Pergi ke kandungan

Organ vomeronasal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Organ vomeronasal
Bahagian frontal rongga hidung embrio manusia 28 mm. panjangnya (Organ vomeronasal Jacobson dilabel di kanan)
Butiran
PendahuluPlakod olfaktori
LimfaNodus
Pengenalpastian
nama bahasa Latinorganum vomeronasale
MeSHD019147
TAA06.1.02.008
FMAFMA:77280
Terminologi anatomi

Organ vomeronasal (VNO) atau organ Jacobson merupakan organ deria pembantu bau yang terdapat pada kebanyakan haiwan. Ia ditemui oleh Frederik Ruysch dan Ludwig Jacobson pada tahun 1813.[1] Organ deria inilah yang terlibat dalam tindak balas flemen haiwan.

Tujuan utama organ vomeronasal adalah mengesan feromon, iaitu utusan kimia yang membawa maklumat antara individu yang sama spesies. Seperti sistem penghiduan yang lain, pesanan kimia dikesan oleh ikatannya dengan pengesan terganding protein G. Neuron dalam VNO menghantar saraf penerima dari tiga rumpun, iaitu V1R,[2] V2R,[3][4][5] dan FPR.[6][7] Saraf-saraf penerima ini berbeza dengan satu sama lain dan adalah dari rumpun saraf penerima yang besar dalam sistem penghiduan utama.[8] Perangsang mencapai VNO dalam fasa cecair melalui mekanisme pam; oleh itu, kiu-kiu utama untuk VNO tidak mudah meruap dan memerlukan sentuhan fizikal secara langsung.

Kehadiran VNO dalam banyak haiwan telah dikaji secara meluas, dan kepentingan sistem vomeronasal kepada pembiakan dan kelakuan sosial (melalui pengaruh terhadap hipotalamus anterior) telah ditunjukkan dalam banyak hasil kajian. Kehadiran dan kefungsiannya dalam manusa pula masih dalam pertikaian, namun kebanyakan kajian bersetuju bahawa VNO merosot sewaktu perkembangan janin. Kebanyakan gen yang penting untuk fungsi VNO dalam haiwan (seperti TRPC2[9]) langsung tidak berfungsi dalam manusia.[10] Komunikasi kimia memang kelihatan berlaku dalam kalangan manusia, tetapi ini tidak semestinya membayangkan bahawa organ vomeronasal menjadi dalam manusia.[11]

  1. ^ Jacobson, L. (1813). Anatomisk Beskrivelse over et nyt Organ i Huusdyrenes Næse. Veterinær=Selskapets Skrifter [in Danish] 2,209–246.
  2. ^ Dulac C, Axel R. A novel family of genes encoding putative pheromone receptors in mammals. Cell. 1995 Oct 20;83(2):195-206.
  3. ^ Herrada G, Dulac C. A novel family of putative pheromone receptors in mammals with a topographically organized and sexually dimorphic distribution. Cell. 1997 Aug 22;90(4):763-73.
  4. ^ Matsunami H, Buck LB. A multigene family encoding a diverse array of putative pheromone receptors in mammals. Cell. 1997 Aug 22;90(4):775-84.
  5. ^ A new multigene family of putative pheromone receptors. Ryba NJ, Tirindelli R. Neuron. 1997 Aug;19(2):371-9.
  6. ^ Rivière S, Challet L, Fluegge D, Spehr M, Rodriguez I. Formyl peptide receptor-like proteins are a novel family of vomeronasal chemosensors. Nature. 2009 May 28;459(7246):574-7.
  7. ^ Liberles SD, Horowitz LF, Kuang D, Contos JJ, Wilson KL, Siltberg-Liberles J, Liberles DA, Buck LB. Formyl peptide receptors are candidate chemosensory receptors in the vomeronasal organ. Proc Natl Acad Sci U S A. 2009 Jun 16;106(24):9842-7.
  8. ^ Hagino-Yamagishi K (2008). "Diverse systems for pheromone perception: multiple receptor families in two olfactory systems". Zool. Sci. 25 (12): 1179–89. doi:10.2108/zsj.25.1179. PMID 19267644. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  9. ^ Stowers L, Holy TE, Meister M, Dulac C, Koentges G. Loss of sex discrimination and male-male aggression in mice deficient for TRP2. Science. 2002 295(5559):1493-500.
  10. ^ Liman ER. Use it or lose it: molecular evolution of sensory signaling in primates. Pflugers Arch. 2006;453(2):125-31. pmid= 16897042 url=http://www-bcf.usc.edu/~liman/publications/Use%20it%20or%20lose%20it_2006.pdf Diarkibkan 2017-08-12 di Wayback Machine
  11. ^ Meredith, Michael "Human Vomeronasal Organ Function: A Critical Review of Best and Worst Cases" Diarkibkan 2011-08-22 di Wayback Machine, Review, 2001, accessed May 29, 2011.