Pertempuran Myeongnyang
Penampilan
Pertempuran Myeongnyang yang terjadi pada 26 Oktober 1597 di Selat Myeongnyang di mana Laksamana Joseon, Yi Sun-sin menentang tentera laut Jepun berhampiran Pulau Jindo, di barat daya Semenanjung Korea. Pertempuran ini telah dimenangi oleh Laksamana Yi apabila beliau berjaya mengaramkan banyak kapal-kapal perang Jepun lantas memaksa Tentera Jepun untuk berundur.