Pergi ke kandungan

Hizbut Tahrir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hizb ut-Tahrir
حِزْبُ التَحْرِير
PemimpinSyekh Ata Abu Rashta
PengasasSyekh Taqiyuddin An Nabhani
Ditubuhkan1953
Ibu pejabatBeirut, Lubnan
Keanggotaan10,000[1]–1 juta ahli[2]
IdeologiPan Islamisme[3][4]
Islamisme[3][4]
Supremasisme Muslim[5][6][7][8][9]
Khalifisme[10][11][12][13]
Salafisme[14]
Jihadisme[15][16][17][18][19]
Anti-sekularisme[20][21][22][23]
Sentimen anti-Barat[22][24]
Sentimen anti-Hinduisme[22][25]
Sentimen anti-Kristian[26]
Anti-nasionalisme[27]
Antisemitisme[5][7][8][24][26]
Anti-Zionisme[4][6]
Anti-demokrasi[28][5][7][8]
Anti-liberalisme[17][28]
Anti-komunisme[29]
Penggabungan antarabangsaDunia
Bendera parti
Laman sesawang
hizb-ut-tahrir.org

Hizbut Tahrir (bahasa Arab: حزب التحرير, maksud Parti Pembebasan) adalah organisasi politik antarabangsa Pan Islamis dan fundamentalis, yang menggambarkan "ideologi sebagai Islam", dan tujuannya sebagai penubuhan semula "Khilafah Islam" atau negara Islam.

Hizbut Tahrir berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan.

Hizbut Tahrir merupakan jemaah politik, bukan jemaah kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kema­syarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelom­poknya.

Latar Belakang Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir didirikan berdasarkan ayat:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali ‘Imran: 104)

Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum bukan Islam serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara asing. Ia juga bermaksud membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyah bagi menerap kembali hukum yang diturunkan Allah.[30]

Tujuan Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir bertujuan mengembangkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'.

Ia juga bertujuan menegakkan pemerintahan di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se­orang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kita­bullah dan Sunnah Muhammad, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Hizbut Tahrir bermatlamat untuk me­ngembalikan kedudukan umat seperti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih pemerintahan negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini.

Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ­yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir bertujuan untuk me­nyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.[31]

Kegiatan Hizbut Tahrir

Kegiatan Hizbut Tahrir adalah mengembang dakwah Islam untuk mengubah keadaan masyarakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini dilakukan dengan mengubah idea-idea rosak yang ada menjadi idea-idea Islam, sehingga idea‑idea ini menjadi pendapat umum di tengah-tengah masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya sesuai dengan tuntutan Islam.

Juga dengan mengubah perasaan yang dimiliki anggota masyarakat menjadi perasaan Islam yakni redha terhadap apa yang diredhai Allah, marah dan benci terhadap apa yang di murkai dan dibenci oleh Allah serta mengubah hubungan/interaksi yang ada dalam masyarakat menjadi hubungan/interaksi yang Islami, yang berjalan sesuai dengan hukum-hukum dan pemecahan-pemecahan Islam.

Hizbut Tahrir telah muncul dan berkembang, kemudian menyebarluaskan aktiviti dakwahnya di negeri-negeri Arab, mahupun sebagian besar negeri-negeri Islam lainnya. Seluruh kegiatan yang dilakukan Hizbut Tahrir bersifat politik. Maksudnya adalah bahawa Hizbut Tahrir memperhatikan urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum serta pemecahannya secara syar'ie. Kerana yang dimaksud politik adalah mengurus dan memelihara urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum Islam dan pemecahan-pemecahannya.

Kegiatan-kegiatan yang bersifat politik ini nampak jelas dalam aktivitinya dalam mendidik dan membina umat dengan tsaqafah Islam, meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari aqidah-aqidah yang rosak, pemikiran-pemikiran yang salah serta persepsi-persepsi yang keliru, sekaligus membebaskannya dari pengaruh idea-­idea dan pandangan-pandangan kufur.

Kegiatan politik ini nampak juga dalam aspek pertarungan pemikiran (ash shiro'ul fikri) dan dalam perjuangan politiknya (al kifahus siyasi). Pertarungan pemikiran terlihat dalam penentangannya terhadap idea-idea dan peraturan-peraturan kufur. Hal itu nampak pula dalam penentangannya terhadap idea-idea yang salah, aqidah-aqidah yang rosak atau persepsi-persepsi yang keliru dengan cara menjelaskan kerosakannya, menampakkan kekeliruannya, dan menjelaskan ketentuan hukum Islam dalam masalah tersebut.

Adapun perjuangan politiknya, terlihat dari penentangannya terhadap kaum kafir imperialis untuk memerdekakan umat dari belenggu dominasinya, membebaskan umat dari cengkaman pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya yang berupa pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi, mahupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam.

Perjuangan politik ini juga nampak jelas dalam kegiatannya menentang para penguasa, mengungkap pengkhianatan dan persekongkolan mereka terhadap umat, melancarkan kritikan, mengawasi dan membetul mereka serta berusaha menggantinya tatkala mereka mengabaikan hak-hak umat, tidak menjalankan kewajibannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau menyalahi hukum-hukum Islam.

Seluruh kegiatan politik itu dilakukan tanpa menggunakan cara-cara kekerasan samaada fizikal/senjata sesuai dengan jejak dakwah yang dicontohkan Muhammad. Jadi kegiatan Hizbut Tahrir secara keseluruhan adalah kegiatan yang bersifat politik, baik sebelum mahupun sesudah mengambil alih pemerintahan (melalui umat).

Kegiatan Hizbut Tahrir bukan di bidang pendidikan, kerana ia bukanlah madrasah (sekolah). Begitu pula seruannya tidak hanya bersifat nasihat-nasihat dan petunjuk-petunjuk. Kegiatan Hizbut Tahrir bersifat politik, iaitu dengan cara mengemukakan idea-idea (konsep-­konsep) Islam beserta hukum-hukumnya untuk dilaksanakan, dikembang dan diterapkan dalam kenyataan hidup dan pemerintahan.

Hizbut Tahrir mengembang dakwah Islam agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyyah menjadi dasar negara, dasar perlembagaan dan sistem perundangan kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan aturan untuk memecahkan masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.

Perjuangan Hizbut Tahrir Di seluruh Dunia

Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik yang bergerak di seluruh dunia untuk membangkitkan umat Islam melalui perubahan pemikiran. Hizbut Tahrir ada di lebih kurang 40 buah negara di dunia, termasuk di negara kaum kafir sekalipun. Seluruh dunia mengenali Hizbut Tahrir dan mengetahui bahawa dakwah Hizbut Tahrir adalah secara fikriyyah (pemikiran), bukan kekerasan/fizikal.

Hizbut Tahrir mengambil thariqah dakwah Muhammad semasa di Makkah yang tidak pernah menggunakan kekerasan sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Secara ringkasnya, perjuangan dakwah Muhammad semasa di Makkah ialah melalui sira’ul fikri (pergolakan pemikiran – pemikiran kufur vs pemikiran Islam), kifahu siyasi (perjuangan politik) dan juga thalabun nusrah (mendapatkan perlindungan).

Bagi yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah mengakses laman web rasmi Hizbut Tahrir di pelbagai negara dan melihat sendiri dakwah Hizbut Tahrir di seluruh dunia. Hizbut Tahrir selalu muncul di kaca TV di Indonesia, Britain, Australia dan lain-lain negara. Wakil Hizbut Tahrir juga sering diwawancara di BBC [sila ke www.youtube.com dan taip perkataan ” Hizbut Tahrir”].

Di Malaysia, dari masa ke semasa, TV3 dan NTV7 turut membuat liputan tentang aksi-aksi Hizbut Tahrir yang berlaku di luar negara. Berita Harian dan Utusan Malaysia juga telah beberapa kali menyiarkan gambar dan berita tentang aktiviti dakwah Hizbut Tahrir di seluruh dunia.

Hizbut Tahrir bergerak aktif di banyak bahagian di dunia ini, dari Timur Tengah, Eropah, Asia Tengah hinggalah ke Asia Tenggara. Hizbut Tahrir berjuang di Palestin, Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon, Kuwait, UAE, Yemen, Oman, Maghribi, Turki, Perancis, Jerman, Denmark, Belgium, Azerbaijan, Tajikistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Algeria, Kenya, Sudan, China, Amerika, Rusia, India, dan banyak lagi negara.

Hizbut Tahrir merupakan antara gerakan Islam yang terbesar dan menonjol di Britain, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Palestin dan beberapa negara lain lagi. Di Palestin sebagai contoh, Hizbut Tahrir mengadakan kuliah setiap minggu di Masjidil Aqsa selepas Solat Jumaat yang dihadiri oleh ribuan umat Islam. Di Indonesia, kuliah dan ceramah Hizbut Tahrir diadakan di masjid-masjid di seluruh Indonesia. Begitu juga di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.

Dakwah Hizbut Tahrir

Kaedah yang dipilih Hizbut Tahrir dalam mengembang dakwah adalah hukum-hukum syara' yang diambil dari thariqah (metod) "dakwah Muhammad", sebab thariqah itu wajib diikuti. Sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." (TMQ Surah Al Ahzab [33]: 21)

"Katakanlah: `Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian." (TMQ Surah Ali Imran [3): 31)

"Apa saja yang dibawa Rasul untuk kalian, maka ambilah. Dan apa saja yang dilarangnya bagi kalian, maka tinggalkanlah." (TMQ Surah Al Hasyr [59]: 7)

Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Muhammad, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau. Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah maka keadaan negeri mereka serupa dengan Makkah ketika Muhammad diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Makkah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Muhammad.

Dengan mendalami sirah Muhammad di Makkah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Muhammad inilah Hizbut Tahrir mengambil method dakwah dan tahapan-tahapannya, beserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Muhammad dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.

Berdasarkan sirah Muhammad tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan method perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :

Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.

Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.

Ketiga, Tahapan Pengambil alihan Kekuasa­an (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksana­kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia.

Landasan Pemikiran Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir telah melakukan pengkajian, penelitian dan pengkajian terhadap umat, termasuk kemerosotan yang dideritanya. Kemudian membandingkannya dengan keadaan yang ada pada masa Muhammad, masa Khulafa ar-Rasyidin dan masa generasi Tabi'in. Selain itu juga merujuk kembali sirah Muhammad, dan tata cara mengembang dakwah yang beliau lakukan sejak permulaan dakwahnya, hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah. Dipelajari juga perjalanan hidup beliau di Madinah. Tentu saja, dengan tetap merujuk kepada Kitabullah, Sunnah Muhammad, serta apa yang ditunjukkan oleh dua sumber tadi, iaitu Ijmak Sahabat dan Qiyas. Selain itu juga tetap berpedoman pada ungkapan-ungkapan mahupun pendapat-pendapat para Sahabat, Tabi'in, dan imam-imam dari kalangan Mujtahidin.

Setelah melakukan kajian secara menyeluruh itu, maka Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan fikrah dan thariqah. Semua idea, pendapat dan hukum yang dipilih dan ditetapkan Hizbut Tahrir hanya berasal dari Islam. Tidak ada satupun yang bukan dari Islam. Bahkan tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak bersumber dari Islam.

Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hakam tersebut sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet, maupun nasyrah-nasyrah (Sautun Nahdhah) yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat.

1. Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam)[32]
2. Nizhamul Hukmi fil Islam (Sistem Pemerintahan dalam Islam)[33]
3. Nizhamul Iqtishadi fil Islam (Sistem Ekonomi dalam Islam)[34]
4. Nizhamul Ijtimo'iy fil islam (Sistem Pergaulan dalam Islam)[35][36]
5. At-Takattul al-Hizbiy (Pembentukan Parti Politik)
6. Mafahim Hizbut Tahrir (Pokok-pokok Pikiran Hizbut Tahrir)
7. Daulatul Islamiyah (Negara Islam)
8. Al-Khilafah (Sistem Khilafah)
9. Syakhshiyah Islamiyah - 3 jilid (Membentuk Keperibadian Islam)
10. Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir (Pokok­pokok Pikiran Politik Hizbut Tahrir)
11. Nadharat Siyasiyah li Hizbit Tahrir (beberapa Pandangan Politik Hizbut Tahrir)
12. Kai fa Hudimatil Khilafah (Persekongkolan Meruntuhkan Khilafah)
13. Siyasatu al-Igtishadiyah al-Mutsla (Politik Ekonomi yang Agung)
14. A1-Amwal fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah)
15. Nizhamul 'Uqubat fil Islam (Sistem Sanksi Peradilan dalam Islam)
16. Ahkamul Bayyinat (Hukum-Hukum Pembuktian)
17. Mugaddimatu ad-Dustur (Pengantar Undang-undang Dasar Negara Islam)

Dan banyak lagi buku-buku, booklet, mahu­pun nasyrah (Sautun Nahdhah) yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir, baik yang berkaitan dengan idea maupun politik.

Keanggotaan Hizbut Tahrir

Keanggotaan Hizbut Tahrir adalah terbuka kepada semua orang Islam, baik laki-laki mahupun wanita tanpa mengira samaada mereka dari keturunan Arab atau bukan, berkulit putih ataupun hitam. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti untuk seluruh kaum muslimin dan menyeru mereka untuk mengembang dakwah Islam serta mengambil dan menetapkan seluruh aturan-aturan Islam, tanpa memandang lagi kebangsaan, warna kulit, maupun madzhab mereka. Hizbut Tahrir melihat semuanya dari pandangan Islam.

Cara mengikat individu-individu ke dalam Hizbut Tahrir adalah dengan memeluk Aqidah Islamiyyah, matang dalam Tsaqafah Hizbut Tahrir serta mengambil dan menetapkan idea-idea dan pendapat-pendapat Hizbut Tahrir. Dia sendirilah yang mengharuskan dirinya menjadi anggota Hizbut Tahrir, setelah sebelumnya ia melibatkan dirinya dengan (pembinaan dan aktiviti dakwah) Hizbut Tahrir ketika dakwah telah berinteraksi dengannya dan ketika dia telah mengambil dan menetapkan idea-idea serta Mafahim Hizbut Tahrir. Jadi ikatan yang dapat mengikat anggota Hizbut Tahrir adalah Aqidah Islamiyyah dan Tsaqafah Hizbut Tahrir yang terlahir dari aqidah ini. Halaqah-halaqah (pembinaan) wanita dalam Hizbut Tahrir terpisah dengan halaqah laki-laki. Yang memimpin halaqah-halaqah wanita adalah para suami, mahramnya atau para wanita.

Pandangan Terhadap Hizbut Tahrir

Tentangan Terhadap Hizbut Tahrir

Di sebalik perjuangan Hizbut Tahrir untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia, sememangnya Hizbut Tahrir tidak dapat lari dari penentangan dan kritikan. Segala penentangan dan kritikan ini sebenarnya muncul dari beberapa hal:

1. Halangan dan tentangan dari Barat yang melihat Hizbut Tahrir sebagai satu ancaman pengganas.

2. Halangan dari penguasa kaum Muslimin. Di seluruh dunia, Hizbut Tahrir sering ditentang oleh pemerintah yang ada. Hal ini biasanya berlaku kerana Hizbut Tahrir mendukung Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se­orang Khalifah (orang asing) dan menolak pemerintah yang berpemikiran sekular yang dianggap mereka sebagai berada di bawah sistem sekular ciptaan penjajah.

3. Dari gerakan-gerakan Islam yang lain. Hizbut Tahrir turut ditolak dan mengganggap kewujudan Hizbut Tahrir sebagai saingan atau musuh.

4. Dari umat Islam sendiri yang mensyaki bahawa gerakan Hizbut Tahrir adalah bagi merampas pemerintahan tempatan untuk diserahkan Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se­orang Khalifah (orang asing).[37]

Nota kaki

  1. ^ Filiu, Jean-Pierre (June 2008). "Hizb ut-Tahrir and the fantasy of the caliphate". Retrieved 19 January 2019.
  2. ^ Malik, Shiv. For Allah and the caliphate Diarkibkan 2011-09-20 di Wayback Machine, New Statesman, 13 September 2004
  3. ^ a b "Can the Muslim world really unite?". hizb.org.uk. March 4, 2010. Dicapai pada 15 January 2016.
  4. ^ a b c Commins, David (1991). "Taqi al-Din al-Nabhani and the Islamic Liberation Party" (PDF). The Muslim World. 81 (3–4): 194–211. doi:10.1111/j.1478-1913.1991.tb03525.x. Dicapai pada 6 March 2016.
  5. ^ a b c Sandra Laville "Banned groups with roots in UK appeal to disaffected young Muslims," The Guardian (6 August 2005).
  6. ^ a b Lambroschini, Sophie. "Germany: Court Appeal By Hizb Ut-Tahrir Highlights Balancing Act Between Actions, Intentions", Radio Free Europe/Radio Liberty, 26 October 2004.
  7. ^ a b c "The Muslim Ummah will never submit to the Jews," Hizb ut-Tahrir (3/11/1999)
  8. ^ a b c "The Arab and Muslim rulers' betrayal of the issue of Palestine and its people". Khilafa.com. Hizb ut-Tahrir. 21 May 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2001. Dicapai pada 8 February 2016.
  9. ^ Macedo, Diane (July 17, 2009). "Islamic Supremacist Group Holds First U.S. Conference". Fox News. Dicapai pada 2019-12-14.
  10. ^ Draft Constitution of the Khilafah State, 2011: Article 16
  11. ^ Draft Constitution of the Khilafah State, 2011: Article 26
  12. ^ an-Nabhani, Taqiuddin (1998). The Islamic State (PDF). London: De-Luxe Printers. m/s. 240–276. ISBN 978-1-89957-400-1.
  13. ^ an-Nabhani, The Islamic State, 1998: p.240–276
  14. ^ Glazov, Ramon (July 2014). "The caliphate's troll vanguard". Overland. Dicapai pada 13 February 2016.
  15. ^ The Ummah's Charter. Hizb ut-tahrir. 1989. m/s. 85. Dicapai pada 6 February 2016. Indeed, Allah (swt) has ordered the Muslims to carry the Da’wah to all mankind and to bring them into the Khilafah state. He (swt) has legislated Jihad as a method to carry the Da’wah. So the state must rise to declare Jihad against the Kuffar without any lenience or hesitation.
  16. ^ Hizb ut-Tahrir, Hizb ut-Tahrir, p.67
  17. ^ a b Rich, Dave (July 2015). "Why is the Guardian giving a platform to Hizb ut-Tahrir?". Left Foot Forward. Dicapai pada 28 January 2016.
  18. ^ Ahmed & Stuart, Hizb Ut-Tahrir, 2009: p.3, 20–25
  19. ^ Whine, Michael (4 August 2006). "Is Hizb ut-Tahrir Changing Strategy or Tactics?" (PDF). Thecst.org.uk. Dicapai pada 18 March 2015.
  20. ^ Ahmed & Stuart, Hizb Ut-Tahrir, 2009: p.40
  21. ^ "Adopting Secularism in Government is Apostasy from Islam". islamic system. 3 July 1996. Dicapai pada 11 February 2016.
  22. ^ a b c An Open Letter to the Muslims in Britain regarding the Dangerous Call of Integration' [Hizb ut-Tahrir Britain Leaflet, posted on Ummah.com Forum], 17 May 2002
  23. ^ ‘Adopting Secularism in Government is Apostasy from islam’, Hizb ut-Tahrir Leaflet, 2 July 1996. An internet archive search reveals this leaflet was posted on Khilafah.com. See https://web.archive.org/web/20041109225357/http://www.khilafah.com/home/category.php?DocumentID=13&TagID=3 [accessed 31 August 2009]. This leaflet is currently uploaded on HT Pakistan's website, available at http://www.hizb-pakistan.org/home/leaflets/leaflets-international/adopting-secularism-in-government-is-apostasyfrom-islam [accessed 31 August 2009]
  24. ^ a b "Background: the Guardian and Dilpazier Aslam". The Guardian. 22 July 2005. Dicapai pada 1 March 2016.
  25. ^ Tom Harper (30 September 2007). "Islamists 'urge young Muslims to use violence'". Telegraph.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-23. Dicapai pada 26 December 2015.
  26. ^ a b Taji-Farouki, Suha (2003). "Islamists and the Threat of Jihad: Hizb al-Tahrir and Al-Muhajiroun on Israel and the Jews". Dalam Turner, Bryan S. (penyunting). Islam: Islam and social movements, Volume 4. London, New York: Taylor & Francis. m/s. 238. ISBN 978-0-415-12351-8.
  27. ^ "News from Khilafah Conference 2013: Nationalism weakened the unity of Muslim Ummah". Khilafah. 13 May 2013. Dicapai pada 15 May 2016. HTI Press. Abdillah, a representative of Hizb ut Tahrir-Batam, confirmed that nationalism is dangerous for Muslim beliefs. Nationalism is a sense of identity with the nation.
  28. ^ a b Baran, Hizb ut-Tahrir: Islam's Political Insurgency, 2004:24
  29. ^ Hizbut Tahrir, System of Islam, 2002: p.37-8
  30. ^ Mengenal Hizhut Tahrir
  31. ^ Tujuan Hizbut Tahrir
  32. ^ http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/NithamIslam.pdf
  33. ^ http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/NithamAlHukm.pdf
  34. ^ http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Iqtisadi.pdf
  35. ^ http://www.hizb-ut-tahrir.info/info/files/444.pdf
  36. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-10-23.
  37. ^ [1]

Bibliografi