Pergi ke kandungan

Intifadah Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Intifada Pertama
Sebahagian daripada Konflik Israel-Palestin dan Konflik Arab-Israel

Liputan media semasa Intifada Pertama (1987-1992) sering memberi fokus kepada anak-anak muda Palestin membaling batu ke arah kereta kebal dan tentera Israel.
Tarikh1987-1993
Lokasi
Keputusan Intifada telah menpercepatkan proses ke arah Perjanjian Oslo
Pihak yang terlibat
 Israel rakyat Palestin
Fail:Plo emblem.png PLO
Hamas
PFLP
Komandan dan pemimpin
Israel Yitzhak Shamir Unified National Leadership of the Uprising[1]
Kerugian dan korban

164 orang Israel: - 53 penduduk awam Israel dibunuh oleh Palestin di dalam Israel [2]
47 peneroka Israel dibunuh oleh Palestin [2]


- 60 pasukan keselamatan Israel dibunuh oleh Palestin [2]

2,162 Palestin: - 1,087 Palestin dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel [2]
- 75 Palestin dibunuh oleh penduduk awam Israel[2]


- Kira-kira 1,000 orang Palestin* dibunuh oleh Palestin[3][4]
*Dibunuh kerana dituduh bekerjasama atau memberi maklumat kepada Israel.

Intifada Pertama (1987–1993) (juga "Intifada") adalah satu penentangan oleh rakyat Palestin menentang pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin.[5] Pemberontakan ini bermula di kem pelarian Jabalia dan dengan pantas merebak ke seluruh Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.[6]

Bagi Intifada Palestin yang pertama atau Intifada Batu, ia dipanggil dengan nama ini kerana batu-batu itu merupakan alat serangan dan pertahanan yang digunakan oleh pejuang-pejuang penentangan terhadap tentera Israel, dan para pelempar batu yang muda juga dikenali sebagai anak-anak batu. Intifada ialah satu bentuk protes rakyat Palestin secara spontan terhadap keadaan umum yang menyedihkan di kem, penularan pengangguran, penghinaan terhadap sentimen negara, dan penindasan harian yang diamalkan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin. Organisasi intifada diteruskan oleh Komando Kebangsaan Bersatu Palestin dan kemudiannya Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Intifada bermula pada 8 Disember 1987, di Jabalia, di Semenanjung Gaza. Kemudian berpindah ke semua bandar, kampung dan kem Palestin. Disebabkan percikan pertama intifada ialah seorang pemandu trak Israel telah melanggar sekumpulan pekerja Palestin di pusat pemeriksaan Erez, yang telah memisahkan Semenanjung Gaza dari seluruh wilayah Palestin sejak 1948. Intifada reda pada tahun 1991, dan berhenti sepenuhnya dengan menandatangani Perjanjian Oslo antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin pada tahun 1993.

Tindakan rakyat Palestin termasuklah keingkaran awam tanpa kekerasan dan gerakan penentangan. Terdapat mogok umum, boikot barangan Israel, keengganan membayar cukai, grafiti dan rebat, tetapi tunjuk perasaan yang disertai balingan batu oleh remaja terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) lebih diingati ramai.[7]

Dianggarkan 1,300 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel semasa peristiwa intifadah pertama, dan 160 orang Israel dibunuh oleh rakyat Palestin. Selain itu, dianggarkan 1,000 rakyat Palestin yang dikatakan bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel telah dibunuh oleh rakyat Palestin, walaupun ini dibuktikan oleh hanya kurang daripada separuh daripada mereka.

  1. ^ Zachary Lockman, Joel Beinin (1989) Intifada: The Palestinian Uprising Against Israeli Occupation South End Press, ISBN 0-89608-363-2 and 9780896083639 p 327
  2. ^ a b c d e B'Tselem Statistics; Fatalities in the first Intifada
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama phrmg
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Lockman
  5. ^ "uprising by Palestinians against Israeli occupation in the West Bank and Gaza Strip territories." Intifada Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine, Microsoft Encarta. Arkib Diarkibkan 2017-12-14 di Wayback Machine 2009-10-31.
  6. ^ The Intifada - An Overview: The First Two Years Diarkibkan 2009-07-12 di Wayback Machine Collaborators , One Year Al-Aqsa Intifada , Fact Sheets And Figures Diarkibkan 2007-06-06 di Wayback Machine
  7. ^ BBC: A History of Conflict BBC

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Eitan Alimi (2006). Israeli Politics and the First Palestinian Intifada. London: Routledge. ISBN 0415385601.
  • Geoffrey Aronson (1990). Israel, Palestinians, and the Intifada: Creating Facts on the West Bank. London: Kegan Paul International. ISBN 0-7103-0336-X.
  • Joel Beinin; Zachary Lockman (1989). Intifada: The Palestinian Uprising Against Israeli Occupation. Boston: South End Press. ISBN 0-89608-363-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Joost R. Hiltermann (1991). Behind the Intifada: Labor and Women's Movements in the Occupied Territories. Princeton, N.J: Princeton University Press. ISBN 0-691-07869-6.
  • Mary Elizabeth King (2007). A Quiet Revolution: The First Palestinian Intifada and Nonviolent Resistance. New York: Nation Books. ISBN 1560258020.
  • Benny Morris (1999). Righteous Victims: a History of the Zionist-Arab conflict, 1881-1999. New York: Knopf. ISBN 0-679-74475-4.
  • Don Peretz (1990). Intifada: The Palestinian Uprising. Boulder, Colorado: Westview Press. ISBN 0-8133-0860-7.
  • Andrew Rigby (1991). Living the Intifada. London: Zed Books. ISBN 1-85649-040-8., out-of-print, now downloadable at [1]
  • Aryeh Shalev (1991). The Intifada: Causes and Effects. Jerusalem: Jerusalem Post & Westview Press. ISBN 0-8133-8303-X.
  • Ze'ev Schiff, Ehud Ya'ari (1989). Intifada: The Palestinian Uprising: Israel's Third Front. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-671-67530-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]