Pergi ke kandungan

Nasi beriani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi beriani
Nasi Beriani Ayam Hydrebad
Nama alternatifBiriyani, Biriani, Buriyani
JenisMixed rice dish Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama
Kawasan/rantauIndia, Asia Selatan, Malaysia, Indonesia, Asia Tenggara, South Africa, Mauritius, dan United Kingdom
Bahan utama
  • Nasi
  • Rempah ratus
  • Daging
Bahan yang biasa digunakan
  • Daging biri-biri
  • Daging ayam
  • Daging lembu
  • Telur
  • Kekacang
  • Buah kering
  • Sayur-sayuran
  • Kentang
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
Berbeza-beza mengikut jenis kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi beriani (disebut (/bɜːrˈjɑːni/)) merupakan sejenis hidangan nasi campur yang berasal dari kalangan orang Islam di Asia Selatan. Nasi beriani terbuat daripada gabungan nasi bersama-sama dengan rempah ratus, sayur-sayuran dan beberapa jenis daging seperti daging ayam, lembu, biri-biri, kambing bahkan ikan dan udang.[1] Kadang-kadang, lauk telur dan potongan kentang dijadikan sebagai pengganti daging.[2]

Nasi beriani merupakan salah satu hidangan paling terkenal di Asia Selatan serta diaspora dari rantau ini. Hidangan yang serupa juga disediakan di bahagian lain dunia seperti di Iraq, Myanmar, Thailand, dan Malaysia.[3] Selain itu juga, nasi beriani juga merupakan hidangan yang paling banyak dipesan atau ditempah dalam perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan ke rumah dalam talian di India, dan telah dinobatkan sebagai hidangan paling terkenal secara keseluruhannya di India.[4][5]

Dari segi sejarah, jenis beras yang paling biasa digunakan dalam penyediaan beriani adalah Beras perang tetapi kini beras beras basmati digunakan secara meluas. Rempah-rempah dan Bahan penyedap yang digunakan dalam beriani adalah minyak sapi , buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, Daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih.[6]

Terdapat pelbagai jenis variasi nasi briyani di India .Di bawah merupakan sebilangan kecil variasi Briyani di Inida.

  • Hyderabadi biryani
  • Thalassery biryani
  • Lucknowi biryani
  • Bombay biryani
  • Calcutta biryani
  • Vaniyambadi biryani

Asia Tenggara

[sunting | sunting sumber]
  • Nasi beriani gam (Malaysia dan Singapura)
  • Nasi briyani (Indonesia)
  • Khao mok (Thailand)
  • Danbauk (Myanmar)
  • Nasing biringyi (Filipina)
  1. ^ R. Macrae; Richard Kenneth Robinson; Michèle J. Sadler, penyunting (1993). Encyclopaedia of Food Science, Food Technology, and Nutrition (dalam bahasa Inggeris). 5. Academic Press. m/s. 3486. ISBN 978-0-12-226855-7.
  2. ^ Bhandari, Kabir Singh (21 April 2020). "The curious case of potato in Kolkata biryani and how the British fed us a lie". Hindustan Times. Dicapai pada 19 August 2020.
  3. ^ Wallis, Bruce (12 April 2017). "Eat My Words: A taste of Iraqi Kurdistan". Duluth News Tribune (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Daniyal, Shoaib. "Biryani is India's most popular dish – so why does the BJP hate it so much?". Scroll.in (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-17.
  5. ^ Tandon, Suneera (16 December 2020). "Jubilant FoodWorks forays into biryani business with 'Ekdum'". mint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2021.
  6. ^ Brown, Ruth. (17 August 2011) "The Melting Pot – A Local Prep Kitchen Incubates Portland's Next Generation of Food Businesses." Willamette Week. Volume 37, #41.