Pengguna:Anumengelamun
Pengenalan diri
[sunting | sunting sumber]Jika kamu berkata kepada seseorang dengan bahasa yang difahaminya, kata-kata itu masuk ke dalam kepalanya. Jika kamu berkata kepadanya dalam bahasanya sendiri, maka kata-kata itu akan terus masuk ke dalam hatinya.
- Nelson Mandela, Presiden Afrika Selatan pertama dari kalangan warga kulit hitam negara tersebut
Selamat datang ke laman pengguna ini. Saya asalnya melibatkan diri untuk membaiki rencana tempatan (yakni di Malaysia) terutamanya yang tidak bermutu baik dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. Namun, saya perasan rencana-rencana topik yang paling asas di sini pun terasa begitu cincai dan ada yang dibaca tidak sejadi, maka saya pun turut berkhidmat di sini.
Saya akan cuba membantu menyunting dan meningkatkan mutu laman bahasa ini dengan masa terluang yang ada; saya berharap penglibatan saya dalam laman ini sedikit sebanyak dapat memanfaatkan mereka yang menggunakannya, terutamanya yang tidak arif menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu (disebabkan tiadanya peluang pembelajaran dsb).
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]
|
Bintang Penghargaan Penterjemah | ||
Penghargaan daripada saya atas usaha anda menterjemahkan rencana kepada Wikipedia bahasa Melayu. Semoga terus berkhidmat di Wikipedia ini. Azim Melaka (bincang) 14:30, 9 Ogos 2017 (UTC) |
Bintang Penghargaan Ketekunan | ||
Anda telah menunjukkan usaha yang luar biasa dalam mengemaskini rencana di Wikipedia sehingga ianya boleh dikira sebagai rencana yang begitu berkualiti. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:22, 27 April 2018 (UTC) |
Bintang Penghargaan Ketekunan | ||
Anda telah menunjukkan usaha yang luar biasa dalam mengemaskini serta mencipta rencana berkenaan pelbagai topik di Wikipedia dengan jumlah penciptaan 3,000 buah rencana setakat 1 Februari 2021, 13:25 Waktu Malaysia. Saya harap anda akan sentiasa komited dan konsisten dalam usaha pengembangan rencana-rencana berkaitan. - CyberTroopers bincang/sumbangan 05:26, 1 Februari 2021 (UTC) |
Anugerah Barnstar | ||
Dihargai untuk usaha anda mengembangkan rencana berkualiti pelbagai topik di Wikipedia Bahasa Melayu oleh Yosri (bincang) 10:54, 27 Mei 2018 (UTC) |
Surat undur diri hingga lain masa(...?)
[sunting | sunting sumber]Salam, semua!
Saya ingin mengumumkan pengunduran diri kerana kesibukan jadual dunia sebenar yang semakin bertindih dari kerja sumbangan saya di WBM yang jujurnya hanya kerja lapang semata-mata. Saya pun mendapati ada pendekatan kerja saya lakukan ada mendatangkan rasa tidak disenangi dari pihak atasan. Saya jujurnya tiada niat hasad: saya menyangka diri mampu membersihkan semua kerja perapian kandungan seperti dirancang seterujanya minat saya menyumbang ke WBM. Tetapi, semua itu juga tanda alpanya saya tidak menyedari kelemahan diri sebagai manusia biasa...tetapi saya faham ia (barangkali dari rasa keterujaan memakan diri dan kandungan dikerjakan), dan saya tidak mahu merumitkan keadaan; apatah lagi bila ia membuka peluang saya mengundur diri juga.
Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala silap dan khilaf yang mungkin saya tidak sedari kepada semua penyunting & penyelia sepanjang kelapangan menyunting dan berhubung bersama. Saya entah tidak tahu mungkin saya akan kembali lebih lapang dan lebih matang (berbulan-bulan? bertahun-tahun?) kurang dibawa rasa teruja melampau menyebabkan masalah digusarkan seperti yang didakwa, tapi semoga tiada yang keruh lagi sesama kita. Saya seronok berbakti bersama kalian, tetapi real life and work awaits...
Mungkin ada yang ingin bertanyakan mengenai sumber perkamusan yang banyak saya gunakan dalam kerja penyuntingan saya; kalian mungkin boleh bertanyakan kepada saya secara pesanan peribadi di Discord selama tiada di sini. Dengan itu, sekali lagi saya ingin mohon maaf, dan terima kasih atas kesudian kalian mengajar dan menerima saya seadanya.
Yang ikhlas, dan hingga jumpa di lain masa:
- Anumengelamun (bincang) 04:16, 12 Disember 2021 (UTC)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Arkib perbincangan