Goryeosa
Penampilan
Goryeosa | |
---|---|
Hangul | 고려사 |
Hanja | 高麗史 |
Perumian Semakan | Goryeosa |
McCune–Reischauer | Koryŏsa |
Goryeosa, atau Sejarah Goryeo, ialah sejarah utama dinasti Goryeo Korea yang masih utuh. Ia disusun hampir satu abad setelah kejatuhan Goryeo, pada masa pemerintahan Raja Sejong. Baginda memerintahkan sebuah jawatankuasa sarjana yang dipimpin oleh Kim Jongseo dan Jeong Inji untuk menyusunnya, berdasarkan sumber primer dan sekunder yang tidak lagi ada.[1][2]
Goryeo-sa, ditulis menggunakan skrip Hanja, terdiri daripada 139 jilid, 46 daripadanya terdiri daripada babad, 39 daripada geografi, 2 daripada jadual Kronologi, 50 Biografi, dan 2 senarai.