Paul Zeitz
Paul Zeitz (lahir 5 Julai 1958) merupakan seorang Profesor Matematik di Universiti San Francisco . Beliau merupakan pengarang The Art and Craft of Problem Solving, dan pengarang bersama Statistical Explorations with Excel .
Biografi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1974 Paul Zeitz memenangi Olimpiad Matematik Amerika Syarikat (USAMO) dan merupakan ahli pasukan Amerika pertama yang mengambil bahagian dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO). Pada tahun berikutnya beliau lulus dari Stuyvesant High School . [1]
Beliau memperoleh biasiswa Westinghouse dan lulus dari Universiti Harvard pada tahun 1981.
Sejak tahun 1985, beliau telah mengarang dan menyunting masalah untuk beberapa pertandingan matematik kebangsaan, termasuk USAMO. Beliau telah membantu melatih beberapa pasukan IMO Amerika, terutamanya "Pasukan Impian" 1994, satu-satunya pasukan dari mana-mana negara yang pernah mendapat skor sempurna 252 dalam Olimpiad.
Zeitz mengasaskan Bay Area Math Meet pada tahun 1994 dan mengasaskan bersama Olimpiad Matematik Bay Area pada tahun 1999. Pada tahun 1999 beliau menulis The Art and Craft of Problem SolvingISBN 0-471-13571-2, buku popular tentang penyelesaian masalah .
Pada tahun 2003 Zeitz menerima Deborah and Franklin Haimo Awards for Distinguished College or University Teaching of Mathematics.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Professor Teaches Passion for Math". usfca.edu. 2002-03-05. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2005. Dicapai pada 2007-10-31.