Pergi ke kandungan

Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelarian keturunan Jepun tiba di kem penahanan khas Santa Anita, Arcadia, California.

Sebanyak antara 110,000 hingga 120,000 warga Amerika Syarikat berbangsa Jepun ditahan secara paksa semasa Perang Dunia Kedua di kem-kem tahanan serata pedalaman pantai barat negara tersebut.[1][2][3] Tindakan ini diperintahkan oleh Presiden Franklin D. Roosevelt sejurus selepas pangkalan udara Pearl Harbor di jajahan Hawaii diserang Tentera Udara Jepun Empayar Jepun,.[4]

Langkah penahanan ini bagaimanapun dianggap terhasil daripada rasa kebencian dan kesangsian terhadap bangsa Jepun itu sendiri dan bukannya risiko keselamatan dalaman yang berkemungkinan hasil kerjasama antara pihak Jepun dengan warganegara Amerika Syarikat yang sebahasa dan sebudaya dengan mereka.[5][6] Sesiapa sahaja yang mempunyai 1/16 darah kacukan,[7] bayi yatim piatu turut diberkas dan diletakkan secara paksa dalam tapak penahanan sebegini.[8] Biro Bancian Amerika Syarikat turut bekerjasama dalam tindakan penahanan ini melalui usaha pengintipan dan penyediaan maklumat rahsia mengenai pendudukan berbangsa Jepun dalam negara tersebut, penegetahuan tersebut dirahsiakan daripada orang ramai selama berdekad-dekad sehingga 2007.[9][10]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Pembaharuan meluas dari segi sosiopolitik dilaksanakan Maharaja Meiji ke atas keseluruhan kepulauan Jepun serta pembukaan negara tersebut kepada perdagangan luar negara mendorong berbondang-bondong rakyat Jepun berhijrah dari kepulauan tersebut untuk mecari peluang pekerjaan baharu di negara-negara luar.[11] Banyak penghijrah yang bertumpu ke Kepulauan Hawaii di mana sebanyak 200 ribu orang tiba di tempat tersebut antara tahun-tahun 1869 dan 1924 untuk mengerjakan ladang tebu di sana manakala sebanyak 180,000 migran tiba di pesisiran barat tanah besar Amerika Syarikat untuk bercucuk tanam atau mewujudkan perniagaan di sana.[12]

Selepas serangan Pearl Harbor

[sunting | sunting sumber]

Serangan pada Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 menyebabkan pihak tentera dan pemimpin politik Amerika Syarikat menaruh syak bahawa Empayar Jepun bersiap sedia menjalankan satu serangan besar-besaran di Pantai Barat Amerika Syarikat, lagi-lagi dengan penaklukan besar-besaran dan pesat oleh Empayar tersebut antara tahun 1936 dan 1942.

Ramai rakyat Amerika pada awalnya percaya bahawa kesetiaan warga bangsa Jepun senegara mereka tidak perlu dipersoalkan lagi.[13] Walau bagaimanapun, perasaan sangsi semakin lama semakin membuak dalam kalangan rakyat. Hal ini cuba ditangkas pentadbiran pemerintah (termasuk Presiden Franklin D. Roosevelt dan Pengarah FBI J. Edgar Hoover) yang menganggap semua perkara ini sebagai khabar angin. Kesangssian terhadap kesetiaan masyarakat Jepun memuncak dengan berlakunya suatu peristiwa gempar berikutan serangan di dermaga tersebut di mana seorang awam warganegara Jepun dan dua orang Hawaii keturunan Jepun membebaskan seorang penerbang tentera Jepun yang ditembak jatuh di pulau Ni'ihau sambil menyerang beberapa warga pulau itu.[14]

Tindakan pemerintah

[sunting | sunting sumber]
Lukisan komik editorial bertarikh 1942 nukilan Theodor Seuss Geisel yang membayangkan warganegara A.S berbangsa Jepun melakukan sabotaj menentang pihak Amerika Syarikat.

Pengintipan oleh tentera Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Mantan Pembantu Istimewa Jabatam Badan Keselamatan Kebangsaan David Lowman dalam buku Magic: The Untold Story of US Intelligence and the Evacuation of Japanese Residents From the West Coast During World War II ditulisnya mengatakan Roosevelt dipujuk untuk memberi wewenang penginterniran atas adanya "ketakutan jaringan pengintipan besar-besaran" yang dipercayai terbukti dalam pemecahan kod rahsia Magic iaitu projek yang mengusahakan pemecahan kunci rahsia Jepun yang dilakukan oleh pihak tentera Amerika.[15]

Lowman juga berpendapat interniran berfungsi menjamin kerahsiaan upaya pemecahan kunci rahsia Jepun oleh Amerika Syarikat; apabila orang Jepun-Amerika ditahan, maka hal tersebut akan memaksa pihak tentera Jepun membuka maklumat yang mengungkap pengetahuan mereka mengenai kunci rahsia Jepun. Bila teknologi pemecah kod Amerika harus diungkap di pengadilan para mata-mata, maka Angkatan Laut Jepun akan mengubah kunci rashia yang digunakan mereka. Kesimpulan kontroversial yang ditulis Lowman dipertahankan oleh Michelle Malkin dalam In Defense of Internment.[16]

Arahan eksekutif Hoover

[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 19 Februari 1942, Presiden Franklin D. Roosevelt menandatangani suatu perintah eksekutif bernombor 9066 (Executive Order 9066) yang mengizinkan komandan-komandan tentera untuk menetapkan "daerah tentera" berdasarkan polisi "dari daerah tersebut sebahagian atau semua orang dapat diasingkan". Tidak seperti halnya pengumpulan "musuh asing", "zon pengasingan" ini berlaku untuk siapa pun yang mungkin dipilih komandan tentera berwenang, tidak memandang orang tersebut warga negara atau non-warga negara. Akhirnya beberapa kawasan dari Pantai Timur dan Pantai Barat akan dimasukkan ke dalam zon-zon tersebut, dan luas wilayah tersebut sekitar 1/3 dari keseluruhan luas negara. Tidak seperti program penahanan dan penginterniran yang akan diberlakukan terhadap sejumlah besar orang Jepun-Amerika, penahanan dan pembatasan secara langsung di bawah Program Pengasingan Individu ini akan dilaksanakan khususnya terhadap orang keturunan Jerman atau Itali, termasuk yang berkewarganegaraan dalam Amerika Syarikat sendiri.[17]

  • 2 Mac 1942: Jeneral John L. DeWitt mengeluarkan Pengumuman Publik No. 1 yang menyatakan "orang atau golongan orang-orang ketika situasi diperlukan" akan, pada suatu saat kemudian, harus tunduk pada perintak pengasingan dari "Daerah Tentera No. 1" (merangkumi seluruh pesisiran Pasifik negara hingga sejauh kira-kira 160.9 km dalam kawasan pedalaman), dan mewajibkan siapa saja yang memiliki keturunan "musuh" untuk menyampaikan Pemberitahuan Perubahan Alamat bila mereka merancang pindah.[18] Zon pengasingan kedua ditetapkan beberapa bulan kemudian, yang mencakup wilayah-wilayah yang dipilih oleh sebahagian orang Jepun-Amerika yang berhasil meninggalkan zon pertama.
  • 11 Mac 1942: Executive Order No. 9095 disusun oleh Kantor Perwalian Hak Milik Orang Asing, dan memberikan mandat penuh dan kebebasan untuk menentukan dan memilih terhadap semua kepentingan hak milik orang asing. Sebagian besar aset dibekukan, membuat orang asing yang terkena segera mendapat kesulitan keuangan, dan mencegah sebahagian besar dari mereka untuk keluar dari zon pengasingan.[18]
  • 24 Mac 1942: Pengumuman Publik No. 3 menetapkan jam malam dari pukul 20.00 hingga 06.00 pagi bagi "semua musuh asing dan semua orang keturunan Jepun" di dalam kawasan tentera.[19]
  • 24 Mac 1942: Jen. DeWitt mulai mengeluarkan Perintah Eksklusi Sipil untuk daerah-daerah tertentu di dalam "Daerah Tentera No. 1."[19]
  • 27 Mac 1942: Jen. DeWitt mengeluarkan Pengumuman No. 4 berisi larangan meninggalkan "Daerah Tentera No. 1" bagi semua orang keturunan Jepun untuk "tujuan apa pun hingga dan sampai ada pengumuman berikutnya atau ada perintah yang mengatur dan mengizinkan dari markas besar ini."[18]
  • 3 Mei 1942: Jen. DeWitt mengeluarkan Perintah Eksklusi Sipil No. 34 yang memerintahkan semua orang dari keturunan Jepun, warga negara mahupun tidak yang masih tinggal di "Daerah Tentera No. 1" untuk melapor ke pusat-pusat pengumpulan, tempat mereka akan tinggal hingga dipindahkan ke "Pusat-Pusat Relokasi" yang kekal.[18]

Perintah-perintah tersebut juga berlaku bagi orang-orang yang berketurunan Jepun kacukan separa mahupun sesuku; malah, sesiapa pun yang memiliki keturunan Jepun paling sekurang-kurangnya seelapan dimasukkan ke dalam kamp interniran.[20]

Penahanan

[sunting | sunting sumber]

Selama Perang Dunia II, lebih dari 7,000 orang Jepun baik yang berwarga Amerika mahupun dari Amerika Latin ditawan di tapak-tapak (kem/kamp) penahanan yang dikelola Jabatan Imigrasi dan Naturalisasi Kebangsaan bawah Jabatan Kehakiman. Selama tempoh tersebut, orang Amerika Latin keturunan Jepun dikumpulkan dan diangkut ke tapak-tapak penhanaan yang dikelola Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.[21][22][23] Orang Amerika Latin yang ditahan ini akhirnya mendapat "pembebasan bersyarat" dan dipindahkan ke masyarakat pertanian yang kekurangan tenaga buruh di Seabrook, New Jersey atas usaha yang dilakukan Wayne M. Collins.[24][25][26]

Tempat penahanan serata negara

[sunting | sunting sumber]

Ada 27 kamp yang dikelola Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, 8 di antaranya berada di Texas, Idaho, North Dakota, New Mexico, dan Montana untuk menampung orang Jepun-Amerika. Kamp-kamp yang dijaga oleh pengawal sempadan ini ditujukan untuk orang yang tiada kewarganegaraan Amerika Syarikat termasuk biksu, guru-guru yang tiba untuk mengajar bahasa Jepun, pegawai surat khabar, dan pemimpin masyarakat lainnya.

Pusat-Pusat Relokasi WRA[27]
Nama Negeri Dibuka Populasi maksimum
Manzanar California Mac 1942 10,046 orang
Danau Tule California Mei 1942 18,789 orang
Poston Arizona Mei 1942 17,814 orang
Sungai Gila Arizona Juli 1942 13,348 orang
Granada Colorado Ogos 1942 7,318 orang
Gunung Heart Wyoming Ogos 1942 10,767 orang
Minidoka Idaho Ogos 1942 9,397 orang
Topaz Utah September 1942 8,130 orang
Rohwer Arkansas September 1942 8,475 orang
Jerome Arkansas Oktober 1942 8,497 orang

Keadaan dalam tapak penahanan

[sunting | sunting sumber]

Keadaan hidupnya para tahanan pemerintah ini bergantung kepada tahap bertanggungjawab badan yang mentadbir kem tahanan ini. Tapak-tapak penahanan ini sendirinya dikawal melalui perjanjian antarabangsa.

Pada tahun 1943, Setiausaha Dalam Negeri Harold L. Ickes menulis antaranya bahawa "keadaan di sebahagian kem tahanan bangsa Jepun itu teruk dan makin menburuk dengan mendadaknya..."[28]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Tapak penahanan warga Jepun ini terletak di kawasan terpencil dari bandar-bandar dan kota, di mana tempat sebegini dijaga anggota bersenjata. Para tahanan dibenarkan duduk bersama keluarga mereka, mereka dilayan dengan baik melainkan jika mereka disahkan melanggar peraturan yang ditetapkan. Ada juga tapak yang membenarkan pergerakan melewati kawasan sempadan bertanda kem namun masih secara terhad dalam lingkungan tapak-tapak penahanan tersebut.[29]

Sebanyak 30,000 daripada warga bangsa Jepun ini dalam lingkungan umur anak-anak yang masih bersekolah,[30] maka kemudahan pendidikan turut disediakan untuk para anak-anak ini. Namun, perbelanjaan pemerintah atas kemudahan sebegini tidak diperuntukkan secara utuh;[31] di mana bilik-bilik darjah dihuni pelajar dengan padatnya malah serba kekurangan dengan buku teks, alatan menulis mahupun tempat duduk khusus.[32]

Keputusan Mahkamah Agung dan pembubaran rancangan

[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 1944, Mahkamah Agung Amerika Syarikat menghujah mengenai kesahihan tindakan penahanan yang dilakukan di bawah Perintah Eksekutif 9066. Kes Korematsu v. Amerika Syarikat menyatakan bahawa, secara umumnya, penahanan orang-orang Jepun di Pantai Barat menepati perlembagaan. Walau bagaimanapun, situasi Ex parte Endo sebulat suara menyatakan bahawa warganegara setia Amerika Syarikat tidak mengira kaum tidak dapat ditahan tanpa sebab. Kedua-dua peraturan itu menyatakan bahawa penahanan rakyat AS atas tujuan ketenteraan adalah sah, namun tidak pula tindakan pemenjaraan besar-besaran.

Banyak tahanan kehilangan harta peribadi akibat sekatan terhadap barang yang perlu dibawa ke tapak penahanan, lagi-lagi dengan pencurian dan kemusnahan barang-barang disimpan dalam tempat milik pemerintah. Mereka turut dilarang meninggalkan Zon Tentera ataupun berjalan lebih 5 batu (8.0 km) dari rumah sehingga memaksa sesetengah orang berhenti bekerja kerana lokasi pekerjaan yang jauh dari kawasan penahanan mereka.[33] Banyak orang lain dipecat semata-mata kerana keturunan mereka.[34][35][36]

Tuntutan ganti rugi dan keadilan

[sunting | sunting sumber]
Presiden Ronald Reagan menandatangani Akta Kebebasan Awam 1988 (Civil Liberties Act 1988) pada bulan Ogos 1988 yang memperuntukkan ganti rugi untuk warganegara berbangsa Jepun yang ditahan.

Tindakan menuntut keadilan terhadap masyarakat berbangsa Jepun tercetus hasil pergerakan hak-hak awam yang berleluasa pada dekad tahun 1960-an apabila generasi muda selepas orang-orang tua mereka yang ditahan mula menuntut permohonan maaf dan ganti rugi dari pemerintah persekutuan secara rasmi - tumpuan perjuangan mereka lebih kepada ketidakadilan dan penderitaan mental yang disebabkan oleh penahanan orang-orang tua mereka tersebut. Perjuangan mereka membuahkan hasil dengan suatu kenyataan oleh Presiden Gerald Ford bahawa tindakan tersebut "salah" dan merupakan "suatu kesilapan" yang "tidak akan lagi berulang".[37]

Sebuah pertubuhan iaitu Liga Rakyat Amerika Berbangsa Jepun (Japanese American Citizens League, JACL) yang telah bekerjasama dengan pentadbiran semasa perang mula mengambil bahagian dalam pergerakan ini di mana tiga tuntutan diambil iaitu ganti rugi sebanyak $25,000 diberikan kepada setiap orang yang ditahan, permohonan maaf dari Kongres mengakui kesalahan pemerintah Amerika Syarikat, serta pewujudan suatu yayasan pendidikan untuk keturunan bangsa Jepun.

Pada 10 Ogos 1988, Presiden Ronald Reagan menandatangani Akta Kebebasan Awam 1988 tajaan Wakil Norman Mineta dan Senator Alan K. Simpson. Akta tersebut memperuntukkan memberikan ganti rugi kewangan sebanyak $20,000 untuk setiap tahanan yang masih hidup, lalu berjumlah $ 1.2   bilion. Persoalan yang harus diberikan ganti rugi, berapa banyak, dan kesesuaian peruntukkan kewangan yang diberikan kadangkalanya saling dihujahkan dalam masyarakat bangsa Jepun serta pihak Kongres. [38]

  1. ^ Senarai pelbagai sumber primer dan sekunder adalah antara orang.
  2. ^ Laporan Semenanjung Pihak Berkuasa Penempatan Semula Perang, untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 1946, tidak bertarikh. Kertas Dillon S. Myer . Imej yang diimbas di Diarkibkan 2018-06-16 di Wayback Machine trumanlibrary.org. Diperoleh pada 18 September 2006.
  3. ^ "The War Relocation Authority and The Incarceration of Japanese Americans During World War II: 1948 Chronology". www.trumanlibrary.org. Dicapai pada 11 September 2006.. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ Perkhidmatan Taman Negara. Tapak Sejarah Nasional Manzanar
  5. ^ Commission on Wartime Relocation of Civilians (1997). Personal Justice Denied. Washington, D.C.: Civil Liberties Public Education Fund. m/s. 459.
  6. ^ "WWII Propaganda: The Influence of Racism – Artifacts Journal - University of Missouri". artifactsjournal.missouri.edu.
  7. ^ "Short History of Amache Japanese Internment". Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2008. Dicapai pada April 21, 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Removal process, A More Perfect Union: Japanese Americans and the U.S. Constitution, Institusi Smithson.
  9. ^ JR Minkel (March 30, 2007). "Confirmed: The U.S. Census Bureau Gave Up Names of Japanese-Americans in WW II". Scientific American. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ Haya El Nasser (30 Mac 2007). "Papers show Census role in WWII camps". USA Today.
  11. ^ Anderson, Emily. "Immigration," Densho Encyclopedia. Retrieved August 14, 2014.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Densho-about
  13. ^ Irons, Peter. (1993). Justice At War: The Story of the Japanese American Internment Cases. University of Washington Press. m/s. 7–9.
  14. ^ Prange, Gordon W (1962). December 7, 1941: The Day the Japanese Attacked Pearl Harbor. New York: McGraw Hill. m/s. 375–77.CS1 maint: ref=harv (link)
  15. ^ Maki, Mitchell Takeshi and Kitano, Harry H. L. and Berthold, Sarah Megan. Achieving the Impossible Dream. 1999, page 143
  16. ^ Malkin, Michelle. In Defense of Internment. 2004, pages 128; 135; 275.
  17. ^ WWII Enemy Alien Control Overview Diarkibkan 2016-09-13 di Wayback Machine dari archives.gov, Diakses 8 Januari 2007.
  18. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama korematsu_roberts
  19. ^ a b Hirabayashi v. United States, direproduksi oleh findlaw.com; Diakses 15 September 2006.
  20. ^ Gudykunst, William B. Asian American Ethnicity and Communication. SAGE. m/s. 2001. ISBN 0-7619-2042-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  21. ^ Robinson, Greg. (2001). By Order of the President:FDR and the Internment of Japanese Americans, p. 264n2 mengutip C. Harvey Gardiner, Pawns in a Triangle of Hate (Seattle: University of Washington Press, 1981).
  22. ^ Niiya, Brian. Japanese American History. 1993, p. 191
  23. ^ Nanami, Masaharu (Kyodo News), "Japanese-Peruvians still angry over wartime internment in U.S. camps," Japan Times, 16 September 2009.
  24. ^ "Japanese Latin Americans" (PDF). Dicapai pada 2009-04-12.
  25. ^ "Japanese Americans, the Civil Rights Movement and Beyond" (PDF). Dicapai pada 2009-04-10.
  26. ^ Higashide,, Seiichi. (2000).Adios to Tears, p. 179.
  27. ^ Confinement and Ethnicity: An Overview of World War II Japanese American Relocation Sites, Jeffery F. Burton, Mary M. Farrell, Florence B. Lord, and Richard W. Lord, Chapter 3, NPS, Diakses 31 Agustus 2006.
  28. ^ "FDR-51: Letter, Harold L. Ickes to FDR, and Letter, FDR to Harold L. Ickes re: Conditions in Japanese-American Internment Camps, April 13 & 24, 1943 OF 4849: War Relocation Authority, 1943 (Box 1)" (PDF). Franklin D. Roosevelt Presidential Library and Museum. 13 April 1943. Dicapai pada 11 Disember 2015. ...the situation in at least some of the Japanese internment camps is bad and is becoming worse rapidly.
  29. ^ Hane, Mikiso (September 1990). Wartime Internment. Organizer of American Historians.
  30. ^ James, Thomas (1 Oktober 2013). Exile within: The Schooling of Japanese Americans, 1942–1945. Harvard University Press. ISBN 978-0674184725.
  31. ^ Hui Wu, "Writing and Teaching Behind Barbed Wire: An Exiled Composition Class in a Japanese Internment Camp", College Composition and Communication, Vol. 59, No. 2, December 2007(langganan diperlukan)
  32. ^ Foster, Karen (11 Sep 2015). "Teaching Literacy Behind Barbed Wire in WWII: Elementary Schools in Japanese-American Internment Camps in Arkansas". Childhood Education. 91: 378–87.
  33. ^ "Enemy Alien Curfew Friday: German, Japs, Italians in New Restrictions" (24 Mac 1942), San Francisco News. Diambil 5 Februari, 2015.
  34. ^ Long, Priscilla. "Seattle School Board accepts the forced resignation of Japanese American teachers on February 27, 1942" (November 25, tahun 2001), HistoryLink.org. Diambil 5 Februari, 2015.
  35. ^ Hall, Carla (28 Februari 1998). "Japanese Fired in WWII Win Redress". Los Angeles Times. Dicapai pada 5 Februari 2015.
  36. ^ Hirai, Tomo (5 September 2013). "State Legislature passes resolution apologizing to fired employees". Nichi Bei Weekly. Dicapai pada 5 Februari 2015..
  37. ^ Mile, Geoffrey R. Dangerous Times. Tahun 2004, p. 305
  38. ^ Hatamiya, Leslie T. (1994). Righting a Wrong. m/s. 108-109.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]