Pengangkut anggota berperisai
Pengangkut anggota berperisai (bahasa Inggeris: Armoured Personnel Carrier atau APC) adalah sebuah kenderaan tempur berperisai yang direkabentuk bagi mengangkut infantri ke medan pertempuran.
APC biasanya dilengkapi dengan hanya mesingan, meskipun terdapat beberapa kelainan yang boleh membawa raifal tak anjal, peluru berpandu anti kereta kebal (ATGM), atau mortar. APC juga tidak direka untuk terlibat secara langsung di dalam pertempuran tembakan terus, tetapi membawa anggota ke medan pertempuran dan selamat daripada serpihan peluru dan serangan hendap. APC boleh dipasangkan dengan roda atau runut.
Antara contoh-contoh APC adalah M113 (berunut) buatan Amerika Syarikat, FV 432 (berunut) buatan Britain, VAB (beroda) buatan Perancis, GTK Boxer (beroda) buatan Jerman/Belanda dan BTR (beroda) buatan Soviet. Rekabentuk APC jauh berbeza dengan kenderaan tempur infantri, yang mana dilengkapi dengan perisai yang lebih tebal dan persenjataan yang lebih berat serta mampu bertempur secara terus di medan pertempuran.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sebuah Trak SWAT keluaran Bryan, Texas
-
Dzik-3s buatan Poland yang dimiliki oleh Tentera Darat Iraq
-
VAB buatan Perancis merupakan salah satu APC beroda yang biasa digunakan
-
LAV III milik New Zealand
-
Sebuah APC yang disamarkan milik Israel.
-
BTR-90 keluaran Rusia
-
APC Pindad Panser - ANOA 6X6 APS yang dikeluarkan oleh Indonesia
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pengangkut anggota berperisai. |
- Runut-separuh
- Kenderaan tempur infantri
- Senarai kenderaan tempur berperisai moden
- Kereta berperisai (ketenteraan)