Pergi ke kandungan

Caucasus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kaukasus)

Koordinat: 42°15′40″N 44°07′16″E / 42.26111°N 44.12111°E / 42.26111; 44.12111

Negara-negara Kaukasus
Peta 1994 kawasan Kaukasus, menunjukkan lokasi sumber berharga

Kaukasus atau Kaukasia (Latin: Caucasia)[1][2] ialah sebuah wilayah merangkumi timur benua Eropah dan barat benua Asia terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Kaukasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Kaukasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.

Puncak tertinggi di Kaukasus adalah Gunung Elbrus (5.642m) yang dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah terletak di bahagian barat banjaran ini.[3] Secara umumnya Kaukasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kaukasus Utara dan Kaukasus Selatan.

Kata Kaukasus berasal dari perkataan "Caucas", nenek moyang Caucasia Utara.[4] Beliau adalah putera Togarmah, cucu anak lelaki ketiga dari Nabi Nuh a.s. iaitu Yafet. Menurut Leonti Mroveli selepas runtuhnya Menara Babel dan pembahagian umat manusia ke dalam pelbagai bahasa, Togarmah tinggal dengan anak-anaknya: Kartlos, Haik (Georgia:ჰაოს, Haos), Movakos, Lekos (orang Lak), Heros (Kerajaan Hereti, Kavkas, dan Egros (Kerajaan Egrisi) di antara dua gunung yang tidak dapat dilalui, kemungkinan Gunung Ararat dan Gunung Elbrus.

Nama-nama setempat untuk kawasan rantau ini diberikan seperti berikut:

Bahasa Melayu lama menggunakan nama Bukit Kaf atau Bukit Qaf (Jawi: بوكيت قف) yang ada disebutkan dalam sastera tradisi serta penjampian tertentu dilakukan para pawang:

Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu... ("Asal Usul Kejadian Isi Dunia")[5]

Yang ta’ hijau di-per-hijau;
Yang ta’ tinggi di-per-tinggi;
Hijau seperti ayer laut;
Tinggi seperti Bukit Kaf. (Puji Padi, dipetik dalam Malay Magic)[6]:2, 591, 600

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Setiap wilayah Kaukasus mempunyai perbezaan dalam pertuturan dan bahasanya serta ia juga mempunyai pelbagai keluarga bahasa. Terdapat juga lebih daripada 50 kumpulan etnik yang hidup di setiap wilayah di Kaukasus.[7] Tidak kurang dari tiga keluarga bahasa adalah unik bagi kawasan ini, tetapi juga bahasa-bahasa India-Eropah seperti Armenia dan Ossetic, dan bahasa Altaic Azerbeijan merupakan bahasa setempat di sini.

Sumber-sumber asli

[sunting | sunting sumber]

Kaukasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunit, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molibdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu (kedua-dua keras dan perang).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Shamil Shetekauri et al., Mountain Flowers and Trees of Caucasia; Pelagic Publishing Limited, 2018, ISBN 178427173X.
  2. ^ John L. Esposito, Abdulaziz Sachedina (2004). "Caucasus". The Islamic World: Past and Present. Volume 1. Oxford University Press USA. ISBN 0195165209. p. 86 Templat:Registration. Accessed 30 June 2021.
  3. ^ "Russia, Geography". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 22 Februari 2016.
  4. ^ G.Qoranashvili (1995), Questions of Ethnic Identity According to Leonti Mroveli's Historical Chronicles, Studies, Vol. 1, Tbilisi.
  5. ^ Mutiara sastera Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2003. m/s. 3-. ISBN 9789836275431.
  6. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1–15, 582.
  7. ^ Caucasian peoples, Encyclopædia Britannica
Sumber utama
  • Kaukasus: A Journey to the Land Between Christianity and Islam By Nicholas Griffin
  • Small Nations and Great Powers: A Study of Ethnopolitical Conflict in the Kaukasus By Svante E. Cornell
  • The Kaukasus By Ivan Golovin


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]