Pergi ke kandungan

Kutu daun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kutu daun
Afid
Afid, Acyrthosiphon pisum Nimfa afid mengelilingi ibu afid.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Aphidoidea

Latreille, 1802
Famili

Kutu daun atau afid (bahasa Inggeris: aphid) adalah sejenis serangga kecil daripada superfamili Aphidoidea yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan meng­hisap cecair dalam tumbuhan. Apfid merupakan antara serangga perosak yang paling membinasakan kepada tanaman di kawasan iklim sederhana.

Kira-kira 4,400 spesies dalam 10 famili diketahui. Kira-kira 250 spesies merupakan perosak serius kepada pertanian dan perhutanan dan juga pekebun. Panjang afid berbeza-beza daripada 1 hingga 10 milimeter (0.04 hingga 0.39 inci).

Musuh semula jadi afid termasuklah kumbang kura-kura dan larva lalat bunga.