Pergi ke kandungan

Kami (Shinto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran kemunculan dewi Amaterasu dari gua setelah dipujuk dewa-dewi lain (gambaran oleh Utagawa Kunisada, 1786-1865)

Kami () merupakan kuasa atau roh ghaib yang disanjung dan dipuja dalam anutan Shintoisme, baik dari unsur-unsur dan fenomena alam sekitar mahupun sebarang jasad (being) berciri tersendiri lagi-lagi daripada leluhur atau orang yang telah meninggal dunia. Kuasa-kuasa ini dipercayai tidak terasing daripada alam malah merupakan sebahagian alam ini dengan ciri-ciri positif dan negatif hasil penzahiran musubi (結び) dianggap yang menghubungankan segala benda dalam alam semesta.[1]

Kami dipercayai tersembunyi dari dunia ini, dan mendiami satu alam selari yang melengkapi dunia manusia iaitu shinkai (神界, "alam dewata").[2]

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima ciri utama kami-kami mengikut kepercayaan dahulu kala:[3]

  1. Kami mempunyai dua sifat: yang lembut memelihara dan mengasihi apabila dihormati (nigi-mitama) atau menyebabkan kehancuran dan ketidakharmonian ketika diabaikan (ara-mitama). Mereka mesti ditenangkan untuk mendapatkan kebaikan dan menghindari kemarahan mereka.[4]:130
  2. Kami tidak dapat dilihat oleh alam manusia, tetapi sebaliknya berada di tempat-tempat berkeramat, terzahir dalam fenomena alam mahupun dikunjungi orang yang meminta restu dalam upacara tertentu.
  3. Mereka sering mengunjungi tempat-tempat pemujaan tetapi tidak pernah tinggal di sesuatu tempat ini selama-lamanya.
  4. Terdapat banyak jenis kami - sebanyak 300 jenis kelas berbeza yang tersenarai dalam Kojiki didasarkan peranan tersendiri (misalnya yang mengawal angin, pintu masuk, jalan raya dsb).
  5. Semua kami mempunyai tugasan wajib berbeza terhadap orang sekitar mereka didasarkan perumahan mereka.

Para pemuja mengunjungi suatu kuil atau tempat keramat tertentu (神社, shinsha atau jinja) di mana mereka menyucikan diri (basuh tangan dan berkumur) sebelum menunduk tepuk sambil membacakan hajat mereka kepada dewata diingini.[2]:197 Pemanjatan ini turut boleh dilakukan di rumah dengan suatu altar khusus (神棚, kamidana).[2]:28, 84

Ada juga upacara tertentu yang dilakukan bertujuan sama oleh orang ditugaskan khusus sebagai perantara[5] baik dalam kalangan lelaki mahupun perempuan,[5] namun ia seringkali rumit dan memakan banyak masa untuk diajar.[6][perlu rujukan]

Dewa-dewi dikenali

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Boyd, James W.; Williams, Ron G. (1 January 2005). "Japanese Shintō: An Interpretation of a Priestly Perspective". Philosophy East and West. 55 (1): 33–63. doi:10.1353/pew.2004.0039. JSTOR 4487935.
  2. ^ a b c Yamakage, Motohisa; Gillespie, Mineko S.; Gillespie, Gerald L.; Komuro, Yoshitsugu; Leeuw, Paul de; Rankin, Aidan (2007). The Essence of Shinto: Japan's Spiritual Heart (ed. pertama). Tokyo: Kodansha International. ISBN 978-4770030443.
  3. ^ Jones, Lindsay (2005). Encyclopedia of Religion (ed. ke-2). New York: Macmillan [u.a.] m/s. 5071–5074. ISBN 978-0-02-865734-9.
  4. ^ Yamakage, Motohisa; Gillespie, Mineko S.; Gillespie, Gerald L.; Komuro, Yoshitsugu; Leeuw, Paul de; Rankin, Aidan (2007). The Essence of Shinto: Japan's Spiritual Heart (ed. pertama). Tokyo: Kodansha International. ISBN 978-4770030443.
  5. ^ a b Editors, The (1998-07-20). "Shinshoku". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2017-01-01.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  6. ^ "Shintō – Ritual practices and institutions" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-26. Unknown parameter |encyclopedia= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]