Pergi ke kandungan

Sha & Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sha & Shah
GenreKomedi romantik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Sha & Shah karya Sha Ibrahim
Ditulis olehRizuan Mat Nor
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hati-Hati" oleh Amira Othman
Lagu penutup"Hati-Hati" oleh Amira Othman
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim (MIG)
Sharifah Fatimahtuzzaharaa' (ASTRO)
PenerbitMejar (K) David Teo
Tempoh siaran100 Minit
Syarikat penerbitan
MiG Production Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria, Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal4 Januari 2016 – 27 Januari 2016
Kronologi
MengikutiTersuka Tanpa Sengaja
Diikuti olehIsteri vs Tunang

Sha & Shah ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Eyra Rahman. Dibintangi oleh Kamal Adli, Syatilla Melvin, Azwan Kombos, dan Shima Anuar . Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 Januari 2016 menggantikan Tersuka Tanpa Sengaja.[1]

Mengisahkan tentang 2 sahabat baik iaitu Shah (Kamal Adli) & Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi.Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia saja.

Bila Shah kembali ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dia & Sha telah pun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen & lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik. Namun ibunya (Kartina Aziz) pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan wanita yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai & akhirnya Sha bersetuju.

Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkah Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?

  1. ^ Drama Sha Dan Shah. MyInfotaip. Dicapai 4 Ogos 2021