Pergi ke kandungan

Perbincangan:Salak

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

macam mana bentuk dan rupa bunga salak jantan dan betina?

Bentuk dan rupa salak jantan biasanya agak panjang hampir sejengkal atau lebih, bergantung kesuburan pokok. Bunga jantan biasanya lebat 4 hingga 10 tangkai dalam satu tandan. Kelopak bunga jantan agak kecil dan tersusun macam sisik ikan. Bila kembang kelopak bertukar merah dan celah kelopak keluar debu kuning yang sangat halus. Kadang-kadang bunga jantan tidak berdebu.

Bunga betina salak pula lebih pendek. Bunga betina biasanya tidak lebat antara 1 hingga 4 tangkai setandan, ada juga yang lebih 4 bergantung pada jenis dan kesuburan pokok. Kelopak bunga betina lebih besar daripada bunga jantan dan kelihatan agak berbonjol-bonjol sebelum kembang. Bila kembang berwarna merah darah ikan dan ada yang merah keputihan. Dalam kelopak bunga terdapat putik buah berwarna coklat atau hampir hitam. Waktu inilah sesuai untuk pendebungaan. Untuk dapat hasil yang lumayan kita hendaklah membantu pendebungaan ini dengan mengambil bunga jantan yang berdebu tadi ke bunga betina. Kalau tidak dibantu pendebungaan selepas tiga hari daripada kembang bunga betina busuk dan tidak menjadi buah.


Apakah sebab pokok salak menjadi kering seluruh daun di tanah yang agak lembab dan bagaimana merawatnya?

Mulakan perbincangan berkaitan Salak

Mulakan perbincangan