Pergi ke kandungan

Mat Moto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mat Moto (filem))
Mat Moto
Poster keluaran tayangan
Pengarah
PenulisPekin Ibrahim
Lakon layarPekin Ibrahim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehAkashdeep Singh
Muzik oleh
  • Pekin Ibrahim
  • Faizal Karim
  • Shafiq Razak
  • MonoloQue
Syarikat
penerbitan
  • Viper Studios
  • FIMTAB
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 14 Januari 2016 (2016-01-14) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1 juta[1]
Pecah panggungRM 4.39 juta

Mat Moto (biasa dikenali sebagai Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit) merupakan filem aksi permotoran Malaysia 2016 arahan Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof dalam pengarahan sulungnya dan dibintangi oleh barisan pelakon bertaraf A-list[2] iaitu beliau sendiri, Falisha Crossley, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Cat Farish, Kamarool Hj. Yusof dan Hakim Nawawi.[2][3][4][5]

Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016.[6] Filem ini telah memenangi tiga dari lapan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.[7] Kesinambungan untuk filem ini, sedang dalam perancangan dengan Pekin kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.[8]

AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air dengan ditemani oleh Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL. AL memberi Sikha sebuah kamera untuk merakam perjalanan mereka.

Didalam perjalanan, Sikha bertanyakan kewajaran AL memandu jauh untuk mendapatkan helmet tersebut dan tidak mencarinya di Kuala Lumpur sahaja. AL menerangkan bahawa dia melakukan semua ini kerana atas persahabatan tetapi dia tidak memberitahu siapa sahabatnya itu. Setibanya di Kuala Terengganu, AL bertemu dengan Farouk (Kamarool Haji Yusoff) dan membeli sebuah helmet bernilai RM200 ribu. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Motosikal AL telah rosak sebaik sahaja mereka tiba. AL bertemu dengan Pit (Faizal Hussein) dan membeli sebuah lagi helmet. Selepas membeli dua buah helmet, AL memberi day off sebelum mereka meneruskan perjalanan. Sikha masih mendesak AL memberitahunya mengapa rakan karibnya tidak mengikuti mereka bersama.

AL memandu kereta ke Georgetown, Pulau Pinang dan bertemu dengan Mus (Syamsul Yusof). Sikha telah diganggu oleh sekumpulan mat moto sebelum dileraikan oleh Mus dan AL. AL kemudiannya membeli lagi sebuah helmet dari Mus, menjadikan jumlah koleksi helmet yang dibeli kepada tiga buah. Tindakan AL menyelamatkan Sikha menyebabkan Sikha merasakan dirinya dicintai oleh AL. Selepas AL menjelaskan dirinya melihat Sikha tidak lebih dari seorang PA, Sikha merasa kecewa. AL meneruskan perjalanan ke Melaka untuk mendapatkan helmet terakhir. Mereka bertemu dengan Acai (Shaheizy Sam).

AL terkenangkan memori lamanya bersama Spark (Zul Huzaimy), yang berhasrat ingin memiliki 4 helmet – Magnum Super putih, LTD oren, J-Force Jack kuning dan Arai Okada. Ketika dalam perjalanan menghantar dokumen, Spark terlibat dalam kemalangan selepas seorang pembonceng motosikal tidak sempat mengawal motornya setelah berlanggar dengan kereta Suzuki Swift (yang dipandu oleh Sikha). Spark kemudian dibelasah tanpa belas kasihan oleh orang ramai kerana disangka mat rempit. AL datang untuk membantu Spark namun dihalang oleh orang ramai. Spark dibawa ke hospital, AL dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan Spark kritikal.

Setelah berjaya memperoleh 4 biji helmet itu, AL dan Sikha mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan, Sikha membuat pengakuan kepada AL bahawa dia menjadi punca kematian Spark. Sikha yang sedang leka menggunakan telefon bimbit semasa memandu tidak menyedari bahawa dia telah melanggar lampu isyarat yang menyebabkan seorang pembonceng motosikal nyaris melanggarnya. Dia ternampak Spark terjatuh dari motornya. Sikha perhatikan AL dan Spark dari jauh. Setelah menceritakan perkara sebenar kepada AL, Sikha dihalau keluar dan AL pergi meninggalkan Sikha.

Tidak lama kemudian, AL menerima banyak ucapan terima kasih daripada orang ramai tanpa menyedari apa yang dia telah dilakukan. Setibanya ke kedai kasut di sebuah pasar malam, seorang pemilik kedai kasut ingin bergambar bersama AL walaupun AL bukan seorang selebriti. Setelah dinasihati oleh pemilik kedai kasut itu, AL menyedari bahawa videonya menjadi tular di YouTube di seluruh Malaysia. AL kemudian pulang ke pejabatnya dan menonton klip video Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit yang dimuat naik oleh Sikha. AL telah mengejar Macha (Cat Farish) yang mencuri beg Bell miliknya. AL menyalahkan Macha kerana orang sepertinya, golongan Mat Moto dipandang seorang oleh masyarakat, lalu mengambil kembali begnya yang dicuri oleh Macha. AL kemudian memberi wang kepada Macha dan memintanya mencari pekerjaan. Dalam video yang dimuat naiknya, Sikha memohon maaf kepada AL.

AL dinasihati oleh rakan karibnya, Bangcik agar bersabar dalam menempuhi dugaan. Sementara itu, AL cuba menghubungi Sikha namun Sikha tidak menjawab panggilannya. Semasa dalam perjalanan, AL terserempak dengan Shahrul (Rosyam Nor) dan berlumba antara satu sama lain. Pada penghujung cerita, AL yang kini mendalami ilmu agama, bergambar bersama beberapa biji helmet yang dikumpulnya.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
Pengarah, Pekin Ibrahim bersama Datuk Rosyam Nor di set penggambaran.

Filem ini berdasarkan dari kisah benar,[9] diilhamkan oleh Allahyarham Azwan Annuar, rakan karib Pekin Ibrahim.[2][10] Filem ini menjalani pengambaran pada penghujung Mei 2015[5] di tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan mengambil masa 23 hari untuk disiapkan.[2] Sekumpulan besar mat motor tempatan telah menjadi pelakon tambahan untuk setiap lokasi. Filem ini juga telah mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).[2] Untuk menjayakan watak Sikha, Falisha Crossley telah memotong rambutnya agar menjadi pendek.[11][1][12][13]

Pelakon utama filem Remp-It (2006) Cat Farish dan Zul Huzaimy serta Syamsul Yusof dan Shaheizy Sam yang sebelum ini memegang peranan utama dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) mengulangi peranan mereka masing-masing. Rosyam Nor yang terkenal dengan watak Shahrol dan Faizal Hussein dengan watak Pit dalam siri filem KL Menjerit (2002-2005) menjayakan kembali peranannya dan Kamarool Haji Yusoff kembali menjadi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja (1986). Syafiq Yusof yang terkenal dengan filem arahannya seperti SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) dan Villa Nabila (2015) berkhidmat sebagai pengarah bersama.[14]

Skrip Mat Moto ditulis sendiri oleh Pekin bermula dari awal hingga akhir, beliau menjelaskan lebih selesa mengarahkan hasil karya sendiri berbanding karya orang lain: "Lebih baik saya yang tulis skrip dan kemudian arahkan karya tersebut. Mengarah dengan skrip tulisan sendiri lebih baik kerana saya bebas membayangkan bagaimana hendak mencorakkan jalan ceritanya."[15] Filem ini ditujukan khas untuk Allahyarham Azwan yang kembali ke Rahmatullah pada 18 April 2015 akibat sakit jantung.[10][16]

Gaya dan tema

[sunting | sunting sumber]

Mat Moto menekankan beberapa aspek dalam budaya Malaysia termasuk muzik Melayu tradisional dan tempat-tempat bersejarah.

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 21 November 2015. Filem telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016. Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1 Juta pada hari pertama tayangan.[17] Kutipan meningkat menjadi RM 3 Juta selepas empat hari tayangan.[18][19] Selepas 21 hari ditayangkan, kutipan filem ini menjadi RM 4.39 juta.[20]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Mat Moto menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[21] Portal web Oh Media! menyifatkan Mat Moto mempunyai keunikan yang tersendiri sambil mengulas pada awalnya filem ini dilihat sebagai filem klise cerita Melayu tetapi sarat dengan pengajaran.[22] Nurezzatul Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian mengulas bahawa Mat Moto ialah sebuah karya pengembaraan biasa dan mempunyai tarikan dan erti tersendiri buat golongan mat moto.[9] Beliau memberikan taraf 4 daripada 5 bintang untuk filem ini.[9] Mohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online menyimpulkan bahawa Mat Moto seolah-olah "kekurangan warna", namun mempunyai mesej yang tersirat. Beliau berkata: "...ia sebenarnya masih sebuah naskah yang baik dan menghiburkan. Jadi tidak hairan ia mendapat sambutan luar biasa daripada peminat filem tempatan."[7]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
Mat Moto: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai artis
Dilancarkan pada2016
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRunut bunyi
PengarahPekin Ibrahim dan Syafiq Yusof Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi filem Mat Moto mengandungi 11 lagu, dengan tiga daripadanya dinyanyikan oleh The Pilgrims dan dua lagi dipersembahkan oleh White Percussion Unit.

No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Peronda Jaket Biru"M. Nasir, UsopWings
2."Buka Panggung"The PilgrimsThe Pilgrims
3."Migrain"The PilgrimsThe Pilgrims
4."Bunohan"The PilgrimsThe Pilgrims
5."Perahu Kayuh"White Percussion UnitWhite Percussion Unit
6."Samba Rap Reggae"Copyright ControlledWhite Percussion Unit
7."Rakyat Negeri Pulau Pinang"Copyright ControlledBoria Pulau Pinang
8."Ulek Mayang"Copyright ControlledRakyat Negeri Terengganu
9."Patunda Patende"Copyright ControlledRakyat Negeri Terengganu
10."Dondang Sayang"Copyright ControlledRakyat Negeri Melaka
11."Perjalanan Ke Langit"SevenwordsSevenwords


Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Mat Moto menerima lapan pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28, memenangi tiga kategori.[23]

Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Datuk Yusof Haslam & Syafiq Yusof Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Pekin Ibrahim Menang
Cerita Asal Terbaik Menang
Pengarah Baru Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Falisha Crossley Menang
Sinematografi Terbaik Raja Mukhriz Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studios Tercalon

Kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama Media Hiburan, Pekin berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan menerbitkan kesinambungan filem Mat Moto,[24] yang dijadualkan akan menjalani penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri.[25]

  1. ^ a b Syed Mahdi, Syed Musaddad (27 Disember 2015). "Tuah Falisha Crossley". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-22. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  2. ^ a b c d e "5 Fakta filem Mat Moto yang anda perlu tahu". Kakimuvee.com. 27 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2016-01-12.
  3. ^ Ardini Sophia Sina (13 Disember 2015). "Mat Moto bukan cerita rempit". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  4. ^ Angelin Yeoh (28 January 2016). "Pekin Ibrahim is making bank with Mat Moto". Star2. Dicapai pada 16 April 2016.
  5. ^ a b Abdul Rahman, Shakilawati (3 Mei 2015). "Pekin dalami ilmu sutradara". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  6. ^ Filem MAT MOTO Lakonan Shaheizy Sam & Syamsul Yusof Sensasi Selebriti (8 Disember 2015). Diperoleh pada 8 Dsiember 2015.
  7. ^ a b Mohd Al-Qayum Azizi (22 Januari 2016). "Mesej Tersirat, Monolog Pekin Dalam 'Mat Moto'". mSTAR Online. Dicapai pada 2016-01-12.
  8. ^ Zaidi Mohamad (13 Januari 2016). "Pekin rancang susulan Mat Moto". Berita Harian. Dicapai pada 19 Januari 2016.
  9. ^ a b c Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Januari 2016). "Mat Moto inspirasi kisah benar". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-01-23.
  10. ^ a b Nadia Azam (5 September 2016). "Mat Moto - Tuah Pekin, 'masin mulut' Azwan". Malaysiakini. Dicapai pada 29 September 2016.
  11. ^ "Potong rambut, bergaul dengan punk demi Mat Moto". Malaysian Digest. 19 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  12. ^ Hasbullah Awang Chik (4 September 2016). "Sebak ingat penulis 'Mat Moto', tapi Pekin puas rempit tenggelam". The Malay Mail. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  13. ^ Mohamed Isa, Faten Saphilia. "Pekin, Falisha beradu nasib dalam Mat Moto". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-25. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  14. ^ "Syafiq Yusof terima 'Mat Moto' kerana Pekin Ibrahim". The Rakyat Post. 19 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 20 Januari 2016.
  15. ^ Nor Azurin Ali (28 Januari 2016). "Mat Moto, kisah klise yang jadi juara". Kosmo!. Dicapai pada 29 Januari 2016.
  16. ^ Farhana Ab Rahman (17 Oktober 2015). "Janji Pekin pada Azwan Annuar". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2016.
  17. ^ Mazalan, Rozdan (15 Januari 2016). "Hari pertama filem Mat Moto kaut RM1j". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  18. ^ Naseer, Ashraf (19 Januari 2016). ""Mat Moto" terus cemerlang kutip RM3 juta dalam tempoh 4 hari". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-01-19.
  19. ^ Hanisah Selamat (19 Januari 2016). Mat Moto raih RM3 juta selepas 4 hari tayangan Berita Harian. Diperoleh pada 20 Januari 2016.
  20. ^ Mazalan, Rozdan (15 Januari 2016). "Mat Moto kutip RM1j pada hari pertama tayangan". Astro Awani. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  21. ^ Farouq Johari (20 Januari 2016). Walaupun kutip RM3 juta dalam 4 hari, Mat Moto tetap dihentam orang ramai Says. Dicapai pada 23 September 2016.
  22. ^ "Mat Moto Nampak Macam Cliche, Tapi Sebenarnya Sarat Dengan Pengajaran". Oh Media!. 19 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 2016-01-19.
  23. ^ Ahmad Shah (4 September 2016). Senarai penuh keputusan pemenang FFM 28 Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2016.
  24. ^ Zulqarnain Abu Hassan (18 Januari 2016). "Kutip lebih RM1 juta, Pekin rancang filem Mat Moto 2". Media Hiburan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-08. Dicapai pada 23 Februari 2016.
  25. ^ "Kutip RM3j dalam empat hari, 'Mat Moto 2' selepas Raya". The Malay Mail. 21 Januari 2016. Dicapai pada 23 Februari 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]