Mohamad Suparadi Md Noor
Dato' Sri Mohamad Supardi Md Noor ialah ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC) sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi PKR Kelantan dan Ketua PKR Cabang Tanah Merah.
Dato' Sri Mohamad Supardi bin Md Noor | |
---|---|
Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC) | |
Menyandang jawatan 14 Jun 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Johari Abdul Ghani (Disember 2023-kini) Fadillah Yusof (Jun 2023-Disember 2023) |
Ketua PKR cabang Tanah Merah | |
Dalam jawatan 2022–2025 | |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Timbalan Pengerusi | Shamsudin Ghani |
Didahului oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Didahului oleh | Ab Aziz Ab Kadir |
Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga Nasional (Tekun Nasional) | |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Mohd Redzuan Md Yusof |
Digantikan oleh | Shaharizukirnain Abdul Kadir |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1959 (umur 65) |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Pasangan | Datin Sri Siti Noor Asyikin |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya.
Beliau adalah penaung kepada Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) dan isterinya Datin Sri Siti Noor Asyikin adalah Srikandi penaung PAKAT.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan setelah memperoleh kepercayaan majoriti cabang pada tahun 2018. Beliau menggantikan Ab Aziz Ab Kadir. Beliau juga ialah Ketua Cabang KEADILAN Tanah Merah.
Pada tahun 2018, beliau dilantik menjadi Pengerusi TEKUN oleh kerajaan Pakatan Harapan. Pada tahun 2020, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TEKUN oleh kerana kejatuhan kerajaan PH meskipun disuruh kekal menjawat jawatan tersebut.
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor pada tahun 2021.
Selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia
Calon Terkaya PKR
[sunting | sunting sumber]PKR meletakkan syarat untuk setiap calonnya agar menandatangani surat pengisytiharan harta dan aku janji tidak melompat parti sekiranya menang.
Supardi didapati sebagai calon terkaya dalam kalangan calon-calon PKR pada Pilihan raya umum Malaysia 2023 (PRU-15) dengan jumlah aset sebanyak RM100 juta[1]. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan memperoleh darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017.
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah antara penerima darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran 'Dato' Sri' semasa Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada tahun 2017