OpenBSD
OpenBSD merupakan sistem pengendalian berasaskan BSD yang selamat, boleh didapati secara percuma dan menyokong pelbagai-platfom. OpenBSD lebih menumpukan kepada keselamatan dan mengikut piawaian. Ia dibangunkan secara berhati-hati dan kod sistemnya diaudit secara proaktif, yang menghasilkan kestabilan dan keselamatan OpenBSD. Projek tersebut diketuai oleh Theo de Raadt dari Calgary, Alberta, Kanada.
Seperti BSD sumber terbuka dan percuma yang lain, OpenBSD diedarkan dibawah lesen BSD moden.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]OpenBSD telah dicipta sebagai 'fork' dari NetBSD disebabkan perbezaan personaliti dan falsafah diantara de Raadt dan lain-lain peneraju NetBSD. Sungguhpun ia merupakan alasan kewujudan OpenBSD, keselamatan tidaklah satu-satunya fokus projek OpenBSD. Sebagai kelahiran NetBSD, OpenBSD merupakan sistem operasi yang sangat mudah dicambahkan, sekarang ini menyokong 16 platfom perkakasan yang berlainan. Sokongan terhadap platfom boleh ditambah atau dikurangkan menurut sumber dan kepentingan praktikal.
Keluaran semasa
[sunting | sunting sumber]Keluaran semasa, versi 3.7 (dikeluarkan 19 May 2005), mengandungi X.Org Server 6.8.2, peningkatan dalam packet filter, BGP daemon (OpenBGPD), NTP daemon (OpenNTPD) dan OSPF daemon (OSPFD) yang baru yang melaksanakan 'OSPFv2 routing protocol.' . Keluaran terbaru mungkin dikeluarkan pada Oktober 2005.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: OpenBSD. |
- (Inggeris) Laman Web OpenBSD
- (Inggeris) OpenBSD 101