Pollock
Pollock | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Gadiformes |
Keluarga: | Gadidae |
Genus: | Pollachius Nilsson, 1832 |
Spesies jenis | |
Pollachius pollachius Nilsson, 1832 (Linnaeus, 1758)
| |
Sinonim | |
Asellus Minding, 1832 |
Pollock (turut dieja pollack; sebutan /ˈpɑːlək/) ialah nama yang biasa digunakan untuk salah satu daripada dua spesies ikan laut dari Atlantik Utara dalam genus Pollachius. Pollachius pollachius dirujuk sebagai pollock di Amerika Utara, Ireland dan United Kingdom, sedangkan Pollachius virens selalunya dikenali sebagai saithe atau coley di Great Britain dan Ireland (terbit daripada nama lama coalfish).[1] Nama-nama lain untuk P. pollachius termasuklah Atlantic pollock, European pollock, lieu jaune, dan lythe; manakala P. virens pula turut dikenali dengan Boston blue (berbeza dengan bluefish), silver bill atau saithe.
Spesies
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua spesies yang dikenal pasti dalam genus ini kini:[2]
- Pollachius pollachius (Linnaeus, 1758) (pollack)
- Pollachius virens (Linnaeus, 1758) (saithe)
Keterangan
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua spesies boleh tumbuh sehingga 130 sentimeter (4 kaki 3 inci). P. virens boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram (40 paun). P. virens mempunyai garis melintang perak jelas yang menganjur ke sisi. Di atas garis melintangnya, warnanya hitam kehijauan. Perutnya putih, manakala P. pollachius mempunyai garis melintang jelas beralun, perut kekelabuan hingga keemasan dan belakang perang gelap. P. pollachius juga mempunyai gigitan bawah yang kuat. Ia boleh didapati di perairan sehingga 180 meter (600 kaki; 100 fathom) dalam di balik batu, dan mana-mana sahaja dalam kolum air. Pollock ialah sejenis ikan putih.
Sebagai makanan
[sunting | sunting sumber]Pollock Atlantik sebahagian besarnya dianggap sebagai ikan putih, walaupun ia jenis yang agak kuat rasanya. Secara tradisinya menjadi sumber makanan yang popular di sesetengah negara, seperti Norway, di United Kingdom sebelum ini, ia menjadi alternatif yang lebih murah untuk ikan kod dan haddock. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pollock menjadi lebih popular kerana lebihan penangkapan ikan kod dan haddock. Ia kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya sebagai filet segar atau barangan beku. Sebagai contoh, cincangannya digunakan dalam jejari ikan atau sebagai bahan dalam daging ketam tiruan.
Disebabkan warnanya yang sedikit kelabu, pollock sering disediakan, seperti di Norway, sebagai bebola ikan goreng, atau jika bersaiz kecil, dilapisi tepung roti dengan oat dan digoreng. Ikan tua secara tradisinya dibelah, diasin dan dikeringkan di atas perdiangan tanah gambut di Orkney, lalu teksturnya menjadi seperti kayu. Ikan ini juga boleh diasin dan disalai, dan menjadi warna jingga seperti salmon, seperti yang dilakukan di Jerman yang mana ikan biasanya dijual sebagai Seelachs atau sea salmon. Di Korea, pollock boleh berulang kali dibekukan dan dicairkan untuk dibuat hwangtae, separuh kering untuk menjadi ko-da-ri, atau sepenuhnya kering dan dimakan sebagai book-o.
Pada 2009, pasar raya Sainsbury's menamakan semula pollock Atlantik sebagai "Colin" dalam usaha untuk menjadikan ikan ini sebagai alternatif kepada kod.[4] Sainsbury's, yang berkata nama barunya berasal daripada perkataan Perancis untuk pollock yang dimasak (colin), melancarkan produk di bawah nama "Colin dan kentang goreng boleh menyelamatkan kod British."
Di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, pollock Alaska ialah ikan utama yang digunakan oleh rantaian McDonald dalam sandwic Filet-O-Fish mereka.[5]
Ikan lain yang dipanggil pollock
[sunting | sunting sumber]Salah satu ahli daripada genus Gadus juga biasanya dirujuk sebagai pollock: pollock Alaska atau walleye pollock (Theragra chalcogramma), termasuk rupa yang dikenali sebagai pollock Norway. Ia juga merupakan ahli keluarga Gadidae namun bukan ahli genus Pollachius.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pollock and Coalfish Identification Guide". Britishseafishing. 30 April 2013.
- ^ Froese, Rainer dan Pauly, Daniel, ed. (2012). Spesies bagi Pollachius dalam FishBase. Versi April 2012.
- ^ a b Based on data sourced from the relevant FAO Species Fact Sheets
- ^ A colin and chips? Sainsbury's gives unfashionable pollack a makeover | Business | The Guardian
- ^ Smith, K. Annabelle (March 1, 2013). "The Fishy History of the McDonald's Filet-O-Fish Sandwich". Smithsonian.com. Dicapai pada Ogos 25, 2014.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Froese, Rainer dan Pauly, Daniel, ed. (2006). Spesies bagi Pollachius dalam FishBase. Versi Jun 2006.
- Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2006). "Pollachius pollachius" di FishBase. versi Jun 2006.
- Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2006). "Pollachius virens" di FishBase. versi Jun 2006.
- Davidson, Alan. Oxford Companion to Food (1999), “Saithe”, p. 682. ISBN 0-19-211579-0
- Norum, Ben. Big Book of Ben, The (2007), "pollock / pollack", p. 32
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Collier's New Encyclopedia. 1921. .