Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal | |
---|---|
Pengarah | Hans Isaac Harith Iskander |
Tarikh mula | 16 Mac 2011 |
Tarikh tamat | 3 April 2011 |
Lokasi | Istana Budaya |
Subjek | Kampung Boy |
Genre | Biografi |
Kehadiran | 30,000 penonton[1] |
Diterbitkan oleh | Tall Order Productions Institut Terjemahan Negara Malaysia |
Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari komik autobiografi Kampung Boy karya Lat.[2] Teater ini dipentaskan pada 16 Mac sehingga 3 April 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, ia diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander dan dibintangi oleh Awie sebagai Lat, dan juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Rahim Razali, Atilia Haron dan Douglas Lim. Teater ini merupakan yang pertama yang mengadaptasi dari sebuah novel grafik kepada teater muzikal.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Awie sebagai Lat
- Jalil Hamid sebagai Khalid
- Rahim Razali sebagai Pak Samad
- Atilia Haron sebagai Faizah
- Douglas Lim sebagai Frankie
- Pushpa Narayan sebagai Mrs. Thambi
- Sandra Soodhy sebagai Mrs. Hew
- Haneesya Hanee sebagai Normah muda
- Daniel Shazrique Eezkandar sebagai Lat muda
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Menurut Hans Isaac, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal diadakan sempena meraikan ulang tahun kelahiran Lat yang ke-60 pada 5 Mac 2011. Skripnya ditulis oleh Harith Iskander dan dirombak sebanyak 15 kali dan diberikan kepada Mamat Khalid dan Adlin Aman Ramlie untuk disemak. Bagi menyiapkan skrip ini dan mengenali Lat lebih dekat, beliau dan Harith ‘berkampung’ di Ipoh.[2] Sebanyak 10 lagu dihasilkan untuk teater ini.[3][4]
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Bersempena dengan pementasan teater ini, buku Kampung Boy dan Town Boy dikeluarkan dalam bentuk edisi khas dan telah terjual sebanyak 1,000 naskhah.[5][6]
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]- Penerbit Eksekutif: Mohd Khair Ngadiron & Hans Isaac
- Penerbit: Hans Isaac
- Pengarah: Hans Isaac & Harith Iskander
- Penulis Skrip: Harith Iskander & Kuah Jenhan (Penulis Bersama)
- Penasihat Pementasan: Mamat Khalid
- Pengarah Muzik: Michael Veerapen
- Koreografer: Taufik Ibrahim (Pat)
- Pereka Kostum: Devorsine Dominique
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kemalia Othman (7 April 2011). 'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton mStar Online. Diperoleh pada 7 April 2011.
- ^ a b Norhayati Nordin (17 Januari 2011). Wajah, gaya seiras - Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Harian Metro. Diperoleh pada 23 Februari 2011.
- ^ a b Feride Hikmet Atak (14 Januari 2011). Teater Muzikal Lat Kampung Boy Di Istana Budaya Mac Ini mStar Online. Diperoleh pada 23 Februari 2011.
- ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Mac 2011). "Kampung Boy, komik ke muzikal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2011. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ "Jual 1,000 naskhah edisi terhad 2 buku Lat". Harian Metro. 14 Mac 2011. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
- ^ "1,000 set edisi khas karya Lat dijual". Berita Harian. 14 Mac 2011. Dicapai pada 11 Ogos 2021.