Penjepunan
Penjepunan | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 皇民化運動 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 皇民化运动 | ||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | gerakan untuk menjadikan orang sebagai rakyat maharaja | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Alternative Chinese name | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 日本化運動 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 日本化运动 | ||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | pergerakan untuk menjadikan sesuatu lebih Jepun | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Korean name | |||||||||||||||||||||
Hangul | 황민화정책 황민화운동 (alt.) | ||||||||||||||||||||
Hanja | 皇民化政策 皇民化運動 (alt.) | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Japanese name | |||||||||||||||||||||
Kanji | 皇民化教育 皇民化政策 (alt.) | ||||||||||||||||||||
Kana | こうみんかきょういく こうみんかせいさく (alt.) | ||||||||||||||||||||
|
Penjepunan, Jepunisasi, atau Jepunifikasi ialah sebuah proses apabila budaya Jepun menguasai, diserap, atau mempengaruhi budaya lain. Ia secara khusus bermaksud "Membuat atau menjadi Jepun dalam bentuk, simpulan bahasa, gaya, atau watak". [1]
Zaman moden
[sunting | sunting sumber]Pada zaman moden ini, banyak negara dan wilayah di Asia Timur khususnya Korea Selatan dan Taiwan, telah menyerap dan menggabungkan budaya popular Jepun seperti muzik dan video selama bertahun-tahun setelah pertumbuhan Jepun pada tahun 1980-an dan 1990-an. Banyak filem Jepun, terutama drama lipur lara popular di Taiwan, Korea Selatan dan China di kalangan generasi muda setelah filem-filem itu diterjemahkan ke bahasa tempatan mereka. Produk elektronik dan makanan juga Jepun terdapat di seluruh Asia Timur.
Zaman empayar
[sunting | sunting sumber]Penjepunan |
---|
Dari segi Perang Dunia II dan penaklukan tentera, penjepunan membawa makna negatif kerana penaklukan tentera dan pengenalan budaya Jepun dilakukan secara paksa oleh pemerintah.
Dalam tempoh pra-empayar (pra-1868), diplomasi damai diamalkan, iaitu Jepun tidak banyak berkembang di wilayah di luar pulau-pulaunya sendiri.
Okinawa
[sunting | sunting sumber]Selepas Pemulihan Meiji pada tahun 1868, Jepun mula mengikuti cara imperialisme dan peluasan kuasa ala barat. pada tahun 1879, Jepun secara rasmi mengilhak Kerajaan Ryūkyū, yang merupakan kerajaan uftian Dinasti Qing dan juga Empayar Jepun.
Pada awalnya, langkah-langkah asimilasi mendapat keengganan yang lebih kuat daripada orang-orang tempatan. Namun, setelah China dikalahkan dalam Perang China-Jepun Pertama pada tahun 1895, mereka kehilangan kepercayaan terhadap China, dan keengganan menentang Jepun, walaupun tidak hilang sepenuhnya, menjadi semakin lemah. Lelaki dan wanita mula menggunakan lebih banyak nama ala Jepun. [2]
Taiwan
[sunting | sunting sumber]Taiwan diserahkan kepada Empayar Jepun pada tahun 1895 sebagai akibat Perang China-Jepun Pertama. Pada awalnya, Taiwan diperintah seperti jajahan. Pada tahun 1936, setelah kedatangan Gabenor Jeneral ke-17, Seizō Kobayashi, terdapat perubahan dalam pemerintahan Jepun di Taiwan.
Kobayashi ialah gabenor jeneral bukan awam pertama sejak 1919. Beliau mengusulkan tiga prinsip pemerintahan baru: Gerakan Kōminka (皇民化運動 ), perindustrian, dan menjadikan Taiwan sebagai pangkalan untuk pengembangan ke selatan. [3]
"Kōminka" secara harfiah bermaksud "menjadikan orang menjadi rakyat maharaja". Program itu sendiri mempunyai tiga komponen. Pertama, "gerakan bahasa kebangsaan" (国語運動 , kokugo undō) mempromosikan bahasa Jepun dengan mengajar bahasa Jepun dan bukannya Hokkien Taiwan di sekolah-sekolah dan dengan melarang penggunaan Hokkien Taiwan dalam akhbar. Kedua, "program menukar nama" (改姓名 , kaiseimei) menggantikan nama Cina Taiwan dengan nama Jepun. Akhirnya, "sistem sukarelawan" (志願兵制度 , shiganhei seidō) memasukkan rakyat Taiwan ke dalam Tentera Imperial Jepun dan mendorong mereka untuk mati demi maharaja. [4]
Korea
[sunting | sunting sumber]Di Korea semasa Perang Dunia Kedua, penggunaan bahasa Korea yang ditulis dalam pendidikan dan penerbitan telah dilarang oleh Empayar Jepun, tetapi ini tidak menyebabkan perubahan yang signifikan dalam penggunaan bahasa Korea, yang tetap digunakan secara meluas sepanjang masa pengilhakan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Japanization – definition of Japanization by The American Heritage Dictionary of the English Language".
- ^ "JPRI Occasional Paper No. 8". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-30. Dicapai pada 2021-04-28.
- ^ 第一節 皇民化運動
- ^ Ching, Leo T. S. (2001). Becoming "Japanese": Colonial Taiwan and the Politics of Identity Formation. Berkeley: University of California Press. m/s. 93–95. ISBN 0-520-22553-8.