KRI Boa
KRI Boa (807) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Boa memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Boa dibina oleh Kemudahan Pemulihan dan Pembaikian tentera laut Indonesia Fasharkan Mentigi, Tanjung Uban, Riau.
Kapal perang yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Boa, KRI Welang, KRI Suluh Pari, KRI Katon, KRI Sanca, KRI Warakas, KRI Tedong Naga, KRI Panana, KRI Kalakae.
KRI Boa dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".
Torpedo
[sunting | sunting sumber]Tiada maklumat
Peluru berpandu
[sunting | sunting sumber]Tiada maklumat
Meriam
[sunting | sunting sumber]KRI Boa yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan sepucuk meriam ringan meriam Oerlikon 20 mm/70 yang mampu memuntahkan 250 - 320 biji peluru seminit. Jarak berkesannya adalah sejauh 4.3 kilometer dengan berat peluru .1 kilogram.
Meriam Oerlikon 20 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar. Selain itu ia merupakan senjata bagi menentang kapal-kapal kecil (terbatas).
Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 - 2 pucuk mesingan 12.7 mm sebagai senjata sampingan.
PENANGKIS "COUNTERMEASURES"
[sunting | sunting sumber]Tiada maklumat
Pengesan
[sunting | sunting sumber]Tiada maklumat
Tujahan
[sunting | sunting sumber]KRI Boa memiliki 3 enjin MAN 1100HP D2842 LE 410 yang berkeupayaan memecut kapal yang seberat 90 tan ini pada kepantasan 33.8 knot. Mempunyai dimensi 36 meter x 7 meter. Mempunyai anak kapal seramai 20 anak kapal.