Pergi ke kandungan

Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Percy Jackson & the Olympians:
The Lightning Thief
Poster
PengarahChris Columbus
PenulisCraig Titley
Joe Stillman[1]
Rick Riordan (Novel)
Dihasilkan olehChris Columbus
Michael Barnathan
Karen Rosenfelt
DibintangiLogan Lerman
Alexandra Daddario
Brandon T. Jackson
Sean Bean
Kevin McKidd
Steve Coogan
Melina Kanakaredes
Rosario Dawson
Jake Abel
Uma Thurman
Pierce Brosnan
Catherine Keener
SinematografiStephen Goldblatt
Disunting olehPeter Honess
Muzik olehChristophe Beck
Syarikat
penerbitan
1492 Pictures
Imprint Entertainment
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
11 Februari 2010 (2010-02-11)
Februari 12, 2010
(United States)
Masa tayangan
120 minit
NegaraAmerika Syarikat
Kanada
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$95 juta[2]
Pecah panggungAS$166,795,311[3]

Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief (dikenali sebagai Percy Jackson & the Lightning Thief di England dan Australia) adalah sebuah filem fantasi pengembaraan yang diarahkan oleh Chris Columbus. Filem ini adalah sebuah adaptasi dari The Lightning Thief, novel pertama dalam siri Percy Jackson & The Olympians siri oleh Rick Riordan. Dibintangi Logan Lerman sebagai waak utama Percy Jackson di samping pelakon hebat yang merangkumi Brandon T. Jackson, Alexandra Daddario, Jake Abel, Rosario Dawson, Steve Coogan, Uma Thurman, Catherine Keener, Sean Bean dan Pierce Brosnan. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 12 Februari 2010.[4]

Dalam pembukaan hujung minggu, filem ini mencapai kedudukan #2; dan dalam minggu pertama, filem ini mengaut $40 juta, yang merupakan daripada 40% daripada "$95 juta bajet". [5] Kritikan dan penerimaan adalah bercampur. Filem ini telah mengaut sejumlah US$ 166,795,311 di seluruh dunia lepas 18 hari diterbitkan.

Di bahagian atas Bangunan Empire State, Poseidon (Kevin McKidd) bertemu dengan Zeus (Sean Bean), yang mengulas bahawa awan ribut ketika itu tiada kilat kerana panah petirnya telah dicuri. Beliau menyalahkan putera Poseidon bagi kecurian itu. Meskipun Poseidon menegaskan anaknya tidak bersalah, Zeus memberikan Poseidon selama 14 hari untuk mengembalikannya, supaya tidak tercetusnya perang.

Ketika lawatan ke muzium pameran seni Yunani dan Rom, remaja bernama Percy Jackson (Logan Lerman), telah ditarik jauh dari orang ramai oleh seorang Fury yang menyamar sebagai pengganti guru Bahasa Inggeris, yang kemudian menyerang Percy dan bertanya kepadanya tentang panah petir. Percy, yang tidak tahu menahu, diselamatkan oleh guru Bahasa Latin, Encik Brunner (Pierce Brosnan). Setelah menghalau si Fury, Brunner memberi Percy pen ajaib. Atas arahan Brunner, sahabat Percy, Grover (Brandon T. Jackson), membawa Percy ke sebuah kem latihan untuk separa dewa, Kem Kacukan, bersama dengan ibu Percy, Sally Jackson (Catherine keener). Dalam perjalanan mereka ke kem, Percy cuba untuk bertanya tentang ayah kandungnya daripada Sally, tetapi mereka diserang oleh Minotaur. Meskipun Percy dan Grover, yang sebenarnya seekor satir, mampu melepasi sempadan kem, pertahanan kem itu melarang Sally masuk lalu ditangkap oleh Minotaur, dan menghilang ke alam barzakh. Percy berhadapan Minotaur dengan pen ajaibnya, yang berubah menjadi pedang bernama Riptide, dan akhirnya membunuh makhluk dengan salah satu tanduk makhluk itu.

Ketika meninjau Kem Kacukan, Percy mengetahui bahawa Brunner adalah sentora mitos bernama Chiron, dan pelatih di kem itu, dan bahawa ayahnya adalah dewa Poseidon. Dia juga bertemu Luke Castellan (Jake Abel), putera Hermes, dan Annabeth Chase (Alexandra Daddario), putrei yang dewi Athena. Sementara di kem, Percy mempelajari bahawa air mempunyai kekuatan untuk menyembuhkan luka-lukanya, dan membolehkan dia untuk mewujudkan kemampuan kuasanya.

Hades kemudian muncul dan mendedahkan bahawa Sally Jackson kini dalam tawanan, dan mencadangkan Percy menyerahkan panah petir Zeus. Chiron mengarahkan agar Percy tidak berunding dengan Hades tetapi pergi ke Olympus untuk meyakinkan Zeus bahawa dia tidak bersalah. Percy menyelinap keluar dari kem untuk ke alam barzakh, bersama Grover dan Annabeth, dan Luke memberikan kepadanya perisai, kasut terbang dan sebuah peta untuk mendapatkan mutiara Persephone (Rosario Dawson), salah satu cara untuk keluar dari alam barzakh.

Di Emporium Taman Makcik Em, ketiga-tiganya diserang oleh Medusa (Uma Thurman), tetapi berjaya memenggal kepalanya, dan mendapatkan mutiara dari gelangnya. Mereka juga menyimpan kepalanya, yang mereka kemudiannya berjaya digunakan untuk melawan hydra yang menyerang mereka semasa mereka cuba mengambil mutiara dari mahkota patung gergasi Athena pada replika Parthenon dalam Nashville, Tennessee. Mereka memperoleh mutiara ketiga dan terakhir dari roda roulette di sebuah hotel kasino di Las Vegas, Nevada, dengan bantuan Poseidon, yang membantu mereka melawan Lotus Eaters. Peta mendedahkan yang pintu masuk ke alam barzakh terletak di Hollywood, California, di bawah Papan Tanda Hollywood.

Ketiga-tiga mereka memasuki alam barzakh, di mana, setelah melakukan perjalanan melintasi Sungai Styx, mereka bertemu Persephone, yang membawa mereka berjumpa Hades. Percy cuba untuk menjelaskan kepada Hades bahawa dia bukan pencuri petir. Selama huru-hara seterusnya, Percy terjatuhkan perisai, yang sebenarnya tepat disembunyikan panah petir utama yang hilang. Mereka Berjaya menyelamatkan Sally dan petir itu dari Hades dan terus ke bahagian atas Bangunan Empire State, yang merupakan lokasi untuk pintu masuk ke Olympus. Mereka kemudian berjumpa dengan Luke, yang menyatakan diri dia sebenarnya adalah pencuri petir itu. Beliau menyatakan keinginannya untuk generasi baru mengambil alih kekuasan Olympus, beliau menjelaskan bahawa beliau berharap mereka bertiga itu tidak akan lepas dari alam barzakh hidup-hidup, dan selepas merampas panah petir dari Percy, mereka berdua berlawan. Selepas menggunakan kekuatan air untuk menewaskan Luke, Percy tiba di Olympus, mengembalikan panah petir, dan menyatakan kebenaran tentang Luke. Poseidon menjelaskan kepada Percy alasan mengapa mereka tidak boleh saling mengenali ketika zaman kanak-kanaknya, tetapi menyatakan cintanya kepada anaknya. Percy kembali ke Kem Kacukan, tempat latihannya.

Watak Utama

[sunting | sunting sumber]

Separa dewa

[sunting | sunting sumber]

Makhluk mitos

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2004, 20th Century Fox memperolehi hak filem untuk buku. [11] Pada April 2007, pengarah Chris Columbus ditugaskan untuk memimpin projek ini. .[12] Penggambaran bermula pada bulan April 2009 di Vancouver. [8] Beberapa bahagian daripada filem dirakam di Parthenon di Nashville, Tennessee, sebuah replika skala penuh Parthenon asal di Athens. [13] Filem itu siap penggambarannya pada pagi hari 25 Julai 2009 di Vancouver, British Columbia. Perantara digital pula bermula di San Francisco pada November 2009. [14] Christophe Beck pula telah diberi amanah untuk mengarang skor.[15]

Columbus telah menyatakan bahawa para pelakon yang dipilih secara khusus dengan turutan dalam fikiran. "Saya berpikir dengan Percy Jackson, ia adalah masalah untuk mencari orang yang tepat untuk masuk ke dalam watak tersebut, seperti barisan pelakon yang sempurna untuk watak ini, kerana mudah-mudahan, kita akan terus melakukan filem Percy Jackson lain dan anda ingin pelakon untuk berkembang bersama watak mereka." [16]

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Pecah Panggung

[sunting | sunting sumber]

Filem ini dibuka pada 12 Februari 2010 di 3,356 pawagam; pembukaannya hujung minggunya memecah panggung dengan jumlah $ 31,236,067 [17] di AS, berada di #3 di belakang The Wolfman, yang dibuka pada #2 dengan $ 31,479,235 dan Valentine’s Day yang dibuka #1 dengan $ 56,260,707.[18] Filem itu mempunyai pembukaan hujung minggu yang kuat untuk genre seperti ini, memperoleh pembukaan tertinggi untuk sebuah filem fantasi yang bukan dari siri Harry Potter, Narnia, atau Lord of the Rings.[19] Sehingga 1 Mac 2010, ini adalah filem terlaris di seluruh dunia pada tahun 2010. [20]

Kritikan maklum balas

[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritikan bagi filem ini adalah bercampur, seperti ditunjukkan oleh skor rata-rata mendapat 48 daripada 100 daripada Metacritic. [21] Filem ketika ini memegang 50% 'busuk' pada rating Rotten Tomatoes, berdasarkan pada 119 ulasan; yang kebanyakan mempersetujui umum bahawa filem "mungkin tampak seperti tiruan Harry Potter, sekadar memanfaatkan pelakon sampingan yang kuat, jalan cerita yang cepat, dan banyak keseronokan bermain dengan mitologi Yunani". [22] Kenneth Turan dari Los Angeles Times menggambarkan filem ini sebagai "produk seronok-seronok... tidak mencabar dan tidak menarik." [23] The Washington Post pula berpendapat bahawa "filem itu sendiri menderita dengan terlalu sedikit seriusnya. Ia bukan hanya tidak selucu buku. Ia juga tidak seseronok buku." [24] BBC Radio 5 mengkritik kesamaan filem bagi pengarah Chris Columbus untuk filem Harry Potter.[25]

  1. ^ Fleming, Michael (March 12, 2009). "Joe Stillman joins 'Alien Zoo'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2009. Dicapai pada December 24, 2009.
  2. ^ "'Valentine's Day,' 'Percy Jackson' and 'Wolfman': The more they cost, the less they made". Los Angeles Times. Tribune Company. February 15, 2010. Dicapai pada February 16, 2010. The debut of "Percy Jackson" was good, but not great given its $95-million production budget funded by 20th Century Fox, Dune Entertainment and Ingenious Film Partners. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ "Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada February 15, 2010.
  4. ^ "Contact Information and FAQ:Rick Riordan". Dicapai pada 2010-01-22.
  5. ^ com/2010/02/16/what-does-the-percy-jackson-the-olympians-opening-weekend-mean-for-logan-lermans-spider-man-chances Marshall, Rick. "What Does The 'Percy Jackson' Opening Weekend Mean For Logan Lerman's 'Spider-Man' Chances?" MTV, February 16, 2010
  6. ^ a b Siegel, Tatiana (March 2, 2009). "'Percy Jackson' finds lead actors". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2009. Dicapai pada May 15, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Fernandez, Jay A. (March 18, 2009). "'Lightning Thief' finds female lead". The Hollywood Reporter. Dicapai pada December 24, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  8. ^ a b c d e Siegel, Tatiana (March 25, 2009). "Fox 2000 bulks up 'Percy Jackson'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-15. Dicapai pada May 15, 2009.
  9. ^ a b Hewitt, Chris (May 7, 2009). "Dawson And Coogan Join Percy Jackson". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-15. Dicapai pada May 15, 2009.
  10. ^ Kit, Borys (April 15, 2009). "Catherine Keener joins 'Percy Jackson' film". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-17. Dicapai pada May 15, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  11. ^ Brodesser, Claude (June 23, 2004). "'Lightning Thief' strikes Maverick". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2009. Dicapai pada May 15, 2009.
  12. ^ Gilstrap, Peter (April 17, 2007). "Columbus struck by 'Lightning'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2009. Dicapai pada May 15, 2009.
  13. ^ "Portions Of Movie To Be Shot At Parthenon". WSMV-TV. June 2, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-25. Dicapai pada June 25, 2009.
  14. ^ Caranicas, Peter (October 20, 2009). "Goldblatt, Deakins follow similar path". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2009. Dicapai pada December 24, 2009.
  15. ^ Knowles, Harry (November 20, 2009). "New trailer for Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief hits..." Ain't It Cool News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-24. Dicapai pada December 24, 2009.
  16. ^ Roberts, Sheila (February 8, 2009). "Exclusive Chris Columbus Interview". Roll Credits. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-14. Dicapai pada February 8, 2009.
  17. ^ http://boxofficemojo.com/movies/?id=percyjackson.htm
  18. ^ http://boxofficemojo.com/movies/?page=daily&id=valentinesday.htm
  19. ^ http://boxofficemojo.com/news/?id=2681&p=.htm
  20. ^ http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=worldwide&yr=2010&p=.htm
  21. ^ "Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief Reviews". Metacritic. Dicapai pada 2010-02-12.
  22. ^ "Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief Movie Reviews". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 2010-02-12.
  23. ^ "Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief Review". Los Angeles Times. Dicapai pada 2010-02-12. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  24. ^ "Critic Review for Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-13. Dicapai pada 2010-02-12. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  25. ^ "Percy Jackson and the Lightning Thief reviewed by Mark Kermode". BBC. Dicapai pada 2010-02-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]