Sarah Childress Polk
Sarah Childress Polk | |
---|---|
Wanita Pertama Amerika Syarikat | |
Dalam peranan 4 Mac 1845 – 4 Mac 1849 | |
Presiden | James K. Polk |
Didahului oleh | Julia Tyler |
Digantikan oleh | Margaret Taylor |
Wanita Pertama Tennessee | |
Dalam peranan 14 Oktober 1839 – 15 Oktober 1841 | |
Gabenor | James K. Polk |
Didahului oleh | Rachel Cannon |
Digantikan oleh | Sarah Jones |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sarah Childress 4 September 1803 Murfreesboro, Tennessee, A.S. |
Mati | 14 Ogos 1891 Nashville, Tennessee, A.S. | (umur 87)
Tempat semadi | Tennessee State Capitol Nashville, Tennessee |
Kewarganegaraan | Amerika |
Pasangan | James Polk (k. 1824; m. 1849) |
Anak | Sarah Polk Fall, anak angkat tidak rasmi |
Ibu bapa | Joel Childress Elizabeth Whitsitt |
Pendidikan | Akademi Salem |
Tandatangan | |
Sarah Childress Polk (4 September 1803 - 14 Ogos 1891) ialah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1845 hingga 1849. Beliau adalah isteri Presiden Amerika Syarikat ke-11, James K. Polk.
Sarah Childress dilahirkan pada tahun 1803 kepada Elizabeth Whitsitt dan Joel Childress, petani, peniaga, dan spekulator tanah - anak ketiga daripada enam orang anak mereka. Beliau berpendidikan tinggi untuk seorang wanita dari masa dan tempatnya, menghadiri Akademi Salem Moravians eksklusif di Winston-Salem, Carolina Utara pada tahun 1817, salah satu daripada beberapa institusi pengajian tinggi yang tersedia untuk wanita pada awal abad ke-19.
Pada tahun 1845, Sarah Polk menjadi Wanita Pertama ke-11 Amerika Syarikat. Beiau seorang yang ceria, menarik, cerdas, dan ahli perbualan yang baik. Presiden Polk juga meluangkan masa membincangkan perkara dasar dengannya. Walaupun beliau menikmati politik, beliau juga memberi amaran kepada suaminya, yang kesihatannya sentiasa menurun akibat kerja keras.[2] Sebagai seorang Presbyterian yang taat dan sebagai Wanita Pertama, dia mengharamkan majlis menari, permainan kad, dan minuman keras dalam majlis rasmi.[3] Tidak seperti waltzs Julia Tyler, hiburan Polk adalah ketenangan lantas memberikan jolokan untuk Wanita Pertama ini "Sahara Sarah".[4] Walaupun sesetengah laporan menyatakan bahawa Polks tidak pernah menghidangkan wain, isteri seorang anggota Kongres "merakamkan di dalam butir-butir diari beliau tentang makan malam selama empat jam untuk empat puluh orang di Rumah Putih—gelas untuk enam wain yang berbeza, dari champagne merah jambu hingga port ruby dan sauterne, 'membentuk pelangi di sekeliling setiap pinggan.'" [5]
Sarah Polk tinggal di Polk Place selama 42 tahun, persaraan dan balu terpanjang untuk mana-mana bekas wanita pertama AS, dan selalu memakai hitam sebagai balu zaman Victoria sejati. Beliau melawat abangnya di Childress-Ray House di Murfreesboro, yang anak perempuannya yang telah berkahwin dengan Gabenor Tennessee John C. Brown.[6] Beliau juga kerap melawat teman dekatnya Adelicia Acklen di Belmont.[7]
Polk meninggal dunia pada 14 Ogos 1891, pada umur 87 tahun, kurang daripada sebulan sebelum hari jadi ke-88. Beliau dikebumikan di sebelah suaminya di tempat asalnya di rumah mereka di Nashville dan kemudian dipindahkan bersama di Tennessee State Capitol ketika Polk Place dirobohkan pada tahun 1901.[8][9]
Polk meninggalkan Polk Place kepada anak saudaranya, Sarah Polk Fall.[10][11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "White House Portraits". www.whitehousehistory.org. (White House Historical Association).
- ^ Schneider, D., & Schneider, C. J. (2010). First ladies: A biographical dictionary. New York: Facts On File. p. 73. ISBN 1438127502
- ^ Schneider, D., & Schneider, C. J. (2010). First ladies: A biographical dictionary. New York: Facts On File. pp. 75–76. ISBN 1438127502
- ^ Schneider, D., & Schneider, C. J. (2010). First ladies: A biographical dictionary. New York: Facts On File. p. 76. ISBN 1438127502
- ^ "Sarah Childress Polk – The White House". The White House.
Contrasted with Julia Tyler's waltzes, her entertainments have become famous for sedateness and sobriety. Some later accounts say that the Polks never served wine, but in December 1845 a Congressman's wife recorded in her diary details of a four-hour dinner for forty at the White House--glasses for six different wines, from pink champagne to ruby port and sauterne, "formed a rainbow around each plate."
- ^ "National Register of Historic Places Inventory--Nomination Form: Childress-Ray House". National Park Service. United States Department of the Interior. Dicapai pada March 30, 2018.
- ^ "http://www.civilwarshades.org/taking-care-of-business/adelicia-acklen/". www.civilwarshades.org. Dicapai pada 2018-04-30. External link in
|title=
(bantuan) - ^ Burke, Sheila (March 24, 2017). "Plan to dig up President Polk's body – again – stirs trouble". Yahoo. Associated Press. Dicapai pada March 26, 2017.
- ^
- ^ "Sarah Childress Polk | James K. Polk Home". www.jameskpolk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-19. Dicapai pada 2018-04-30.
- ^ "James K. Polk Ancestral Home | Tennessee Encyclopedia". Tennessee Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-30.
- Teks asal berdasarkan biografi White House
- Sarah Polk
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bumgarner, John R. (1997). Sarah Childress Polk : a biography of the remarkable first lady. Jefferson, N.C.: McFarland. ISBN 9780786403660. [1]
- Claxton, Jimmie Lou Sparkman (1972). 88 years with Sarah Polk. New York, N.Y.: Vantage Press. ISBN 9780533002221. [2]
- Peterson, Barbara Bennett (2002). Sarah Childress Polk, first lady of Tennessee and Washington. Huntington, N.Y.: Nova History Publications. ISBN 9781590331453. [3]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sarah Polk at C-SPAN's First Ladies: Influence & Image
- [4]
Gelaran kehormat | ||
---|---|---|
Didahului oleh | Wanita Pertama Amerika Syarikat
1845-1849 |
Diganti oleh |