Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Batu Anam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu Anam
Lokasi
Batu Anam, 85100, Batu Anam, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPengetahuan Suluh Hidup
Nombor sekolah079497678
Kod sekolahJBA7012
Pengerusi PIBGTn Syed Azar Bin Syed Badrulzaman
PengetuaEncik Ismail Bin Md Aini
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Merryza Bt Ibrahim @ Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Sabri Bin Sahir
Penolong Kanan KokurikulumEncik Zulkifli Bin Salleh
Faks079497273
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Batu Anam atau nama ringkasnya SK Batu Anam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu Anam.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Batu Anam memiliki 252 orang pelajar lelaki dan 247 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 499 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.

Pada awalnya, sekolah ini beroperasi di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Arshad. Kemudian pada tahun 2010, sekolah ini berpindah ke sebuah tapak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan.

Sekolah Kebangsaan Batu Anam terletak kira kira 17 km dari Bandar Segamat mengikut Lebuh Persekutuan 1 dan 7 km dari Bandar Gemas, Negeri Sembilan. Di sebelah Sekolah Kebangsaan Batu Anam terletaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan.

Sukan tradisi bagi Sekolah Kebangsaan Batu Anam ialah bola sepak, hoki, Sepak takraw dan badminton.

Sekolah Kebangsaan Batu Anam juga mempunyai sebanyak 4 buah rumah sukan iaitu:

Rumah Cempaka (Kuning)

Rumah Teratai (Biru)

Rumah Anggerik (Hijau)

Rumah Mawar (Merah)

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Sekolah Kebangsaan Batu Anam mempunyai seramai 14 orang yang mendapat 5A dalam UPSR.

Sekolah Kebangsaan Batu Anam
Batu Anam
85100, Batu Anam
Johor,  Malaysia
Telefon = 6079498662
Faks = 6079498662

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]