Pergi ke kandungan

Siti Hariesa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Hariesa
Kelahiran
Siti Hariesa binti Muhammad Hanafi

(1998-05-23) 23 Mei 1998 (umur 26)
PendidikanDiploma Pengurusan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2019–kini

Siti Hariesa Muhammad Hanafi (lahir 23 Mei 1998) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Seira dalam Perempuan Itu (2023).[3][4][5]

Kerjaya Siti Hariesa dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2019 apabila beliau menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2019.[6][7] Beliau membintangi drama pertamanya, Utusan Cinta Buat Adam dengan memegang watak sebagai Ainul, kemudian diikuti dengan beberapa drama TV lain termasuk Pink Smile dan Life Lila. Beliau meraih kejayaan meluas dengan membintangi drama Perempuan Itu, lakonan bersama Zul Ariffin dan Mimi Lana. Berikutan kontroversi yang melibatkan beliau dan Zul, drama itu tidak ditayangkan selama setahun, iaitu sehingga Jun 2023 apabila ia disiarkan di platform penstriman Tonton.[8][9][10]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Siti Hariesa dilahirkan di Segamat, Johor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, mempunyai dua orang abang.[11] Beliau ialah pelajar diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Utusan Cinta Buat Adam Ainul TV3 Drama pertama
Rumah Siti Khadijah Maria
2020 Pink Smile Ery
2022 Life Lila Aina
Sekali Lagi Cinta Kembali Amirah
2023 Kau? C.E.O Aku? Anis TV1
Bintang Rayna TV3
Rajuk Karina Karina
Nak Dengar Cerita Hantu? Hanim DEGUP
2024 Si Jantung Hati Manis Astro Ria
Akad Yang Terlindung Sophia TV3

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2023 Perempuan Itu Seira Tonton
2024 Perempuan Ilmu Hitam Lisa
Senyawa Lutfiyah IQIYI

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 #Sokampung TV3 Telefilem pertama
2021 Oh Abang Romantik TV2
Takbir Semalam Alia Awesome TV

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
  1. ^ Amira Azman (12 April 2023). "Diari Cantik GLAM Bersama Pelakon, Siti Hariesa". Glam.my. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (24 Mei 2022). "Siti Hariesa tak menyesal buat aksi ghairah". Berita Harian. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (5 November 2023). "Siti Hariesa enggan dibayangi kontroversi silam". Berita Harian. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (21 Mac 2022). "Siti Hariesa membisu, pengikut IG terus mencanak naik". Kosmo!. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  5. ^ Maya Basir (27 Oktober 2023). "Nama Semakin Dikenali Gara-Gara Aksi 'Panas', Siti Hariesa Lebih Teliti Baca Skrip Sebelum Berlakon". XTRA. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (31 Mei 2022). "Siti Hariesa berdiam diri soal isu panas". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  7. ^ "Nama Siti Hariesa Turut Diperkata, Bilangan Followers Di Instagram Kini Naik Mendadak!". Media Hiburan. 19 Mac 2022. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  8. ^ Nur Emira Saizali (27 Ogos 2023). "Tiada lagi babak ranjang selepas ini – Siti Hariesa". Kosmo!. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  9. ^ Zaara Talita (2 November 2023). "'Saya membisu bersebab'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  10. ^ "Siti Hariesa Nak Elak Kontroversi, Tapis Babak Panas". Oh Bulan!. 27 Oktober 2023. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  11. ^ BIODATA SELEBRITI SITI HARIESA. A. Aida Production. 31 Disember 2022. Dicapai pada 3 Disember 2023 – melalui YouTube.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]