Nor Shuhadatul Ain Zakaria
Nor Shuhadatul Ain Zakaria merupakan seorang penulis skrip Malaysia, terkenal dengan hasil penulisan skrip untuk filem dan drama TV. Pada mulanya beliau menulis diari dan puisi, beliau beralih ke bidang penulisan skrip.[1] Pada 2009, skrip filem Syurga Cinta hasil nukilan beliau menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22 bagi Cerita Asal Terbaik.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Nor Shuhadatul Ain memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penulisan dengan menulis diari dan puisi. Semasa menjalani latihan amali di konglomerat media Media Prima Berhad, Kamarul Zamli Ramly, penerbit ntv7 ketika itu memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menulis 4 episod rancangan Asam Garam. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pengajian Media (Penyiaran) dengan kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau ditawarkan bekerja dengan MIG milik penerbit filem David Teo dan pihaknya memberikan seorang mentor kepadanya untuk belajar menulis skrip.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Syurga Cinta (2009)
- Vanila Coklat The Movie (Tidak ditayangkan)
Drama
[sunting | sunting sumber]- Jangan Main Belakang (Astro Ria)
- Mertua vs. Menantu (Astro Prima)
- Embun Mutiara (Slot Lestary TV3, 2009)
- A.D.A.M 5 (RTM, 2009)
- Rempit Retro (Astro Warna, 2011)
- Vanila Coklat (TV3, 2012)
- Ibu Tiriku (Astro Prima, 2012)
- Lembam (TV9, 2013)
- Vanila Coklat Raya (TV3, 2013)
- Diandra (TV3, 2013)
- Ku Cinta Kau Seorang (TV3, 2014)
- Projek Memikat Suami (Astro Ria, 2014)
- Aku Mahu Superbibik (Astro Ceria, 2014)
- Papa Yibbie (TV9, 2014)
- Mama Cupcake (Astro Ria, 2014)
- Astana Cinta Aleesa (TV9, 2014)
- Zahira (TV3, 2015)
- Suamiku Encik Sotong (Astro Ria, 2015)
- Bidadari (TV3, 2015)
- Ayuni Safira (TV9, 2015)
- Isteri Separuh Masa (Astro Ria, 2015)
- Cucuku Ustaz (Astro Ceria, 2015)
- Mencintaimu (TV3, 2015)
- Cinta Masam Manis (TV3, 2016)
- Bagaikan Kelip-Kelip (TV3, 2016)
- Duda Terlajak Laris (TV3, 2016)
Telefilem
[sunting | sunting sumber]- Cinta Itu Buta (2008)
- Lu’Lu (2009)
- Mataku Nampak Hantu (2009)
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Festival Filem Malaysia ke-22 | Cerita Asal Terbaik | Nor Shuhadatul Ain Zakaria | Syurga Cinta | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Azwa Rahman (29 Julai 2016). Bagaimana Gadis Ini Bergelar Penulis Skrip Drama Popular Rojak Daily. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ Julia Ismail (8 September 2009). Karier penulisan skrip Diarkibkan 2018-12-14 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2018.