Gunung Mat Chinchang
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (Januari 2018) |
Gunung Mat Chinchang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 713 m (2,339 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Langkawi, Kedah, Malaysia |
Gunung Mat Chinchang[1] yang terletak di Langkawi, Kedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).[2]
Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi.
Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia terbina dengan batuan yang paling tua di Asia Tenggara, dan di sinilah ditemui kesan fosil tertua berusia 500 juta tahun.[3]
Di barat laut pulau utama, tersergam gunung yang mistik ini. Dikatakan mistik kerana banyak kisah-kisah yang diceritakan sejak berzaman lamanya.[4]
Kereta kabel Langkawi
[sunting | sunting sumber]Sektor pelancongan di pulau Langkawi semakin menarik dengan adanya kereta kabel di Gunung Mat Chinchang ini. Teknologi kereta kabel dari Austria dan Switzerland berpengalaman membina menara kereta kabel di kawasan pergunungan salji untuk luncur salji. Dari punca puncak gunung ini, dapat dilihat pemandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi.
Peminat aktiviti mendaki bukit, boleh mencuba denai-denai yang penuh cabaran sama ada untuk mendaki atau menurun. Di puncak gunung ini, disediakan lapangan, laluan dan titian meninjau keindahan hutan dipterokarp yang berusia jutaan tahun yang tidak berusik. Jenis pokok di puncak gunung ini agak berlainan kerana saiznya lebih kecil dan akar cengkam yang berselirat mengikat lantai bumi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rāmāyaṇa, Amin Sweeney, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972 - Rāma (Hindu deity) in literature - 464 halaman
- ^ SkyGlide tarikan terbaru kereta kabel Langkawi.
- ^ "Gunung Mat Chinchang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ Dewan budaya - Volume 22 - Page 31 - 2000.