Sifu & Tongga
Sifu & Tongga | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Abdul Shukor Mohaideen |
Lakon layar | Abdul Latiff Mohaideen |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Erman |
Disunting oleh | Faizul A. Rashid |
Muzik oleh | KRU Studios |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.60 juta |
Pecah panggung | RM 2.57 juta [2] |
Sifu & Tongga ialah sebuah filem komedi Malaysia 2009 arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 29 Januari 2009. Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Erra Fazira. Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia Ke-22[3] dan merupakan filem pertama di mana Erra Fazira membawa watak antagonis. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan Jun 2009.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila. Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Ketua iaitu ketua puak kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh ketua, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan, Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini. SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Saiful Apek sebagai Sifu
- Nabil Ahmad sebagai Tongga
- Fouziah Gous sebagai Mila
- Erra Fazira sebagai Tammy (antagonis utama)
- Azad Jasmin sebagai Izaq (orang kanan tammy)
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Piee sebagai Ketua Puak Watson
- Abdul Shukor Mohaideen sebagai Cif Inspektor
- Rozita Che Wan sebagai Pegawai Polis 1
- Along Cham sebagai Pegawai Polis 2
- Jalaluddin Hassan sebagai Pengarah Hak Asasi Manusia
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Iqram Dinzly sebagai Ketua Mat Rempit
- Azwan Ali sebagai Mak Nyah ATM
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Penjual Barangan Elektrik
- Jaafar Onn sebagai Pelayan Kedai Makan
- Adrea Abdullah sebagai Wartawan
- Din Beramboi sebagai Penjual Pakaian
- Ruminah Sidek sebagai Makcik Tua Eskalator
- Loo Mark Chin sebagai Tauke Kedai Pajak Gadai
- Nana Mahazan sebagai Pengacara Rancangan Pelik Tapi Benar
- Azhari Zain sebagai Penjahat 1
- Adi Putera sebagai Penjahat 2
- Wan Raja sebagai Orang Suruhan Tammy 2
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Festival Filem Malaysia Ke-22, 3 pencalonan
- Filem Komedi Terbaik
- Pereka Kostum/Busana Terbaik-Amandus
- Pelakon Harapan Lelaki -Nabil
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Filem ini dikeluarkan pada 29 Januari 2009 dan mendapat sebanyak kutipan RM 2.57 juta.