Pahang FA
Nama penuh | Persatuan Bola Sepak Pahang | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Tok Gajah | |||
Diasaskan | 1959 | |||
Stadium | Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang (Kapasiti: 45,000) | |||
Presiden | YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah | |||
Pengurus | Datuk Mohammed Suffian Awang | |||
Jurulatih | Dollah Salleh | |||
Liga | Liga Super Malaysia | |||
2019 | Ke-2 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Persatuan Bolasepak Negeri Pahang atau dikenali Pahang FA ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah pada tahun 1959 untuk mewakili negeri Pahang di Piala HMS Beagle. Pada tahun berikutnya, persatuan itu bermula dengan persiapan ersaingan terhadap negeri lain sebelum mengambil bahagian buat kali pertama dalam Piala HMS Beagle. Pembinaan gelanggang rasmi mereka sekarang iaitu Stadium Darul Makmur, telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan pada tahun 1970.
Diketuai oleh legenda Jamal Nasir, Pahang FA memenangi trofi pertama pada tahun 1983 apabila mereka memenangi Piala Malaysia, kejohanan paling berprestij di Malaysia selepas mengatasi Selangor FA dalam kejohanan itu, memecahkan status monopoli dua pasukan Selangor FA dan Singapura FA dan juga menjadi pasukan Pantai Timur yang pertama untuk memenanginya. Walau bagaimanapun, era yang paling berjaya adalah pada tahun 1990-an, apabila pauskan ini berjaya menjejakkan diri ke final Piala Malaysia 4 kali walaupun mereka hanya berjaya sekali pada tahun 1992. 1992 adalah tahun terbaik buat Pahang FA, apabila berjaya memenangi 2 kejohanan, Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro. Pahang FA pada tahun itu dikenang sebagai Pasukan Impian apabila beberapa pemain berprofil tinggi memainkan peranan dalam kejayaan pasukan seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamed, Abdul Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, legenda bola sepak Australia, Alan Edward Davidson dan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad. Pahang berjaya mengalahkan Kedah FA di peringkat akhir untuk memenangi Piala Malaysia, terima kasih kepada jaringan terpantas dalam sejarah kejohanan Piala Malaysia oleh Zulhamizan Zakaria. Pahang FA juga merupakan pemenang pertama Liga M dalam format barunya iaitu Liga Super Malaysia pada tahun 2004.
Sebagai salah satu pasukan bola sepak yang paling berjaya di Malaysia dari 1980-2007, Pahang FA telah menghasilkan ramai pemain tempatan yang berbakat dari akademi seperti Khairul Azman Mohamed, salah seorang penjaga gol terbaik di Asia pada tahun 1990-an, penyerang prolifik , Azizul Kamaluddin, Mohd Fadzli Saari yang bermain di SV Wehen Wiesbaden di Jerman dan Juzaili Samion yang juga bermain untuk Divisyen 4 kelab FCSR Haguenau di Ligue 1 Perancis pada tahun 2000.
Pada tahun 2008, ramai pemain muda berbakat dari pasukan Shahzan Muda F.C. diserap ke Pahang FA. Pada tahun 2012, Pahang FA bermain di bahagian 2 Liga M, iaitu Liga Premier Malaysia. Semasa di Liga Premier, Pahang FA menunjukkan peningkatan yang baik pada musim 2012 kerana mereka layak ke suku akhir Piala Malaysia, dan pada tahun itu juga menjadi naib juara Liga Premier. Seterusnya layak bermain dalam pertandingan "play-off" untuk Liga Super. Pahang FA menewaskan Kedah FA di perlawanan akhir "play-off", memenangi promosi ke Liga Super 2013.
Pada tahun 2012, persatuan itu perlu bermain di Stadium Mini Temerloh sebagai tempat asal untuk pertama kalinya selepas Stadium Darul Makmur di bawah pengubahsuaian untuk organisasi Sukma 2012. Setahun kemudian, kelab itu kembali ke Kuantam untuk bermain semula di Stadium Darul Makmur yang baru diubahsuai. Juga pada tahun yang sama menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga. Dipimpin oleh kapten setia Jalaluddin Jaafar, mereka menamatkan kemarau piala selama 21 tahun. Dengan memenangi piala itu, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh mengangkat status mereka sebagai lagenda pasukan Pahang FA, kerana mereka berjaya memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.
Stadium
[sunting | sunting sumber]Pasukan ini berpangkalan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Kapasiti stadium ini ialah 45,000 dan juga mempunyai trek larian.
Pemain
[sunting | sunting sumber]Skuad Utama
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 15 November 2021
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pemilikan dan Penajaan Kewangan
[sunting | sunting sumber]Penajaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pengeluar Kit | Penaja Utama | Penaja Lain |
---|---|---|---|
1989–1990 | Schwarzenbach | Dunhill | Genting[pautan mati kekal] |
1991 | Puma | ||
1992–1998 | Diadora | ||
1999–2000 | Mikasa | ||
2001–2003 | Kronos | ||
2004–2005 | Adidas | ||
2006–2007 | TM | ||
2008 | Hummel | ||
2009-2010 | Lotto | ||
2011 | the ZON Hotel[pautan mati kekal] | ||
2012 | Resorts World Genting | Aras Kuasa | |
2013 | Stobi | Chili's | |
2014–2016 | Puma | Aras Kuasa | Resorts World Genting |
2017 | Jako | ||
Julai 2017–2018 | FILA | ||
2019–2020 | Umbro |
Organisasi Pasukan
[sunting | sunting sumber]Staff Kejurulatihan
[sunting | sunting sumber]Jawatan | Nama |
---|---|
Presiden | Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah |
Timbalan Presiden | Dato' Sri Muhammad Safian Ismail |
Pengurus | Datuk Mohammed Suffian Awang |
Pembantu Pengurus | Datuk Che Nasir Salleh |
Ketua Jurulatih | Dollah Salleh |
Pembantu Ketua Jurulatih | Ahmad Yusof |
Jurulatih | Jalaluddin Jaafar |
Shahrulnizam Sahat | |
Jurulatih Penjaga Gol | Muadzar Mohamad |
Jurulatih Kecergasan | Mohd Hafiz Tajudin |
Abdul Rahim Kadir Ku Jambu | |
Doktor Pasukan | Shah Rezal |
Fisioterapi | Adam Zuhairy Zafri |
Pegawai Hal Keselamatan | Muhammaf Keny |
Kitman | Abdul Razak B Akil |
Suffian Sulaiman | |
Pengurus U21 | Jalaluddin Mohd Deli |
Jurulatih U21 | Tajuddin Nor |
Pembantu Jurulatih U21 | Mohd Shahrizan Salleh |
Jurulatih Penjaga Gol U21 | Abdul Samad Mat Salleh |
Jurulatih Kecergasan U21 | Mohd Kaizai Zainuddin |
Fisioterapi U21 | Muhd Hidayah Edenan |
Pengurus U19 | Abdul Razab Wahab |
Jurulatih U19 | Rusly Ghazali |
Pembantu Jurulatih U19 | Ali Tahar |
Jurulatih Penjaga Gol U19 | Zakaria Abu Bakar |
Jurulatih Kecergasan U19 | Kow Hok Nam |
Fisioterapi U19 | Nazila binti Mohd Nadzir |
Pengurus
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pengurus |
---|---|
1999 | Talib Sulaiman |
2000–2003 | Datuk Jamal Nasir Abdul Nasir Ismail |
2004–2005 | Dato' Shahiruddin Abdul Moin |
2006–2007 | Zainal Abidin Hassan |
2008 | Dato' Omar Othman |
2009–2017 | Datuk Che Nasir Salleh |
2018–kini | Datuk Mohammed Suffian Awang |
Jurulatih
[sunting | sunting sumber]Tahun | Jurulatih |
---|---|
1994–1996 | Ahmad Yunus Mohd Alif |
1997–1998 | Jorgen Erik Larsen |
1999 | Alan Davidson |
1999–2000 | Fuzzeimi Ibrahim |
2001–2002 | Ahmad Yunus Mohd Alif |
2003 | Ralf Borges Ferreira |
2004 | Ahmad Yunus Mohd Alif |
2005–2006 | Zainal Abidin Hassan |
2007 | Hj. Ahmad Yusof |
2008 | Zainal Abidin Hassan |
2009 | Tajuddin Noor |
2010–2013 | Dollah Salleh |
Disember 2013 – Mac 2014 | Ron Smith |
Mac 2014 – Disember 2015 | Zainal Abidin Hassan |
Disember 2015 – Mac 2016 | Ahmad Shaharuddin Rosdi |
Mac 2016— Disember 2016 | Razip Ismail |
Disember 2016 — | Dollah Salleh |
Rekod Pasukan
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 27 Disember 2019
Nota:
- P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan
1 atau Juara Ke-2 atau Naib-juara Ke-3 Promosi Tersingkir
Tahun | Liga | Piala | Asia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | P | M | S | K | J | B | Mt | Ked | Sumbangsih | Malaysia | FA | Piala AFC | |
2004 | Liga Super | 21 | 14 | 5 | 2 | 48 | 29 | 47 | 1 | – | Separuh-Akhir | Separuh-Akhir | – |
2005 | Liga Super | 21 | 10 | 5 | 6 | 37 | 29 | 35 | Ke-2 | – | Suku-Akhir | Pusingan 1 | Peringkat Kumpulan |
2005–06 | Liga Super | 21 | 7 | 6 | 8 | 21 | 24 | 27 | Ke-7 | – | Peringkat Kumpulan | Juara | – |
2006–07 | Liga Super | 24 | 7 | 6 | 11 | 32 | 41 | 27 | Ke-9 | – | Peringkat Kumpulan | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan |
2007–08 | Liga Super | 24 | 8 | 6 | 10 | 26 | 31 | 30 | Ke-8 | – | Peringkat Kumpulan | Separuh-Akhir | – |
2009 | Liga Super | 26 | 5 | 2 | 19 | 32 | 63 | 17 | Ke-13 | – | Peringkat Kumpulan | Pusingan 1 | – |
2010 | Liga Super | 26 | 10 | 3 | 13 | 31 | 50 | 33 | Ke-8 | – | Suku-Akhir | Pusingan 1 | – |
2011 | Liga Super | 26 | 5 | 7 | 14 | 19 | 36 | 22 | Ke-13 | – | Pusingan Kelayakan | Separuh-Akhir | – |
2012 | Liga Premier | 22 | 14 | 4 | 4 | 60 | 29 | 46 | Ke-2 | – | Suku-Akhir | Pusingan 2 | – |
2013 | Liga Super | 22 | 10 | 5 | 7 | 36 | 32 | 35 | Ke-5 | – | Juara | Separuh-Akhir | – |
2014 | Liga Super | 22 | 11 | 4 | 7 | 36 | 30 | 37 | Ke-3 | Juara | Juara | Juara | – |
2015 | Liga Super | 22 | 13 | 5 | 4 | 43 | 29 | 38[a] | Ke-3 | Naib-juara | Separuh-Akhir | Separuh-Akhir | Suku-Akhir |
2016 | Liga Super | 22 | 6 | 6 | 10 | 25 | 40 | 24[b] | Ke-9 | – | Peringkat Kumpulan | Pusingan 3 | – |
2017 | Liga Super | 22 | 12 | 4 | 6 | 44 | 26 | 40 | Ke-2 | – | Suku-Akhir | Naib-juara | – |
2018 | Liga Super | 22 | 9 | 7 | 6 | 35 | 21 | 34 | Ke-4 | – | Suku-Akhir | Juara | – |
2019 | Liga Super | 22 | 12 | 7 | 3 | 37 | 21 | 43 | Ke-2 | – | Separuh-Akhir | Separuh-Akhir | – |
- ^ Pahang dipotong 6 mata kerana gagal melunaskan pembayaran gaji pemain import tahun 2013, Mohamed Borji.
- ^ Pahang dihadiahkan 3 mata percuma oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Kedah menurunkan pemain yang digantung semasa perlawanan membabitkan Pahang pada 3 Ogos 2016.
Ranking Kelab AFC
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 2 Julai 2017 [3]
Ranking Semasa | Pasukan | Mata |
---|---|---|
94 | Selangor FA | 9.951 |
95 | Ayeyawady United | 9.878 |
96 | Naft Al-Wasat | 9.704 |
97 | Al-Suwaiq | 9.643 |
98 | Pahang FA | 9.617 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Domestik
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Divisyen 1 : Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen I / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super | ||
Divisyen 2 : Liga Semi-Pro Divisyen II / Liga Perdana 2 / Liga Premier | ||
Piala Malaysia | ||
Piala FA Malaysia | ||
Piala Sumbangsih |
Belia
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Presiden |