggalkan Skarf, kerana sebab peribadi dan dua ahli baru, JooA dan Hana, menyertai kumpulan iti. Pada 16 September 2014, media mengumumkan bahwa Ferlyn juga meninggalkan Skarf dan akan memulakan kerjaya bersama kumpulan vokal baru pada 2015.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pra-penampilan sulung
[sunting | sunting sumber]Dari 9 hingga 11 Disember 2010, JYP Entertainment dan Alpha Entertainment mengadakan ujibakat di Singapura dan Hong Kong dan media mengumumkan bahawa pada waktu itu, Ferlyn, Tasha dan Elaine direkrut oleh Alpha Entertainment bersama dengan finalis lain yang lolos ujibakat. Ferlyn, Elaine dan Tasha menjalani latihan intensif di Korea Selatan selama dua tahun dan pada akhir 2011, Elaine Yuki keluar dari kumpulan itu kerana sebab-sebab kesihatan dan juga kerana latihannya terlalu padat. Ketua Pegawai Eksekutif Alpha, Alan Chan menyatakan bahawa ahli kumpulan wanita itu akan dikumpulan bersama dengan ahli Korea lain untuk menubuhkan sebuah kumpulan vokal wanita yang membuat penampilan sulung pada tahun itu.[2]
2012: Penampilan sulung dengan "Skarf" dan "Oh! My Skarf"
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Ogos 2012, Skarf melancarkan teaser pertama mereka untuk lagu pengelanan mereka "Oh! Dance" di saluran YouTube rasmi Alpha Entertainment.[3] Pada 9 Ogos 2012, acah individu dari kumpulan tersebut kemudian dikeluarkan untuk memperkenalkan ahli masing-masing.[4]
Pada 10 Ogos 2012, media mengumumkan bahwa Skarf akan tampil dalam rancangan realiti mereka sendiri di MBC Music yang berjudul "Oh! My Skarf", yang mula ditayangkan pada 11 Ogos jam 7 PM KST. Rancangan itu akan menyoroti kehidupan ahli kumpulan tersebut sebelum membuat penampilan sulung mereka semasa bersiap untuk penampilan sulung mereka.[5]
Setelah melancarkan acah video muzik ketiga mereka untuk lagu sulung mereka pada 12 Ogos 2012, video muzik untuk "Oh! Dance" dikeluarkan sehari sebelumnya[6] dan 14 Ogos 2012, Skarf membuat penampilan sulung mereka di Seoul.[7]
Pada 17 Ogos 2012, Skarf mula mempromosikan diri mereka sendiri di Music Bank dengan lagu pembuka mereka "Oh! Dance", rancangan tersebut juga menjadi rancangan muzik pertama ketika kumpulan itu tampil di Korea Selatan.[8]
Sol meninggalkan Skarf kerana masalah kesihatan dan mereka mengumumkan mengumumkan pada 30 Disember 2012 bahawa mereka akan kembali dengan ahli Korea tambahan JooA dan anggota Jepun Hana pada Februari 2013.[9]
2013 - 2014: "Luv Virus", acara Singapura
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Mei, media mengumumkan bahawa Skarf akan melancarkan EP pertama mereka Luv Virus pada 28 Mei. Pada 28 Mei, video acah ahli masing-masing Skarf untuk lagu pembuka Luv Virus dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Alpha Entertainment.[10] Pada 31 Mei 2013, muzik video lengkap untuk trek pembuka Luv Virus dimuat naik ke saluran YouTube rasmi mereka, menandakan video muzik pertama mereka difilemkan sebagai sebuah kumpulaj vokal lima orang yang sebelum ini berjumlah empat orang. EP mereka yang berjudul Luv Virus juga dikeluarkan pada hari yang sama.[11]
Pada 3 Julai, Skarf mengumumkan bahwa mereka akan mengunjungi Singapura untuk menghadiri acara makan di restoran selama sehari. Skarf sendiri menyiapkan makanan yang dijual pada hari tersebut dan menyatakan bahawa pendapatan dari acara tersebut akan disumbangkan untuk amal.[12] Media juga mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan tanda tangan kepada peminat pada 10 dan 11 Ogos, mereka akan mengadakan acara itu yang diberi bertajuk “Dreams Come True” di Kallang Theatre.[13]
Pada 16 September 2014, media mengumumkan bahawa Ferlyn akan meninggalkan Skarf dan akan melancarkan EP solo Mandarin pada 2015.[1]
Bekas ahli
[sunting | sunting sumber]- Tasha
- Jenny
- JooA
- Hana (sekarang Lea)
- Sol
- Ferlyn
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Ahli | Pra-penampilan pertama | 2012 | 2014 | 2015 | |
---|---|---|---|---|---|
Ogos | Disember | ||||
Sol | |||||
Ferlyn | |||||
Tasha | |||||
Jenny | |||||
JooA | |||||
Hana |
- Pra-penampilan diwarnakan biru.
- Aktiviti kumpulan diwarnai merah.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Single
2012: Skarf
- EP
2013: Luv Virus
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Rangkaian | Peranan | Catatan | |
---|---|---|---|---|
2012 | MBC | Oh! My Skarf | Rancangan realiti tentang kehidupan Skarf sebelum penampilan sulung | |
2013 | Gangnam Feel Dance | Tasha membintangi rancangan ini. | ||
Korean Art Idol Competition – Everyone Gather | Ahli Ferlyn bersaing melawan idola lain untuk memenangi gelaran 'artis terbaik', dan pemenangnya akan dinobatkan menjadi duta besar sebuah jenama minuman. | Ferlyn mendapat tempat ke-6 | ||
2014 | Channel M | Dancing 9 | Tasha bergabung dengan Blue Eyes setelah draf.[14] | Tasha menarik diri kerana masalah peribadi. |
Siri Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Rangkaian | Tajuk | Ahli | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Arirang TV | Pops in Seoul | Tasha | Pengacara |
Drama Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Rangkaian | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | MediaCorp Channel 8 | It Takes Two | Diri mereka sendiri | Penampilan kameo dalam dua episod |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "FERLYN DEPARTS FROM GIRL GROUP SKARF TO BECOME THE LEADER OF AN UPCOMING K-POP GROUP". Korea Boo. 16 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-17. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
- ^ "JYP/ Alpha 2010 audition results". SEOUL RHYTHMS. 15 April 2011. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Korean-Singaporean girl group Skarf releases debut MV teaser for "Oh! Dance"". allkpop. 8 Ogos 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Skarf reveals individual video teasers". allkpop. 21 Mei 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Rookie group Skarf to reveal their everyday lives through new reality show". allkpop. 10 Ogos 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Rookie group Skarf releases MV for "Oh! Dance"". allkpop. 14 Ogos 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Rookie girl group SKarf talk about their potential rivals at recent debut showcase". allkpop. 15 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "Korean-Singaporean girl group Skarf debuts with "Oh! Dance" on 'Music Bank'!". allkpop. 17 Ogos 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
- ^ "SKarf Undergoes Member Changes". allkpop.com. Dicapai pada 30 Disember 2012.
- ^ "SKARF(스카프) 1st Mini Album - LUV VIRUS Teaser "Jenny(제니) Ver."". YouTube. Dicapai pada 30 Mei 2013.
- ^ "SKARF(스카프) 1st Mini Album - LUV VIRUS M/V (Full Ver.)". YouTube. Dicapai pada 31 Mei 2013.
- ^ "SKARF(스카프) Singapore Event (7/8-7/11) Infomation". YouTube. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- ^ "[Recap] Rookie girl group SKarf holds first showcase in Singapore". Imagine Network TV. 11 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-23. Dicapai pada 2020-11-30.
- ^ "GLAM's Zinni, Wassup's Nari, and Skarf's Tasha show off their dance moves on 'Dancing 9'". allkpop. 20 Jun 2014.