Pergi ke kandungan

KTW

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sindrom Klippel-Trenaunay-Weber (KTW) merupakan satu penyakit yang jarang berlaku dengan hanya 20 kes dilaporkan dalam tempoh 20 tahun di seluruh dunia.

Penyakit Sindrom Klippel-Trenaunay-Weber dianggap satu penyakit misteri kerana punca sebenarnya tidak diketahui dan tiada penawar kepada penyakit ini terdapat sehingga kini. KTW merupakan sejenis penyakit sejak lahir yang disebabkan oleh masalah urat dan saluran darah yang tidak terbentuk dengan sempurna.

Akibat saluran darah yang tidak terbentuk dengan sempurna, ia mengakibatkan kelainan pada saluran darah terutamanya pada kaki dan lengan menyebabkan anggota tubuh ini semakin membengkak dan bertambah dan dikatakan ada kaitannya dengan penyakit hemangioma.

Mengikut sejarahnya, KTW pertama kali ditemui oleh dua orang doktor dari Perancis - Klippel dan Trenaunay pada tahun 1900 yang melaporkan ciri-ciri pesakit hemangioma daripada jenis port-wine stain. Tanpa menyedari tentang laporan Klippel dan Trenaunay, Parkes Weber tujuh tahun kemudian menggambarkan tentang kegagalan pembentukan saluran darah pada pesakitnya.

Penyakit Sindrom Klippel-Trenaunay-Weber yang jarang berlaku ini mempunyai risiko dan komplikasi pembedahan yang tinggi. Pembedahan membabitkan pesakit KTW biasanya memerlukan kepakaran bidang berlainan seperti ortopedik, pediatrik, plastik, bius, radiologi dan vaskular untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi ketika pembedahan.