Ramon Llull
Ramon Llull, T.O.S.F. | |
---|---|
Doctor Illuminatus | |
Lahir | c. 1232 Kota Mallorca (kini Palma), Kerajaan Majorca, kini dalam Sepanyol |
Meninggal | c. 1315–1316 Laut Tengah (aboard a ship bound for Majorca) |
Dihormati oleh | Gereja Katolik Rom (Orde Ketiga Santo Franciscus) |
Dibeatifikasikan | 1847 oleh Paus Pius IX |
Hari perayaan | 30 Jun |
Pengaruh | Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibn Sab'in |
Dipengaruhi oleh | Peter dari Limoges,[1] Giordano Bruno, Gottfried Wilhelm Leibniz[2] |
sunting |
Ramon Llull, T.O.S.F. [rəˈmoɲ ˈʎuʎ]; c. 1232[3] – c. 1315; nama bahasa Latin: Raimundus/Raymundus Lullus/Lullius) merupakan seorng pakar matematik, filsuf, pakar logika dan agamawan dari Kerajaan Majorca. Dia dikenali tidak sahaja atau sumbangannya menghasilkan karya besar dalam bahasa Catalonia yang pertama,[4] tetapi juga pelopor teori pengkomputan yang turut mempengaruhi beberapa saintis terkenal seperti Gottfried Wilhelm Leibniz.[2][5][6]
Atas sumbangannya kepada kesusasteraan inilah beliau ditinggikan nama sepertimana William Shakespeare di dalam kalangan penutur Inggeris atau Miguel de Cervantes dalam kalangan penutur Sepanyol.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Ramon lahir dalam sebuah keluarga kaya dari Barcelona, Catalonia [7] di Palma, ibu kota Kerajaan Majorca yang baharu sahaja didirikan Raja Jaume I setelah kerajaan Aragonnya menakluk Kepulauan Balear berikutan penewasan Khilafah Almohad.[8]
Llull berkhidmat sebagai pengajar peribadi Putera Jaume II, malah beliau dilantik sebagai ketua pentadbir kerabat diraja sana dengan gelaran Seneschal.
Hidup sebagai seorang agamawan
[sunting | sunting sumber]Pada Julai tahun 1263,[9] beliau mengalami suatu keadaan di mana beliau terlihat bayangan Yesus Kristus disalib beberapa kali. Hal ini mendorongnya untuk meninggalkan segala harta kebendaannya untuk menjadi seorang paderi. Beliau mempunyai beberapa matlamat tersendiri dalam usahanya mahu menjadi paderi: mengkristiankan orang Islam Sepanyol, menulis buku mengenai cara mengajak penganut agama lain menerima ajaran Kristian serta meminta dana dari Paus untuk menubuhkan biara-biara yang bertujuan mengajar bahasa asing kepada para mubaligh.[7][10]:6
Demi mencapai matlamat ini, Llull berusaha agar mewujudkan pejabat=pejabat bahasa Arab serta bahasa-bahasa Eropah lain.[11][12] Beliau juga turut menjelajah ke serata Eropah dengan percubaan meyakinkan para raja dan paderi terhadap idea ini.[13] Beliau berjaya mendapat sokongan Raja Jaume II yang mendana sebuah sekolah bahasa untuk para mubaligh Franciscus - sekolah ini didirikan pada tahun 1276.[14]
Beliau ke Tunis (pada ketika itu diperintah Kerajaan Hafsiyah) pada 1291 di mana beliau cuba berhujah dalam bidang falsafah dengan masyarakat setempat di sana. Belia ke sana sekali lagi pada tahun 1304 di mana beliau berutus surat dengan Khalifah yang memerintah Tunis.[15][16]:10-11, 34-37
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Senarai karya terpilih
[sunting | sunting sumber]Novel
[sunting | sunting sumber]- Blanquerna (1270)
- Fèlix o Llibre de meravelles (1280)
Sajak
[sunting | sunting sumber]- Desconhort (1295)
- Cant de Ramon (1300)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Anthony Bonner (ed.), Doctor illuminatus: A Ramon Llull Reader, Princeton University Press, 1993, p. 82.
- ^ a b The History of Philosophy, Vol. IV: Modern Philosophy: From Descartes to Leibniz by Frederick C. Copleston (1958)
- ^ Born 1232 per Mark D. Johnston in Routledge Encyclopedia of Philosophy. London: Routledge, 1998. Older sources (such as versions of Encyclopædia Britannica at least up to 1955) give 1235; the current Britannica gives 1232/33.
- ^ Tisdall, Nigel (2003). Mallorca. Local Heroes – Ramon Llull – reference to his life and work. Thomas Cook Publisher. m/s. 40. ISBN 9781841573274.
- ^ Anthony Bonner (2007), The art and logic of Ramon Llull, Brill Academic Pub, m/s. 290, ISBN 978-90-04-16325-6
- ^ Donald Knuth (2006), The Art of Computer Programming: Generating all trees, 4–4, Addison-Wesley Professional, m/s. 56, ISBN 978-0-321-33570-8
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGEM_Llull
- ^ Bonner 2007, p. 1.
- ^ Pring-Mill, Robert (1991). "Vida de Ramon Llull". Estudis sobre Ramon Llull (1956-1978). Barcelona. ISBN 84-7826-271-7. Unknown parameter
|editorial=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan) - ^ Bonner, "Historical Background and Life" (an annotated Vita coaetanea), in Bonner (ed.), Doctor Illuminatus (1985).
- ^ Mark David Johnston (1996). The Evangelical Rhetoric of Ramon Llull: Lay Learning and Piety in the Christian West Around 1300. Oxford University Press. m/s. 9–. ISBN 978-0-19-509005-5.
- ^ Blum, Paul Richard (28 Jun 2013). Philosophy of Religion in the Renaissance. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 1–. ISBN 978-1-4094-8071-6.
- ^ Paul Richard Blum: Philosophy of Religion in the Renaissance. Ashgate 2010, 1-14
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaunivbarc
- ^ Albrecht Classen (5 March 2018). Toleration and Tolerance in Medieval European Literature. Taylor & Francis. m/s. 280–. ISBN 978-1-351-00106-9.
- ^ Bonner, "Historical Background and Life" (the Vita coaetanea augmented and annotated), in Bonner (ed.), Doctor Illuminatus (1985).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Karya-karya oleh Ramon Llull di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Ramon Llull di Internet Archive
- Karya-karya nukilan beliau di Open Library
- Ramon Llull Database - Universiti Barcelona
- "Who was Ramon Llull?" - Centre de Documentació Ramon Llull, Universiti Barcelona