Pergi ke kandungan

Naib Presiden Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naib Presiden Indonesia
Wakil Presiden Republik Indonesia
Penyandang
Gibran Rakabuming Raka
sejak 20 Oktober 2024 (2024-10-20)
StatusTimbalan ketua negara
Timbalan ketua pemerintah
Anggota bagiKabinet Indonesia Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaIndonesia Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehPilihan raya umum langsung
Tempoh jawatan5 tahun, boleh diundi sekali lagi tempoh jawatan
Dibentuk18 Ogos 1945; 79 tahun yang lalu (1945-08-18)
Tapak webhttp://www.presidenri.go.id
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Naib Presiden Republik Indonesia ialah jawatan kedua tertinggi dalam cabang eksekutif kerajaan Indonesia selepas presiden. Sejak 2004, presiden dan naib presiden dipilih secara langsung untuk tempoh lima tahun.

Gibran Rakabuming Raka ialah naib presiden Indonesia yang terkini.

Pembentukan Naib Presiden ditetapkan pada 1945 dengan dasar Undang-Undang Dasar 1945 yang dirumuskan sebelumnya oleh Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI). Naib Presiden pertama Indonesia ialah Mohammad Hatta yang ditetapkan bersama dengan pelantikan Soekarno sebagai Presiden pertama Indonesia pada 18 Ogos 1945, sehari selepas kemerdekaan Indonesia.

Jawatan Naib Presiden di Indonesia pernah mengalami kekosongan iaitu sejak 1949 hingga 1967 semasa pemerintahan Soekarno. Setelah itu, semasa Soeharto diangkat sebagai penjawat kerusi presiden pada 1967 hingga 1968, termasuk ketika secara muktamad menjawat sebagai presiden (1973), jawatan ini juga kosong. Jawatan Naib Presiden terisi kembali semasa Hamengkubuwono IX mendampingi Soeharto pada 24 Mac 1973. Sepanjang Soeharto memimpin Indonesia, ada enam Naib Presiden yang mendampingi. Kekosongan pasca-Soeharto pernah terjadi ketika Bacharuddin Jusuf Habibie menggantikannya pada 1998. Habibie dan Megawati Soekarnoputri ialah dua Naib Presiden yang akhirnya menjawat sebagai presiden. Manakala Muhammad Jusuf Kalla, satu-satunya Naib Presiden yang mendampingi dua presiden iaitu Susilo Bambang Yudhoyono pada 2004 hingga 2009 dan Joko Widodo pada 2014 hingga 2019.

Kelayakan memegang jawatan naib presiden

[sunting | sunting sumber]

Di bawah Undang-undang No. 42 Tahun 2008 tentang Pemilihan Presiden dan Wakil Presiden, seorang calon naib presiden harus:

  • percaya kepada Tuhan yang Maha Esa;
  • menjadi warganegara Indonesia sejak lahir, yang tidak menjadi warganegara di negara lain;
  • tidak mengkhianati negara dan tidak terlibat dalam sebarang rasuah atau jenayah lain;
  • berkemampuan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas;
  • menjadi penduduk tetap di wilayah Republik Indonesia;
  • telah melaporkan harta dan kekayaan peribadi kepada Suruhanjaya Pembasmian Rasuah ;
  • tidak mempunyai hutang secara individu atau kolektif yang boleh mengakibatkan kerugian kepada negara;
  • tidak diisytiharkan muflis oleh keputusan mahkamah;
  • tidak pernah terlibat dalam sebarang perbuatan keji;
  • didaftarkan sebagai pemilih;
  • berdaftar sebagai pembayar cukai dan membayar cukai untuk sekurang-kurangnya lima tahun terakhir;
  • tidak pernah menjadi naib presiden selama dua penggal sebelum ini;
  • setia kepada Pancasila, UUD 1945, dan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia ;
  • tidak pernah dijatuhi hukuman penjara lebih daripada lima tahun;
  • berumur tidak kurang daripada 35 tahun;
  • telah bersekolah sekurang-kurangnya Sekolah Menengah Atas atau lain-lain yang setaraf;
  • tidak pernah menjadi ahli Parti Komunis Indonesia atau mana-mana organisasi parti itu;
  • mempunyai visi, misi, dan program untuk melaksanakan jawatan naib presiden.

Garis masa

[sunting | sunting sumber]
Gibran Rakabuming RakaMa'ruf AminJusuf KallaBoedionoJusuf KallaHamzah HazMegawati SukarnoputriB. J. HabibieTry SutrisnoSudharmonoUmar WirahadikusumahAdam MalikHamengkubuwono IXMohammad Hatta

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]