Pergi ke kandungan

Jenaka Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jenaka Islam ialah adat lama mengenai jenaka dalam Islam, bermula selewat-lewatnya pada zaman Nabi Muhammad.

Had Islam pada jenaka

[sunting | sunting sumber]

Menurut Islam, Muslim secara umumnya mematuhi beberapa peraturan asas dalam membuat jenaka, seperti jenaka dalam had toleransi Islam, dan tidak melebihi sempadan kebenaran.

Pelawak Muslim

[sunting | sunting sumber]

Terdapat ramai pelawak Muslim di seluruh dunia yang berasa senang berjenaka mengenai stereotaip Muslim. Di Amerika Syarikat terdapat jelajah komedi Allah Made Me Funny yang menampilkan Azhar Usman; di United Kingdom terdapat Shazia Mirza; di Afrika Barat terdapat Riaad Moosa dan Bilal Randeree (Halal Bilal); dan di Norway ada Shabana Rehman yang kontroversi.[1]

Seuatu hari, Mullah Nasruddin membuat keputusan pergi memancing. Beliau mengajak rakan baiknya Rabai Moishe, menyediakan joran dan umpan bersama, menyewa sebuah perahu dayung kecil di pangkalan berdekatan, dan berlepas ke laut. Selepas satu petang yang sungguh baik, kedua-dua kawan baik itu berjaya menangkap 30 ekor ikan. Dengan girangnya Mullah Nasruddin berkata kepada Rabai Moishel, "Eloklah kita tandakan tempat ini supaya kita boleh datang lagi ke sini esok!"
Hari keesokannya Mullah Nasruddin bertemu dengan Rabai Moishe di pangkalan sewaan untuk satu hari lagi memancing.
"Adakah engkau menandakan tempatnya?" Mullah Nasruddin menanyakan Rabai Moishe dengan nada berahsia.
"Sudah tentu," jawab Rabai Moishe, "Aku melukis suatu X putih besar di dasar perahu dayung."
"Bodoh kau!" Jerit Mullah Nasruddin dan menampar dahinya, "Bagaimana jika kita tidak dapat menyewa perahu yang sama hari ini?"


Seorang pencuri pergi rumah Mullah Nasrudin dan mengambil hampir semua harta benda Mullah ke rumahnya sendiri sementara Nasrudin memerhati dari jalan. Selepas beberapa ketika Nasrudin mengambil sehelai selimut, mengikut pencuri itu ke rumahnya, masuk ke dalam rumah, berbaring dan berpura-pura tidur. Pencuri itu bertanya kepada Mullah tersebut, "siapa awak? Dan apa yang awak buat du rumah saya?" Mullah menjawab, "kita berpindah ke rumah awak kan?"


"Apabila saya berada di padang pasir," kata Nasruddin satu hari, "Saya telah menyebabkan keseluruhan puak badwi yang dahsyat dan suka menumpahkan darah berlari." "Bagaimana anda lakukannya?" "Mudah. Saya lari sahaja, dan mereka mengejar saya."

  1. ^ "Winds of Change.NET: -FEATURES: Sufi Wisdom Archives". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2009-08-17.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]