Richard Wagner
Senarai opera Richard Wagner |
---|
Die Hochzeit (1832) |
Wilhelm Richard Wagner (22 Mei 1813 – 13 Februari 1883) ialah seorang penggubah Jerman, yang juga seorang konduktor muzik, ahli teori muzik, dan penulis, terutamanya untuk penulisan seni opera (atau drama muzikal). Tidak seperti kebanyakan penggubah-penggubah opera ternama yang lain, Wagner selalunya menulis sendiri kerja-kerja seninya termasuk libreto berdasarkan senario yang berlaku.
Gubahan Wagner amat terkenal untuk tekstur kontrapunto, kaya dengan kromatisme, corak orkestra harmoni, penggunaan panjang lebar leitmotif dan tema-tema muzik yang berkaitan dengan watak-watak khusus, tempat-tempat peristiwa itu berlaku atau unsur-unsur plot. Wagner mempelopori kemajuan dalam bahasa muzik dan memberi pengaruh yang amat besar kepada muzik klasikal Eropah.
Beliau merubah cara pemikiran muzik melalui idea yang ditulis sebagai Gesamtkunstwerk ("kerja seni yang lengkap"), sintesis – sintesis puisi, seni visual dan seni muzikal dan dramatik yang ditunjukkan dalam opera 4 bahagian yang berjudul "Der Ring des Nibelungen" pada tahun 1876. Malah Wagner pergi lebih jauh seperti membina rumah opera sendiri untuk mementaskan karya-karya ini sebagai mana yang beliau bayangkan sesebuah opera sepatutnya dihasilkan.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Masa muda
[sunting | sunting sumber]Richard Wagner dilahirkan di Leipzig, anak ke-9 Carl Friedrich Wagner, seorang kerani di pejabat polis Leipzig. [1] Bapa Wagner meninggal dunia kerana penyakit tifus enam bulan selepas kelahiran Richard. Berikutan dengan itu, ibunya Johanna Rosine Wagner mula tinggal bersama pelakon dan penulis drama Ludwig Geyer, yang juga rakan karib bapa Richard. Dalam bulan Ogos 1814 Johanna mengahwini Geyer dan berpindah ke kediaman Geyer di Dresden. Untuk 14 tahun pertama dalam hidupnya, Wagner dikenali sebagai Wilhelm Richard Geyer. Pada tahun-tahun kemudiannya Wagner mengesyaki bahawa Geyer adalah sebenarnya bapa kandungnya yang berkemungkinan seorang berbangsa Yahudi.[2]
Minat Geyer yang mendalam dalam seni dikongsi bersama anak tirinya dan Wagner juga mengambil bahagian dalam persembahan. Dalam autobiografinya Wagner menulis tentang salah satu perana yang dilakonkan semasa kecil iaiatu sebagai seorang malaikat. Wagner juga sangat tertarik dengan unsur-unsur Gothic karya Carl Maria von Weber untuk opera “Der Freischutz”. Pada akhir tahun 1820, Wagner memulakan pengajikan sekolah Pastor Wetzel di Possendorf, berdekatan Bandar Dresden. Di situ beliau menerima latihan piano di bawah ajaran seorang guru berbangsa Latin. Namun begitu beliau tidak dapat memahami teknik skala dengan baik dan lebih mengemari muzik dan drama teater. Geyer meninggal dunia dalam tahun 1821, ketika Wagner berusia lapan tahun. Berikutan dengan itu, Wagner telah dihantar ke sekolah Kreuz Grammar di Dresden, dibiayai oleh abang Geyer. Wagner yang sentiasa bercita-cita untuk menjadi seorang penulis lakonan, menulis daya kreatifnya yang pertama untuk sebuah tragedi yang mengerikan, Leubald und Adelaide bermula di sekolah pada tahun 1826. Beliau mendapat pengaruh yang kuat dari William Shakespeare dan Johann Wolfgang von Goethe. Wagner kemudiannya memujuk agar keluarga membenarkan beliau mempelajari muzik.
Pada tahun 1827, keluarga Wagner berpindah semula ke Leipzig. Pelajaran Wagner yang pertama dalam bidang komposisi muzik adalah di antara tahun 1828-31 di bawah ajaran Christian Gottlieb Müller. Namun begitu menurut Wagnar, sumber inspirasi beliau ketika itu datangnya dari Ludwig van Beethoven. Beliau pertamakali mendengar muzik Beethoven pada Januari 1828 iaitu simfoni ke-7 dan kemudiannya pada bulan Mac Symphony yang ketujuh dan kemudian, pada Mac tahun yang sama, simfoni ke-9 yang dimainkan di Leipzig Gewandhaus.
Cara penulisan muzik Beethoven menjadi inspirasi Wagner. Wagner mula menulis transkripsi piano untuk simfoni ke-9 berserta sonata piano dan orkestra. Pada tahun 1829 beliau menonton lakonan soprano dramatik, Wilhelmine Schröder-Devrient, dan menjadikan beliau sebagai ideal lakuran drama dan muzik dalam opera. Dalam autobiografinya, Wagner menulis:
Jika saya mengenang kembali hidup saya secara keseluruhannya, saya tidak akan dapat mencari apa-apa yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam tanggapan diri saya.
Hasil karya
[sunting | sunting sumber]Opera
[sunting | sunting sumber]Awal
[sunting | sunting sumber]- (1832) Die Hochzeit (The Wedding) - Tidak dihabiskan
- (1833) Die Feen (The Fairies)
- (1836) Das Liebesverbot (The Ban on Love)
- (1837) Rienzi, der Letzte der Tribunen (Rienzi, the Last of the Tribunes)
Pertengahan
[sunting | sunting sumber]- (1843) Der fliegende Holländer (The Flying Dutchman)
- (1845) Tannhäuser
- (1848) Lohengrin
Akhir
[sunting | sunting sumber]- (1859) Tristan und Isolde (Tristan and Isolde)
- (1867) Die Meistersinger von Nürnberg (The Mastersingers of Nuremberg)
- Der Ring des Nibelungen (The Ring of the Nibelung), 4 siri:
- (1854) Das Rheingold (The Rhinegold)
- (1856) Die Walküre (The Valkyrie)
- (1871) Siegfried (Pada awalnya dikenali sebagai Jung-Siegfried atau Young Siegfried, dan Der junge Siegfried atau The young Siegfried)
- (1874) Götterdämmerung (Twilight of the Gods) (asalnya dinamakan sebagai Siegfrieds Tod or The Death of Siegfried)
- (1882) Parsifal
Lain-lain muzik (bukan opera)
[sunting | sunting sumber]Selain opera, Wagner juga membuat gubahan muzik, termasuk sebuah simfoni yang ditulis pada seawal usia 19 tahun, iaitu simfoni Faust. Beliau hanya menghabiskan bahagian yang pertama dan diberi nama sebagai “overtur Faust”. Beliau juga menulis berapa overtur – overtur lain, muzik koir, nota-nota piano dan juga merubah orkestra tulisan penggubah Gluck yang berjudul Iphigénie en Aulide.
Antara semua kerja-kerja muzik beliau, hasil karya berjudul “Siegfried Idyll “ adalah yang amat popular. Siegfried Idyll ialah sebuah karya orkestra kamar yang ditulis untuk hari jadi isteri ke-2 beliau, Cosima.
Penulisan
[sunting | sunting sumber]Wagner adalah seorang penulis yang amat prolifik. Beliau telah menulis beratus-ratus buku, sajak dan artikel pada sepanjang hidupnya. Tulisan-tulisannya meliputi pelbagai topik termasuk politik, falsafah, dan analisis terperinci untuk opera- opera gubahannya.
Rekaan teater dan operasi
[sunting | sunting sumber]Wagner bertanggungjawab untuk inovasi-inovasi teater termasuklah pembaharuan dan pembangunan “Bayreuth Festspielhaus”, sebuah rumah opera yang dibina khusus untuk opera-opera beliau. Kenabyakan reka bentuk rumah opera tersebut adalah dari bekas rakan sekerjanya, Gottfried Semper. Bayreuth Festspielhaus merupakan acara tahunan untuk festival Richard Wagner, yang menarik beribu-beribu peminat-peminat opera pada setiap musim panas.
Legasi dan pengaruh Wagner
[sunting | sunting sumber]Wagner membuat banyak pembaharuan penting dalam seni dan budaya, walaupun sesetengahnya dianggap sebagai agak kontroversial. Opera Itali yang bercorak kesenian dramatik dan realistik dikenali sebagai “verismo” banyak dipengaruhi oleh cara-cara pembinaan muzik cara Wagner.
Wagner juga memberi sumbangan yang besar kepada prinsip-prinsip pengarahan muzik. Beliau juga membuat banyak perubahan dalam opera-opera yang hasilkannya. Selain itu, idea untuk lampu dimalapkan ketika persembahan opera adalah dari Wagner, begitu juga memalapkan lampu di bahagian pemain muzik orkestra agar para penonton memberi perhatian yang lebih kepada persembahan opera di atas pentas daripada pemain muzik.
Media
[sunting | sunting sumber]- Masalah memainkan fail ini? Sila rujuk bantuan media.
Tristan und Isolde: Prelude | |
Pembukaan muzik Tristan und Isolde: Prelude | |
Rakaman kord Tristan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "My Life — Edisi 1 oleh Richard Wagner". Projek Gutenberg.
- ^ "'A Vulture is Almost an Eagle' ...: The Jewishness of Richard Wagner". David Conway (Bekas pelajar Universiti College, London). 13 Mac 2002.
Buku rujukan
[sunting | sunting sumber]- Evans, Richard J. (2005), The Third Reich in Power, 1933-1939, The Penguin Press, ISBN 1-59420-074-2
- Saffle, Michael (2001), Richard Wagner: A Guide to Research, London: Routledge, ISBN 0-8240-5695-7
- Borchmeyer, Dieter 2003, "Drama and the World of Richard Wagner", Princeton University Press. ISBN 978-0-691-11497-2
- Burbidge, Peter and Sutton, Richard(eds.) 1979, "The Wagner Companion", Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29657-1
- Dahlhaus, C. (Mary Whitall trans.) 1979, Richard Wagner's Music Dramas, Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-22397-3
- Dallas, Ian 1990, The New Wagnerian, Freiburg Books. ISBN 978-84-404-7475-9
- Gutman, Robert W. 1990, Wagner - The Man, His Mind and His Music, Harvest Books. ISBN 978-0-15-677615-8
- Lee, M. Owen 1998, Wagner: The Terrible Man and His Truthful Art, University of Toronto Press. ISBN 978-0-8020-4721-2
- Magee, Bryan 2001, The Tristan Chord: Wagner and Philosophy, Metropolitan Books. ISBN 978-0-8050-7189-4
- Magee, Bryan 1988, Aspects of Wagner, Oxford University Press. ISBN 978-0-19-284012-7
- May, Thomas 2004, Decoding Wagner, Amadeus Press. ISBN 978-1-57467-097-4
- Millington, Barry (Ed.) (1992). The Wagner Compendium: A Guide to Wagner's Life and Music. Thames and Hudson Ltd., London. ISBN 0-02-871359-1
- Newman, Ernest 1933, The Life of Richard Wagner, 4 vols., - the classic biography, superseded by newer research but still full of many valuable insights. ISBN 978-0-685-14824-2
- Nicholson, Christopher 2007, "Richard and Adolf: Did Richard Wagner incite Adolf Hitler to commit the Holocaust?", Gefen Publishing House. ISBN 978-965-229-360-2
- Runciman, J.F. 1913, Wagner, Edisi projek Gutenberg. here.
- Salmi, Hannu 2005, Wagner and Wagnerism in Nineteenth-Century Sweden, Finland, and the Baltic Provinces: Reception, Enthusiasm, Cult, Eastman Studies in Music. University of Rochester Press. ISBN 978-1-58046-207-5
- Salmi, Hannu 2000, Imagined Germany. Richard Wagner's National Utopia, Peter Lang Publishing. ISBN 978-0-8204-4416-1
- Scruton, Roger 2003, Death-Devoted Heart: Sex and the Sacred in Wagner's 'Tristan and Isolde', Oxford University Press. ISBN 978-0-19-516691-0
- Shaw, George Bernard 1898, The Perfect Wagnerite
- Spencer, Stuart 2000, Wagner Remembered,Faber and Faber. ISBN 978-0-571-19653-1
- Stone, M. 1997, The Ring Disc: An Interactive Guide to Wagner's Ring Cycle, Media Cafe. ISBN 978-0-9657357-0-4
- Tanner, M. 1995, Wagner, Princeton University Press. ISBN 978-0-691-10290-0
- Wagner, Cosima (Geoffrey Skelton trans.), Diaries, 2 vols. ISBN 978-0-15-122635-1
- Wagner, Richard (Stewart Spencer and Barry Millington eds.) 1987, Selected Letters of Richard Wagner, W. W. Norton and Company. ISBN 978-0-393-02500-2
- Wagner, Richard (Andrew Gray trans.) 1992, My Life', Da Capo Press. ISBN 978-0-306-80481-6
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Richard Wagner. |
- Opera Wagner - Laman untuk gambar foto, video, fail MIDI, skor-skor, libretti, dan ulasan.
- Profail Wagner dari laman profile
- Festival Bayreuth
- Tempat soalan-jawapan Wagner.
- RWagner.net. Libreti opera Wagner bersama terjemahan bahasa Inggeris.
- Laman Richard Wagner. Rencana mengenai Wagner dan opera.
- Perpustakaan muzik Wagner. Bersama terjemahan dalam bahasa Inggeris.
- "Das Judenthum in der Musik" atau "Judaism in Music" Diarkibkan 2005-04-19 di Wayback Machine
- Festival Wagner Diarkibkan 2005-11-22 di Wayback Machine
- Richard Wagner
- Arkib dari Yayasan Richard Wagner
- Archivo Richard Wagner Diarkibkan 2005-11-11 di Wayback Machine Rencana mengenai Wagner dan opera dalam bahasa Sepanyol.
- 'A Vulture is almost An Eagle' - Wagner dan Yahudi
- Galleri poskad Richard Wagner
- Manuskrip Wagner
- Muzium Richard Wagner
- Better to know oleh Edward Said, Le Monde diplomatique
- Tuba Wagner
- Karya-karya oleh Richard Wagner di Projek Gutenberg
- Karikatur Richard Wagner oleh André Gill
Gambar-gambar
- gallica.bnf.fr Gambar Richard Wagner dan keluarga.
Skor-skor
- Skor-skor bebas oleh Richard Wagner dalam Arkib Muzik Werner Icking
- Skor-skor bebas oleh Richard Wagner dalam Perpustakaan Domain Awam Koral (KoralWiki)
- Skor percuma oleh Wagner di Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa (IMSLP)