Pergi ke kandungan

Oreo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oreo
Biskut Oreo
Jenis produkBiskut
PemilikNabisco (Mondelez International)[1] dan Cadbury dan Milka
Negara asalAmerika Syarikat
Diperkenalkan6 Mac 1912; 112 tahun yang lalu (1912-03-06)[2]
PasaranDi seluruh dunia
Slogan"Wonderfilled"
"Milk's favorite cookie"
"Only Oreo"
Laman sesawangOreo.com

Oreo adalah tanda dagangan/jenama yang dilindungi bagi sejenis biskut yang dikeluarkan oleh Nabisco, pertama kali pada tahun 1912. Terdiri dari pelbagai kelainan biskut coklat bermula dari produk biskut wafer bergulung sehinggalah kepada biskut coklat yang berintikan krim putih vanila, coklat, krim berperisa strawberi atau krim kacang di tengahnya. Salah satu cara popular untuk memakan biskut Oreo adalah dengan mencelupkannya ke dalam susu.

Selain itu Oreo juga digunakan sebagai bahan penambah untuk makanan sejuk beku yang lain, misalnya susu kocak, aiskrim dan Oreo goreng.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Gambar dekat biskut Oreo

Asal nama Oreo tidak diketahui kerana Nabisco tidak pernah memberitahu makna sebenar disebali biskut.[3] Terdapat banyak teori yang dikatakan oleh masyarakat, termasuk perkataan Oreo berasal daripada dua suku kata, “O” sebagai biskut dan “Re” bermaksud krim.[3] Terdapat juga teori lain dari bahasa Perancis iaitu “Or” yang bermaksud emas[3][4], atau dari akar Yunani Kuno yang bermaksud gunung.[4] Masyarakat lain percaya bahawa biskut itu diberi nama Oreo hanya kerana namanya pendek dan senang diucapkan.[4] Teori lain yang dikemukakan oleh penulis makanan Stella Parks, adalah bahawa namanya berasal dari bahasa Latin Oreodaphne iaitu dari keluarga Laurel. Beliau memperhatikan bahawa reka bentuk asli Oreo termasuk karangan bunga Laurel; dan nama-nama beberapa biskut Nabisco pada masa Oreo yang asli mempunyai turunan botani, termasuk Avena, Lotus, dan Helicon (dari Heliconia).

  1. ^ de la Merced, Michael J. (21 March 2012). "Kraft, 'Mondelez' and the Art of Corporate Rebranding". The New York Times (DealB%k).
  2. ^ "2017 Fact Sheet" (PDF). Mondelēz International. Dicapai pada 2020-05-07.
  3. ^ a b c "5 Fakta Menarik Tentang Oreo Yang Anda Tidak Tahu". www.makanlena.com. 2019-03-06. Dicapai pada 2020-05-07.[pautan mati kekal]
  4. ^ a b c Jennifer, Rosenberg (2020). "Sejarah Oreo Cookie". www.ms.eferrit.com. Dicapai pada 2020-05-07.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]