Jun 2007
Penampilan
Jun 2007 ialah bulan keenam untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Jumaat dan berakhir selepas 30 hari pada hari Sabtu.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 18 Jun - Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
- 15 Jun - Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- 10 Jun - Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang gagal menampung air hujan luar biasa.
- 9 Jun - Majlis akad nikah Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dengan Jeanne Abdullah selamat diadakan di Putrajaya.
- 7 Jun - Kunjungan bekas Presiden Republik China Lee Teng-Hui ke Kuil Yasukuni dibantah rakyat China. Abangnya pernah menjadi tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
- 1 Jun - Agensi risik Israel Shin Beit didedahkan terlibat dalam Rampasan Air France 1976 yang dilakukan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PLFP).