Pergi ke kandungan

Separuh Akhir Muzik Muzik 26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Separuh Akhir Muzik Muzik 26 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-26.

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 26

[sunting | sunting sumber]

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 18, 25 November dan 2 Disember 2011, jam 9 malam[1], bersiaran langsung dari Sri Pentas 2,Shah Alam.

Pusingan Pertama (18 November)

[sunting | sunting sumber]
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi
"Babak Pertama" Ammar Habir Aepul Drama Band
"Di Penghujungnya" Edry Abdul Halim Iqa
"Mata Hati Audi Mok Nubhan
"Janji" Akim Ahmad Akim Ahmad
"Kisah Hati" Manusia Putih Alyah
"Kisah Dongeng" Edry Abdul Halim Stacy
"Gadis Semasa" Yuna Zarai Yuna Zarai
"Maaf Dari Hati" Mohd Atlas Kumpulan Sofazr
"Muda" Noh Hujan Kumpulan Hujan
"Awan Nano" M.Nasir Budi Hekayat Hafiz Suip
"Beribu Sesalan" Kevin Chin Tinta Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah

Pusingan Kedua (25 November)

[sunting | sunting sumber]
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Kurnia" Noh Hujan Mizz Nina & Noh Hujan
"Kekanda Adinda" Monoloque Atilia & Monoloque
"Cinta Muka Buku" Najwa Latif Ika Latif Najwa Latif
"Luar Biasa" Audi Mok Zelfirdaus Shahir
"Perpisahan Ini" Erol 1st Edition Jijo 1st Edition 1st Edition & Nubhan
"Cinta Teragung" Kuncidemak Hazama Azmi
"Pokok" Taja Tun Teja Meet Uncle Hussein & Nubhan Nubhan menggantikan Hazama Azmi sebagai vokalis undangan
"Sungai Lui" Aizat Amdan & Anas Aizat Amdan
"Bagaikan Bidadari" Aubrey Suwito Tomok Tomok
"Ilusi" Audi Mok Adira
"Wanita Seluruh Dunia" Boy Clifford Kumpulan Projek Pistol

Pusingan Ketiga (2 Disember)

[sunting | sunting sumber]
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Kalau Berpacaran" Sohaimi Mior Hassan Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet
"Penakut" Yuna Zarai Yuna Zarai
"Sedetik Lebih" Edry Abdul Halim Jaclyn Victor Menggantikan Anuar Zain sebagai penyanyi
"Bila Bertemumu" Ajai Shiha
"Cinta Matiku" Kumpulan 6ixth Sense Kumpulan 6ixth Sense Kumpulan 6ixth Sense
"Karma" Audi Mok & Faizal Tahir Faizal Tahir
"Menyesal" Gijie Kumpulan 6ixth Sense Kumpulan 6ixth Sense
"Aku Permata" Taja Tun Teja Salma

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Nota;

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2016-01-26.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]