Pergi ke kandungan

Senarai episod Sword Art Online

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sword Art Online
Logo siri Sword Art Online
Negara asalJepun
Bil. episod25
Keluaran
RangkaianTokyo MX
Tarikh siaran8 Julai – 23 Disember 2012
Kronologi
Selanjutnya →
Sword Art Online II

Sword Art Online merupakan siri anime genre sains fantasi diadaptasi daripada siri novel ringan direka oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Siri anime produksi oleh A-1 Pictures dan SAO Project diarah oleh Tomohiko Itō.[1] Siri anime ditayangkan di saluran Tokyo MX bermula pada 7 Julai sehingga 22 Disember 2012.

Senarai episod

[sunting | sunting sumber]

Sword Art Online (2012)

[sunting | sunting sumber]

Arca cerita 1: Aincrad

[sunting | sunting sumber]
No. Tajuk Bahasa Melayu
Tajuk asal Bahasa Jepun
Pengarah Penulis Tarikh siaran asal [2] Ruj.
1 "Dunia Pedang"
"Ken no Sekai" (剣の世界) 
Tomohiko ItōYukie Sugawara
& Yukito Kizawa
8 Julai 2012[3]
Sebuah konsol permainan komputer realiti maya yang dikenali sebagai "NerveGear" dilancarkan kepada umum bersama-sama dengan permainan video berperanan berganda dalam talian realiti maya pertama di dunia berjudul "Sword Art Online" (SAO). Seorang penguji beta bernama Kirito log masuk dan melawat Aincrad, lokasi di mana permainan diadakan dan mula berkawan dengan dengan seorang pemain baharu bernama Klein, serta mengajarnya asas permainan, termasuklah bagaimana hendak menewaskan seekor khinzir hutan. Beberapa jam kemudian, Kirito dan Klein mendapati bahawa mereka tidak boleh log keluar. Akihiko Kayaba, pencipta permainan serta pekerja sebuah syarikat komputer, Argus, mengumumkan kepada pemain bahawa dia memang sengaja membuang opsyen untuk log keluar dan pemain akan mati sama ada jika topi keledar NerveGear cuba ditanggalkan secara paksa ataupun nilai nyawa habis sepenuhnya. Dia juga mengakui bahawa dia mencipta permainan ini sebagai "dewa" bagi dunianya, dan satu-satunya cara untuk log keluar ialah dengan menghabiskan kesemua 100 tingkat di Aincrad. 
2 "Penipu"
"Bītā" (ビーター) 
Yoshiyuki FujiwaraMunemasa Nakamoto15 Julai 2012[4]
Sebulan kemudian, 2,000 pemain sudah tewas. Setelah menamatkan tingkat pertama, Kirito menghadiri satu mesyuarat yang dianjurkan oleh seorang lagi penguji beta bernama Diavel, yang mengumumkan bahawa kumpulannya telah menjumpai ketua penjahat tingkat pertama Illfang si Tuan Kobold. Semasa pemain lain mempunyai kumpulan rakan masing-masing, Kirito berganding dengan seorang gadis misteri bernama Asuna. Keesokan harinya, Diavel dan para pemain tiba di bilik ketua dan menentang Illfang dan konco-konconya. Setelah nyawa Illfang sudah tinggal sedikit, Diavel hendak menggunakan jurus serangan terakhir, tetapi sudah terlambat kerana Diavel menyedari senjata sebenar Illfang, ketua raksasa itu menyerang Diavel sehingga nazak. Semasa sedang nazak, Diavel berpesan kepada Kirito untuk menewaskan ketua raksasa dan menyelamatkan para pemain dengan apa cara sekalipun. Setelah Kirito berjaya menewaskan Illfang, semua orang menuduh Kirito membunuh Diavel dan menggelarnya "penewas", gabungan antara pemain beta dengan penipu. 
3 "Penungang Rusa Berhidung Merah"
"Akahana no Tonakai" (赤鼻のトナカイ) 
Yuuki ItohafrerYukie Sugawara22 Julai 2012[5]
Kirito menyertai sebuah kesatuan bernama Moonlit Black Cats, dan Kirito merahsiakan tahapnya daripada pengetahuan ahli-ahli kesatuan yang lain. Sachi, salah seorang ahli, mengaku kepada Kirito bahawa dia takut mati, tetapi Kirito meyakinkannya agar dia tidak bimbang. Semasa Keita, ketua kesatuan, keluar untuk membeli rumah baharu untuk kesatuan mereka, Kirito dan ahli-ahli lain ke Tingkat 27, di mana mereka menjumpai sebuah peti harta karun. Meskipun Kirito sudah memberi amaran, ahli-ahli lain membuka peti tersebut yang sebenarnya merupakan satu perangkap yang menyeru segerombolan raksasa untuk mengepung Kirito dan ahli-ahli lain. Kirito hanya mampu melihat keseluruhan kesatuan, termasuklah Sachi, mati di tangan gerombolan raksasa tersebut. Apabila Keita mendapat tahu akan berita kematian ahli-ahli kumpulannya serta tahap sebenar Kirito, dia membunuh diri. Selepas itu, Kirito tiba di Tingkat 35, di mana dia menewaskan ketua bernama Nicholas the Renegade, dan memperoleh satu barang yang berupaya menghidupkan seorang pemain yang sudah mati. Namun, Kirito mengambil keputusan untuk memberikannya kepada Klein, setelah mengetahui bahawa ia hanya berkesan dalam tempoh sepuluh saat selepas kematian. Lewat malam kemudian, Kirito menerima satu mesej rakaman suara daripada Sachi, yang memberitahunya bahawa kematiannya bukan salah Kirito serta dia mahu Kirito terus hidup dengan tabah. 
4 "Pemedang Hitam"
"Kuro no Kenshi" (黒の剣士) 
Shinya WatadaYoshikazu Mukai29 Julai 2012[6]
Seorang pemain perempuan bernama Silica lari ke dalam hutan meninggalkan kesatuannya, Titan's Hand, setelah berselisih dengan kesatuannya itu. Dia kemudiannya diserang hendap oleh sekumpulan beruk, yang mana naga peliharaan Silica, Pina, mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Silica daripada serangan beruk-beruk tersebut. Kirito tiba dan membunuh kesemua beruk-beruk itu. Kirito bersetuju untuk membawa Silica ke Tingkat 47 untuk mendapatkan sejenis barang yang boleh menghidupkan semula Pina dalam masa tiga hari. Dia kemudian memberi amaran bahawa "pemain jingga" merupakan orang yang melakukan jenayah, manakala "pemain merah" pula melakukan jenayah yang lebih serius seperti membunuh. Mereka kemudian menewaskan seekor raksasa tumbuhan dan berjaya mendapatkan barang tersebut, yang merupakan sejenis bunga. Mereka kemudian berdepan dengan Rosalia, ketua kesatuan Silica yang sebenarnya belot dan menyertai kumpulan pemain jingga. Kirito memberitahu Rosalia bahawa dia menemani Silica untuk memerangkap kumpulan Rosalia untuk ditangkap. Kirito kemudian menggunakan barang yang boleh menjana semula nyawanya dengan segera daripada serangan berterusan. Kirito menewaskan kesatuan musuh dengan mudah, dan seterusnya menikam Rosalia. Lama kemudian, Silica berterima kasih kepada Kirito atas pertolongannya dan menggunakan bunga tersebut untuk menghidupkan semula Pina. 
5 "Pembunuhan di Zon Selamat"
"Kennai Jiken" (圏内事件) 
Yasuyuki FuseYukito Kizawa5 Ogos 2012[7]
Di tingkat 56, Asuna mencadangkan satu rancangan untuk mengumpan ketua raksasa ke sebuah kampung, tetapi ditentang oleh Kirito kerana ia boleh menyebabkan kematian ramai penduduk kampung bukan pemain. Di tingkat 59, Kirito memujuk Asuna untuk berehat di sebuah padang pada suatu petang. Asuna kemudian membelanjanya makan di sebuah restoran kerana memerhatikannya. Tiba-tiba, makan malam mereka terganggu apabila Kirito dan Asuna mendengar satu jeritan, dan mereka terus meluru keluar ke sebuah gereja, di mana seorang pemain bernama Caynz telah digantung dan ditikam dengan lembing sebelum mati. Semasa Kirito dan Asuna menyiasat pembunuhan tersebut, mereka membuat deduksi bahawa kemungkinan ada pembunuh pemain, dan mereka mendapati bawaha Yolko dan teman lelakinya Caynz merupakan bekas ahli kesatuan Golden Apple yang sudah dibubarkan. Mereka mendapat tahu melalui seorang rakan mereka, Agil bahawa lembing tersebut ditempa oleh Grimlock, suami kepada ketua Golden Apple, Griselda, yang dibunuh enam bulan dahulu sebelum cuba menjual sebentuk cincin yang diperolehinya setelah menewaskan seekor ketua raksasa. Setelah menyedari bahawa Grimlock berkemungkinan adalah suspek, Yolko dibunuh dengan pisau yang dilontar melalui tingkap. 
6 "Pembalas Pengilusian"
"Maboroshi no Fukushū-sha" (幻の復讐者) 
Kazuma SatōYukito Kizawa12 Ogos 2012[8]
Kirito gagal mengejar Grimlock, yang berjubah hitam dan memegang kristal teleportasi. Lama kemudian, Kirito secara tidak sengaja terlepas sandwic yang diberikan oleh Asuna, dan kemudian menyedari bahawa Caynz dan Yolko mati olok-olok dengan menggunakan kristal teleportasi semasa baju perisai mereka pecah disebabkan kehilangan ketahanannya. Sementara itu di kubur Griselda, Yolko dan Caynz menyamar sementara dan menyoal siasat seorang bekas ahli kesatuan bernama Schmitt untuk mengetahui sama ada dia merupakan suspek sebenar. Schmitt merayu dan membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Yolko, Caynz dan Schmitt kemudian didatangi satu kesatuan pemain merah yang dipanggil Laughing Coffin, tetapi Kirito tiba dan memaksa kesatuan tersebut berundur. Kirito kemudian mendapat tahu bahawa Grimlock mahukan Griselda mati untuk merampas cincin tersebut untuk dirinya. Sementara itu Asuna menangkap Grimlock, yang mengakui bahawa Griselda sudah terlalu obses akan dunia maya ini. Setelah Yolko, Caynz, Schmitt dan Grimlock beredar, Kirito dan Asuna ternampak kelibat Griselda di kuburnya sebelum mereka beredar. 
7 "Suhu Di Dalam Hati"
"Kokoro no Ondo" (心の温度) 
Makoto HoshinoYoshikazu Mukai19 Ogos 2012[9]
Di tingkat 48, Kirito datang melawat kawan Asuna, Lisbeth di kedai besinya untuk mencari sebilah pedang baharu yang ditempa khas. Terkejut apabila melihat pedang Kirito berjaya mematahkan pedang terkuat yang pernah ditempanya, Lisbeth memujuk Kirito untuk menemaninya ke tingkat 55 untuk mendapatkankan sejenis bijih besi yang jarang didapati daripada seekor naga hablur, supaya dia boleh menggunakannya untuk menempa pedang yang lebih kuat. Semasa mereka bersama, Lisbeth menaruh perasaan terhadap Kirito semasa mereka menemui biji besi jarang itu di dalam lubang yang menjadi sarang naga hablur itu,, dan Kirito berjaya menewaskan naga tersebut dan membawa pulang Lisbeth. Lisbeth menggunakan bijih tersebut untuk menempa sebilah pedang baharu untuk Kirito dan cuba meluahkan perasaannya kepada Kirito, tetapi terganggu apabila Asuna tiba. Lisbeth berasa patah hati setelah menyedari perasaan romantik Asuna dan Kirito antara satu sama lain, lalu Lisbeth lari ke tebing sungai. Kirito menjumpai Lisbeth dan berterima kasih kepadanya. Lisbeth kemudian mengalu-alukan Kirito ke kedai besinya bila-bila masa. 
8 "Tarian Pedang Hitam Dan Putih"
"Kuro to Shiro no Kenbu" (黒と白の剣舞) 
Tatsumi FujiiShuji Iriyama26 Ogos 2012[10]
Di tingkat 74, Kirito memburu seekor arnab jarang, yang dikatakan mempunyai daging gred tertinggi. Kirito pada mulanya ingin menjualnya kepada Agil, tetapi mengubah fikirannya setelah Asuna datang. Disebabkan dia menguasai sepenuhnya kemahiran memasaknya, Kirito bersetuju untuk berkongsi daging itu dengan Asuna sebagai balasan bagi memasak hidangan arnab untuknya. Asuna menyisihkan pengiringnya Kuradeel, yang membantah keputusan Asuna menjemput Kirito ke rumahnya disebabkan stetus Kirito sebagai "penewas". Di tingkat 61, Asuna menjemput Kirito ke rumahnya, dan mereka makan stew yang dimasak oleh Asuna. Asuna berjaya memaksa Kirito untuk bergabung dengannya, walaupun Kirito lebih suka bekerja bersendirian. Keesokan harinya, mereka berdua bertemu di tingkat 74, di mana Kuradeel mencabar Kirito untuk bertarung satu lawan satu untuk membuktikan siapa yang lebih layak mengiringi Asuna. Kirito dengan mudah menewaskan Kuradeel dengan mematahkan pedangnya. Memandangkan Asuna merupakan timbalan komander bagi kesatuannya, Knights of the Blood Oath, dia melepaskan Kuradeel daripada tugasannya dan memerintahkannya untuk pulang ke ibu pejabat kesatuan. Kirito dan Asuna kemudiannya melawan habis raksasa di kurungan bawah tanah dan menemui pintu bilik ketua raksasa di tingkat 74. 
9 "Syaitan Bermata Biru"
"Seigan no Akuma" (青眼の悪魔) 
Koichi KikutaMunemasa Nakamoto
& Naoki Shōji
2 September 2012[11]
Kirito dan Asuna melarikan diri dari bilik ketua setelah ternampak kelibat Gleam Eyes, ketua raksasa berupa kimera. Kemudan, mereka berdua terserempak dan bertegur sapa dengan Klein dan kesatuannya iaitu Fuurinkazan. Semasa Kobatz dan anggota Tentera Pembebasan Aincrad muncul, Kirito akur dengan pemberian peta kurungan bawah tanah sebelum mereka beredar. Namun, semasa Kirito, Asuna dan Klein menuju ke bilik ketua raksasa, mereka mendapati Kobatz mati manakala anggota Tentera Pembebasan Aincrad pula cedera parah. Ketiga-tiga mereka meluru untuk menewaskan Gleam Eyes, tetapi ia nyata terlalu sukar untuk ditewaskan. Kirito kemudiannya terpaksa menggunakan satu teknik jurus dua pedang baharu untuk menewaskan Gleams Eyes. Walaupun Kirito kemudian pengsan seketika, Asuna memeluknya setelah dia tersedar. Berita Kirito memiliki jurus dua pedang menarik perhatian Heathcliff, ketua Knights of the Blood Oath, dan dia mencabar Kirito bertarung satu lawan satu. Jika Kirito menang, Asuna boleh meninggalkan kesatuan, tetapi jika Kirito kalah, dia mesti menyertai kesatuan. Kirito bersetuju dengan syarat tersebut dan menerima cabaran tersebut. 
10 "Niat Membunuh Merah"
"Kurenai no Satsui" (紅の殺意) 
Hideya TakahashiYukito Kizawa9 September 2012[12]
Di tingkat 75, Asuna memberi amaran kepada Kirito bahawa Heathcliff juga mempunyai kemahiran yang memberikannya kekuatan maksimum dengan pedangnya dan pertahanan maksimum dengan perisainya. Semasa pertarungan di arena, Kirito cuba menyerang Heathcliff, tetapi dia berjaya menangkis serangan Kirito dan menewaskannya. Lama kemudian di tingkat 55, setelah Kirito menceritakan kepada Asuna bahawa sebab utama dia mengelak daripada menyertai mana-mana kesatuan disebabkan insiden yang melanda Moonlit Black Cats, rakan sekesatuannya Godfree memanggil Kirito dan Kuradeel, membawa mereka ke sebuah kanyon bagi penilaian kemahiran. Semasa mereka berhenti rehat seketika, Kirito dan Godfree menyedari bahawa air yang diminum mereka dicemari racun untuk melumpuhkan mereka. Selepas membunuh Godfree, Kuradeel didedahkan sebagai ahli kesatuan Laughing Coffin. Semasa Kuradeel sedang menyeksa Kirito, Asuna tiba betul-betul sebelum Kirito kehabisan nyawa dan memberikannya hablur penawar. Kuradeel berpura-pura menyerah diri kepada Asuna dan cuba untuk menyerang, tetapi Kirito mempertahankan Asuna dan membunuh Kuradeel. Kirito dan Asuna bercumbuan, berjanji tidak akan meninggalkan satu sama lain. Kirito meminta untuk bermalam dengan Asuna di rumahnya. 
11 "Gadis Embun Pagi"
"Asatsuyu no Shōjo" (朝露の少女) 
Pyeon-Gang HoYukie Sugawara16 September 2012[13]
Kirito dan Asuna berkahwin atas talian, yang membolehkan mereka bercuti sementara daripada kesatuan Knights of the Blood Oath untuk berbulan madu di sebuah kabin kayu di sebuah kampung di tingkat 22. Semasa mereka meneroka di dalam sebuah hutan berhampiran, mereka terjumpa seorang budak perempuan yang tersesat yang tiba-tiba pengsan, mendapati bahawa kemungkinan terdapat pepijat memandangkan dia tidak mempunyai kursor di atasnya, jadi mereka membawanya pulang ke kabin kayu mereka untuk bermalam. Keesokannya, budak tersebut terjaga dan mengingati namanya sebagai Yui, dan dia memanggil Kirito dan Asuna sebagai ibu bapanya. Mereka bertiga pergi ke tingkat pertama untuk mencari sesiapa yang mencari Yui. Mereka terserempak dengan anggota Tentera Pembebasan Aincrad yang memeras cukai daripada seorang penjaga bernama Sasha dan tiga orang anak-anaknya. Asuna menakutkan anggora Tentera Pembebasan Aincrad dengan menggunakan pedangnya, menyebabkan mereka berundur. Yui kemudian tiba-tiba palik dan tergendala seketika sebelum jatuh pengsan lagi. 
12 "Hati Yui"
"Yui no Kokoro" (ユイの心) 
Tamaki NakatsuYukie Sugawara23 September 2012[14]
Di sebuah pusat jagaan di sebuah gereja, Kirito, Asuna, Yui dan didatangi Yulier, timbalan komander Tentera Pembebasan Aincrad. Yulier menerangkan bahawa Thinker, ketua Tentera Pembebasan Aincrad, digulingkan oleh Kibaou, yang memerangkap Thinker di kurungan bawah tanah di tingkat pertama tiga hari lalu. Kirito, Asuna dan Yui bersetuju untuk membantu Yulier menyelamatkan Thinker. Semasa mereka melepasi kurungan dan menjumpai Thinker, mereka dikejutkan dengan kehadiran ketua raksasa bernama Fatal Scythe. Tatkala Kirito dan Asuna tidak berupaya untuk mencederakan Fatal Scythe langsung, Yui meluru masuk dan memusnahkan Fatal Scythe dengan mudah di dalam bebola api, yang mana dia langsung tidak boleh dimusnahkan. Rupa-rupanya Yui merupakan kecerdasan buatan yang sepatutnya direka bagi membantu pemain di dalam permainan, tetapi sebaliknya dipaksa untuk hanya memantau mereka sahaja. Yui mengakui bahawa dia berasa seolah-olah dia anak kandung kepada Kirito dan Asuna berinteraksi dengan mereka. Dia dikenakan hukuman penghapusan kerana mengganggu dalam permainan, tetapi Kirito berjaya menggunakan konsol pentadbir permainan untuk memindahkan data Yui ke bentuk titisan hablur yang dikenali sebagai "hati Yui". 
13 "Di Tepi Neraka"
"Naraku no Fuchi" (奈落の淵) 
Takahiro ShikamaYoshikazu Mukai23 September 2012[15]
Semasa sedang memancing di sebuah tasik, Kirito terserempak dengan Nishida, seorang kaki pancing. Dia mengakui bahawa walaupun dia berupaya mengasah kemahiran memancingnya, dia tidak berupaya memasak makanan yang sedap dengan ikan yang dipancingnya. Kirito menjemputnya ke rumahnya untuk meminta Asuna memasak ikan yang ditangkap Nishida. Semasa makan, Nishida memberitahu bahawa terdapat seekor ikan besar yang cuba ditangkapnya banyak kali sebelum ini tetapi gagal, dan meminta Kirito untuk membantunya. Kemudian, Nishida berupaya mengail ikan tersebut dan menyerahkan joran kepada Kirito untuk menariknya. Rupa-rupanya, ikan tersebut sebenarnya seekor raksasa besar, yang kemudiannya ditumpaskan oleh Asuna. Tidak lama kemudian, Kirito menerima pesanan daripada Heathcliff. Sebelum berpisah dengan Nishida, Asuna menceritakan bagaimana dia boleh menaruh perasaan terhadap Kirito mengikut waktu. Kirito dan Asuna bertemu di ibu pejabat Knights of the Blood Oath, di mana mereka mendapati sekumpulan 20 orang ahli terperangkap dan habis dibunuh di tingkat 75. Sepasukan besar pemain dibentuk daripada beberapa kesatuan, termasuklah Kirito, Asuna, Klein dan Agil, dihimpunkan bersama. Sebaik mereka masuk, pasukan mereka bertarung dengan ketua raksasa yang sangat menakutkan, Skull Reaper. 
14 "Hari Terakhir Di Dunia"
"Sekai no Shūen" (世界の終焉) 
Tomohiko ItōYukito Kizawa7 Oktober 2012[16]
Setelah Skull Reaper akhirnya berjaya ditewaskan, Kirito membuat kesimpulan bahawa identiti Heathcliff sebenarnya merupakan Akihiko Kayaba, mendedahkan bahawa dia sangat kebal dan seterusnya dia didedahkan sebagai ketua penjahat bagi tingkat 100. Heathcliff melumpuhkan kesemua pemain lain kecuali Kirito dan mencabar Kirito berlawan dengan adil, dan berjanji bahawa semua pemain berupaya untuk log keluar jika Kirito menang, yang mana Kirito bersetuju untuk bertarung dengan Heathcliff. Semasa Heathcliff bersedia untuk melakukan serangan terakhir, Asuna meluru di hadapan mereka dan mengorbankan dirinya, menyebabkan Kirito berduka. Heathcliff membunuh Kirito, tetapi Kirito menghiraukan bar nyawanya dan menewaskan Heathcliff, sekaligus menamatkan permainan. Di sebuah pelantar di atas Aincrad, Akihiko menerangkan kepada Kirito dan Asuna bahawa dia mahukan dunia yang mana setiap orang berimaginasi dalam hati masing-masing. Dia mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menamatkan permainan dan mengucapkan selamat tinggal. Kirito dan Asuna memberitahu nama sebenar mereka antara satu sama lain, iaitu Kazuto Kirigaya dan Asuna Yuuki, dan berpelukan semasa dunia sedang musnah. Di dunia nyata, Kirito terjaga di sebuah hospital dan meluru untuk mencari Asuna meskipun dia masih lemah-longlai. 

Arca cerita 2: Tarian Pari-Pari

[sunting | sunting sumber]
No. Tajuk Bahasa Melayu
Tajuk asal Bahasa Jepun
Pengarah Penulis Tarikh siaran asal [2] Ruj.
15 "Kembali"
"Kikan" (帰還) 
Shigetaka IkedaMunemasa Nakamoto14 Oktober 2012[17]
Dua bulan kemudian, Kazuto Kirigaya dan adik angkatnya Suguha Kirigaya mengadakan satu perlawanan kendo, tetapi dia kalah disebabkan kekuda pedangnya dan gaya perlawanannya. Kazuto pergi ke hospital untuk melawat Asuna Yuuki, yang masih belum terjaga daripada koma, bersama-sama 300 orang pemain lain. Kazuto bertemu dengan ayah Asuna, Shōzō Yuuki, CEO syarikat komputer RECT Progress Inc., dan pembantunya Nobuyuki Sugō, yang berniat untuk mengahwini Asuna semasa dia masih koma, mengundang kemarahan Kazuto. Di rumahnya, Kazuto menangis di hadapan Suguha, yang menenangkannya. Suguha mengenang kembali semasa ibunya Midori Kirigaya mengatakan bahawa Kazuto sebenarnya sepupunya dan menaruh perasaan terhadap Kazuto. Keesokannya, Kazuto menerima satu e-mel daripada Andrew Gilbert Mills dengan tampilan paparan daripada sebuah permainan lain dengan avatar yang menyerupai "Asuna". 
16 "Negara Pari-Pari"
"Yōsei-tachi no Kuni" (妖精たちの国) 
Yasuyuki FuseYukie Sugawara21 Oktober 2012[18]
Kazuto melawat Andrew, persona dunia nyata bagi Agil, yang menerangkan bahawa tampilan paparan tersebut berasal daripada permainan "ALfheim Online" (ALO), sebuah permainan realiti maya di mana pemain mengambil peranan sebagai pari-pari yang boleh terbang. Dia menerangkan bahawa avatar yang menyerupai Asuna itu dikesan di sekitar Pokok Dunia. Memandangkan RECT Progress Inc. mencipta permainan tersebut, Kazuto yakin bahawa Asuna memang terperangkap dalam permainan itu. Tanpa membuang masa lagi, Kazuto log masuk ke ALO sebagai "Kirito" dan memilih watak pari-pari bayangan daripada puak Spriggan sebagai avatarnya. Dia mendapati bahawa dia masih ada data simpanan permainan SAOnya, termasuklah tahap kemahiran dan barangan dalam permainan SAO yang mengandungi data Yui, yang diaktifkannya untuk menghidupkan semula Yui ke ALfheim sebagai Pixie Navigasi. Yui membuat dedukti bahawa permainan ini dihasilkan dengan menggunakan salinan pelayan SAO, sekaligus menerangkan kenapa statistik Kirito dari SAO turut dibawa masuk ke dalam ALO. Setelah Yui mengajar Kirito bagaimana untuk terbang menggunakan alat pengawal, dia membantu seorang pari-pari angin dari puak Sylph bernama Leafa menewaskan tiga pari-pari api Salamander, pimpinan kapten skuad mereka Kagemune. 
17 "Puteri Dalam Tawanan"
"Toraware no Joō" (囚われの女王) 
Yoshiyuki FujiwaraYoshikazu Mukai28 Oktober 2012[19]
Leafa berterima kasih kepada Kirito kerana menyelamatkannya daripada diserang dan seterusnya mengajar Kirito terbang tanpa menggunakan alat pengawal. Mereka mengembara ke Sylvein, di mana dia bertemu dengan salah seorang ahli kumpulan Leafa, Recon. Kirito dan Leafa pergi ke sebuah rumah tumpangan dan berbual-bual mengenai bagaimana cara untuk pergi ke kemuncak Pokok Dunia. Melihatkan keazaman Kirito untuk sampai ke puncak Pokok Dunia, Leafa mengambil keputusan untuk membantunya dan memintanya untuk bertemunya di rumah tumpangan keesokan harinya. Setelah Leafa log keluar di dunia nyata, dia didedahkan sebagai Suguha. Sementara itu, Asuna kelihatan berada di dalam sebuah sangkar gergasi di Pokok Dunia, dikurung oleh pentadbir permainan, Oberon si Raja Pari-Pari, yang didedahkan sebagai Sugō di dunia nyata. Asuna terperanjat apabila mendapat tahu Oberon mahu mengawal minda lebih 300 mangsa SAO yang masih koma. Setelah Oberon, Asuna berharap agar Kirito akan datang menyelamatkannya. 
18 "Menuju Ke Dunia Pokok"
"Sekaiju e" (世界樹へ) 
Takayoshi MorimiyaYukito Kizawa4 November 2012[20]
19 "Koridor Legrue"
"Rugurū Kairō" (ルグルー回廊) 
Pyeon-Gang HoShuji Iriyama11 November 2012[21]
20 "Ketua Api Terik"
"Mōen no Shō" (猛炎の将) 
Makoto Hoshino
& Takahiro Shikama
Naoki Shōji18 November 2012[22]
21 "Kebenaran Mengenai ALfheim"
"Aruvuheimu no Shinjitsu" (アルヴヘイムの真実) 
Pyeon-Gang HoMunemasa Nakamoto25 November 2012[23]
22 "Grand Quest"
"Gurando Kuesuto" (グランド・クエスト) 
Kazuhisa OunoYukito Kizawa2 Disember 2012[24]
23 "Bond"
"Kizuna" (絆) 
Shigetaka IkedaYoshikazu Mukai9 Disember 2012[25]
24 "Gilded Hero"
"Mekki no Yūsha" (鍍金の勇者) 
Tomohiko ItōYukie Sugawara16 Disember 2012[26]
25 "Bernih Dunia"
"Sekai no Shushi" (世界の種子) 
Tomohiko ItōMunemasa Nakamoto23 Disember 2012[27]

Sword Art Online: Extra Edition

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Bahasa Melayu
Tajuk asal Bahasa Jepun
Pengarah Penulis Tarikh siaran asal [2]
"Sword Art Online: Extra Edition"
"Sōdo Āto Onrain Ekisutora Edikushon" (ソードアート・オンライン Extra Edition) 
Tomohiko ItōReki Kawahara
& Munemasa Nakamoto
31 Disember 2013

Sword Art Online

[sunting | sunting sumber]
Lagu pembukaan
  • crossing field dinyanyikan oleh LiSA (Episod 2-14)
  • INNOCENCE dinyanyikan oleh Eir Aoi (Episod 15-25)
Lagu penutup
  • Yume Sekai (ユメセカイ) dinyanyikan oleh Haruka Tomatsu (Asuna) (Episod 2-14)
  • Overfly dinyanyikan oleh Luna Haruna (Episod 15-24)

Sword Art Online: Extra Edition

[sunting | sunting sumber]
Lagu penutup
  • Niji no Oto (虹の音) dinyanyikan oleh Eir Aoi


  1. ^ "Staff and Cast of Sword Art Online". Sword Art Online. Aniplex of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2014. Dicapai pada 8 Mei 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c "ソードアート・オンライン". Media Arts Database. Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-14. Dicapai pada 18 Julai 2016.
  3. ^ "Episode 1 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  4. ^ "Episode 2 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  5. ^ "Episode 3 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  6. ^ "Episode 4 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  7. ^ "Episode 5 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  8. ^ "Episode 6 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  9. ^ "Episode 7 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  10. ^ "Episode 8 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  11. ^ "Episode 9 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  12. ^ "Episode 10 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  13. ^ "Episode 11 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  14. ^ "Episode 12 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  15. ^ "Episode 13 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  16. ^ "Episode 14 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  17. ^ "Episode 15 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  18. ^ "Episode 16 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  19. ^ "Episode 17 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  20. ^ "Episode 18 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  21. ^ "Episode 19 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  22. ^ "Episode 20 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  23. ^ "Episode 21 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  24. ^ "Episode 22 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  25. ^ "Episode 23 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  26. ^ "Episode 24 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  27. ^ "Episode 25 summary". Sword Art Online (dalam bahasa Jepun). Aniplex. Dicapai pada 12 Mei 2014.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]